Tuesday, May 6, 2008

DIARI AKADEMI FANTASIA KE-6 MINGGU KE-LAPAN HARI KEDUA PADA 6 APRIL 2008 DAN CARTA TERKINI AFUNDI 6 PELAJAR PADA 7 APRIL 2008




Hos Sarimah Ibrahim dengan gelagatnya yang begitu menghiburkan hati

Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan selanjutnya 6 pelajar yang berjaya mara ke minggu ke-lapan. Berjayakah mereka membuat persembahan yang menonjol dari Dewan Sivik MBPJ hari Sabtu ini pada 10 Mei 2008, jam 9 malam di Astro Ria salah satu daripada saluran kegemaran sapphire blu - Saluran 104 -


Pengetua Ramli MS meneruskan latihan vokal untuk minggu ke-lapan kepada 6 pelajar Akademi


Nadia diminta Pengetua untuk menyanyi: Pengetua memberitahu Nadia "Banyak benda yang kamu kena belajar, Nadia".


giliran Stacy: Pengetua memberitahu Stacy "You are lack of energy level how to provide the song".


Nadia dan Stacy terus bekerja keras dengan lagu tugasan baru mereka


Riz dalam kelas vokal Cikgu Shafi


Stacy dan Nadia meminta Cik Kutip untuk menjadi spy mereka. Begitulah gelagat mereka untuk melepaskan stress


kerja siapa ye!

Carta terkini kedudukan AFundi 6 pelajar Akademi Fantasia Musim Ke-6 pada 7 Mei 2008:

Stacy 28%
Riz 18%
Toi 15%
Nubhan 15%
Nadia 15%
Stanly 10%

Adakah pelajar kegemaran anda berada di tangga kedudukan yang tercorot? Terus afundi mereka supaya mereka akan terus kekal hingga ke Konsert "Finals" nanti.

Setelah menonton konsert minggu ketujuh pada hari Sabtu yang lalu, pada pendapat sapphire blu pelajar yang berjaya membuat persembahan yang terbaik adalah Nadia, Stacy dan Riz.

Bagaimana pula pendapat anda? Semoga kesemua 6 pelajar Akademi akan dapat membawa lagu tugasan baru mereka dengan sebaiknya dan menarik perhatian setiap penonton. Sama-samalah kita ikuti perkembangan latihan vokal dan tarian mereka dalam diari harian pada setiap hari Isnin - Jumaat, jam 6 petang dan 9 malam untuk mengetahui berita terkini yang selanjutnya.

Online Visitors

Thank you for dropping by