Monday, June 30, 2008

KEPUTUSAN TERKINI KONSERT GANGSTARZ PADA 29 JUN 2008 YANG DISIARKAN SECARA LANGSUNG DARI AUDITORIUM MBSA, SHAH ALAM DI TV3 DARI JAM 9.00 - 10.30 MALAM


Helo, seminggu berlalu lagi tanpa kita sedari dan kini cuma tinggal lapan kumpulan yang masih kekal dalam Konsert GangStarz. Siapakah agaknya yang akan tersingkir di penghujung rancangan seperti setiap minggu yang lalu?




Pencarian Vokal Terhebat Di Asia untuk Musim Ke-2 - Siapakah yang akan menjadi juara tahun ini?


Kumpulan manakah yang akan memenangi USD100,000 dalam Konsert GangStarz?



Buat masa ini konsert GangStarz telah memasuki minggu ke-7 dan empat kumpulan telah tersinkir dalam pentas saingan ini. Kini cuma tinggal lapan kumpulan sahaja untuk meneruskan cabaran bagi merebut wang tunai sebanyak USD100,000. Berbagai pujian dan kritikan telah diterima.

Kumpulan yang masih kekal terus membuat persembahan mereka dengan sebaik mungkin. Siapakah yang berjaya meneruskan perjalanan mereka ke satu minggu lagi dan siapa pula yang terpaksa dihantar pulang? Jawapannya akan terjawab di akhir rancangan nanti.


8 kumpulan meneruskan perjuangan mereka dalam pesembahan dalam Konsert GangStarz yang disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.





Faizal Tahir: Sekarang inilah masanya untuk penguguman penyingkiran kumpulan dari GangStarz.

Fara Fauzana: Minggu lepas South Trio telah meninggalkan kita dari gara-gara undian anda dan markah daripada juri-juri. Minggu ini kumpulan pertama yang kita akan jemput ke bawah adalah kumpulan dari Malaysia. Dipersilakan Akasia. Dan kumpulan keduanya, Faizal...

Faizal Tahir: I know a lot of people would be expecting me to call upon this group. But I am not going to call that group that will be in your mind. Kita telah nampak kumpulan ini turun ke bawah berturut-turut untuk beberapa minggu. A few weeks in a row. But it's not that group that I'm going to call them tonight. That group that I'm going to call down tonight is Step.



Faizal: Kita mendengar macam-macam komen tentang kedua-dua kumpulan ini. Ada yang baik ada yang kurang baik. Kumpulan yang akan pulang pada malam ini, gara-gara anda sendiri yang tidak mengundi, adalah kumpulan Step. Step we are sorry, it's the end of the road for you tonight.





Faizal Tahir: Akasia you are safe.

Fara Fauzana: Para penonton, walaupun Step meninggalkan kita tetapi saya pasti ramai yang terhibur dengan persembahan Step.

Faizal Tahir: They have done very good. They have done very well.

Fara Fauzana: Walaupun masalah komunikasi tetapi mereka mempunyai persahabatan yang cukup rapat di antara peserta-peserta yang bertanding.

Faizal Tahir: Step, we are very proud of you. I'm sure Thailand is also very proud of you, Step. Okay this is not the end of the road, as usual. Hope to see you guys again. Kepada anda semua yang masih bersama dengan GangStarz selama ini, terima kasih kepada mereka yang mengundi dan saya ingin mengumumkan talian untuk mengundi tujuh yang masih tinggal dalam GangStarz telahpun dibuka semula. Teruskan mengundi sekiranya anda tidak mahu kumpulan pilihan anda terkeluar pada minggu hadapan. See you again next week in GangStarz.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by