Sunday, May 25, 2008

BERITA TERKINI: ULASAN LENGKAP KONSERT AKADEMI FANTASIA MUSIM KEENAM PADA 24 MEI 2008 SECARA LANGSUNG DARI STADIUM PUTRA BUKIT JALIL DI ASTRO RIA


Konsert minggu kesepuluh merupakan Konsert Akhir Akademi Fantasia Musim Keenam. Siapakah yang akan bergelar Juara musim keenam ini nanti?

Helo, salam daripada sapphire blu. Apa khabar semua. Konsert Akhir Akademi Fantasia Musim Keenam telahpun berakhir semalam pada 24 Mei 2008. Sudah menjadi kebiasaan sapphire bercerita apa yang diketahui mengenai Akademi Fantasia musim keenam ini dalam kemas kini harian. Bagaimanakah agaknya hari-hari sapphire tanpa Akademi Fantasia?





Konsert Akhir (Finale) bermula pada jam 9 malam disiarkan secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil di Astro Ria Saluran 104.


Kedudukan 5 pelajar finalis di awal konsert akhir:

1. Stacy
2. Riz
3. Nubhan
4. Nadia
5. Toi


Pengacara AC Mizal memperkenalkan tiga orang Pengkritik Konsert Akhir dan mereka adalah:


Adlin Aman Ramli


Ning Baizura


Fauziah Ahmad Daud (Kak Ogy)

PERSEMBAHAN 5 FINALIS YANG PERTAMA:


Persembahan pelajar Finalis pertama: Toi - Cinta Zulaikha (Mawi)


Persembahan pelajar Finalis kedua: Riz - Hanya Sandiwara ( Lagu Baru Riz)


(Video klip lagu baru Riz "Hanya Sandiwara" sewaktu dia membuat persembahan pertamanya dalam Konsert Akhir Akademi Fantasia Musim Keenam)

Lirik lagu HANYA SANDIWARA – Lagu Baru Riz

Terganggu pagi minggu ku
Melihat kekasih lama
Di muka pintu oh…oh…oh

Keliru daku keliru
Kenapa dia dating
Mencari aku

Dapat aku rasakan
Seperti ada yang tak kena
Pada dirinya oh…oh…oh

Dan sudah ku jangkakan
Dia datang
Menagih cinta yang lama

Tiada apa lagi
Yang tinggal kini
Hanyalah kenangan duka saja oh…oh…oh

Dulu
Daku hanya sandaran
Merawat kedukaan
Ketika lara mencengkam sanubarinya

Pernah menguris hatiku
Mencabar emosiku
Seperti diri ini tidak punya harga

Puas aku bersabar
Mengharap dia kan berubah
Rupanya itu hanya
Sandiwara saja

Pergilah dikau pergi
Ku tak memerlukanmu
Biarkan saja ku cari cinta yang lain

Lagu : Noor Liza Bt Abu Bakar
Lirik : Dean


Persembahan pelajar Finalis ketiga: Nubhan - Bukan Di Sini (Sofaz)


Persembahan pelajar Finalis keempat: Nadia - Kalut Lagi Mengarut (Lagu Baru Nadia)


(Video klip Nadia membuat persembahan lagu barunya - Kalut Lagi Mengarut)

Lirik lagu: KALUT LAGI MENGARUT – NADIA- (LAGU BARU)

Apa jadi mengarut
Apa ni weh oooooo……
Jangan Kalut
Tengoklah / Lihatlah
Apa cerita / Criteooooo……

Jangan lah kau nak berangan
Jangan kau buat tak tahu
Apa yang terjadi apa yang kau lakukan
Tentang plastik…Mu

Buruknya dirimu di sini
Walaupun kau paksa ku pergi
Kerana ku tahu daku bagai
Satu jerangkap samar yang menggegar

Ledakkannya bergegar
Halilintar ooooo….Dengan selamba
Kau redah pancaroba ooooo……….

Hidup ini memang kalut
Usahalah sendiri di sini
Walaupun kau paksa ku pergi
Kerana ku tahu daku bagai
Satu jerangkap samar yang menggegar

Lagu : Clifford Joseph Hughes/Amirudin Syawal B. Abd Latip
Lirik : Syeikh Qalam (A Plus music Production)


Persembahan pelajar Finalis kelima: Stacy - Atas Nama Cinta (Rossa)

PERSEMBAHAN 5 FINALIS YANG KEDUA:


Persembhan kedua Toi dengan lagu barunya: Panahan Asmara


(Video klip lagu persembahan lagu baru Toi - Panahan Asmara)

Lirik lagu PANAHAN ASMARA - lagu baru Toi

Nyanyian: TOI
Lagu : Mohd Nur Hadi Bin Mohamad (Ady Ganu)
Lirik : Mohd Hafiz B. Mohamad

Takkan ada sesuatu yang dicumbui diriku
Bukan mudah di sesali tika hadir di mimpi ku

Semua di hati mu tidak
Bila ku niti depan ku
Tiba saat ku menjauh
Percuma bila bertentang
Aahh...diriku bagi ku indah
Aahh...diriku terpaling indah...
Takkan ada sesuatu yang dicumbui diriku
Bukan mudah di sesali tika hadir di mimpi ku

Semua di hati mu tidak
Bila ku niti depan ku
Tiba saat ku menjauh
Percuma bila bertentang

Aahh...diriku bagi ku indah
Aahh...diriku terpaling indah...
Aahh...diriku bagi mu indah
Aahh...diriku terpaling indah...
Aahh...mencinta hati mu indah
Aahh...diriku terpaling indah...
Aahh...diriku bagi mu indah
Aahh...diriku terpaling indah...
Aahh...mencinta hati mu indah
Aahh...diriku terpaling indah...


Persembahan kedua Nubhan dengan lagu barunya: Ada Untukmu


(Video klip lagu baru Nubhan: Ada Untukmu)

Lirik lagu: AKU ADA UNTUKMU – NUBHAN (LAGU BARU)

Di sana pungguk menanti
Mengharap bulan membalas rindu di hati
Di sini aku berdiri
Menunggu penuh dengan kesabaran
Tanpa manis madah
Janji yang puitis
Tuk persembahan
Hanya ketulusan
Sekeping hati suci

Aku
Berikan kasih
Kalau itu yang kau mahu dari ku
Aku
Berikan cinta
Untuk membahagiakan hari mu
Aku
Sayang dirimu (menyayangimu)
Biarpun nafas ku sampai terhenti

Akan ku kota janji kita
Mendirikan Taj Mahal cinta
Seteguh kasih
Shah Jehan kepada Mumtaznya

Terasa indah pabila berdua
Semakin tiba saat bahagia
Merai cinta kita

Lagu : Zeti Akmar
Lirik : Abie Abdullah


Persembahan lagu kedua Nadia dengan lagu Aku Lebih Tahu - Mila AF5

(Video klip persembahan Nadia dengan lagu: Aku Lebih Tahu - Mila AF5)


Riz dengan persembahan lagu keduanya 11 Januari - Gigi


Stacy merupakan pelajar yang terakhir dengan persembahan lagu barunya "Aku Stacy"


(Video klip Stacy membuat persembahan dengan lagu barunya "Aku Stacy" - lagu baru Stacy)


Setelah lima pelajar finalis membuat dua lagu, mereka seterusnya membuat persembahan "Menuju Puncak" dengan pesembahan yang berlainan sedikit.


Selesainya persembahan "Menuju Puncak" Zahid AF2 membuat persembahan lagu "Baru"


Mila AF5 dengan persembahan lagu "Ilham Di Mata"


Faizal AF4 dengan persembahan lagu "Wa Timang Landak".


Lagu persembahan bekas pelajar Akademi Fantasia Musim Keenam - Heal The World

Lirik lagu AKU STACY – STACY (LAGU BARU)

Lidah kukelu dan minda ku membeku
Semangat kuhilang entah ke mana
Dari pagi sehingga malam datang menjelma
Congak posisi diri

Macam – Macam cara tuk kulepaskan raga
Dari berterusan ku disakiti
Engkau yang belagak bagai raja di istana
Jadikan ku sang abdi

Mau saja…Aku melepaskan diri dan terus berlari
Ikut saja…kata hati yang berbisik meracuni
Boleh saja …ku turut kan kata hati yang ingin mencuba
Gagal lagi…kamar ku sedia terkunci

Difikir – fakir mengapa harus takut
Sedang asalnya ku yang berkuasa
Meskipun aku Stacy bukannya permaisuri
Harga diriku tinggi

Engkau Sekadar datang menumpang saja
Telah terbongkar sifatmu pendusta
Ingin mengaut apa saja yang ada
Namun aku penghalang

Mau saja…Aku melepaskan diri dan terus berbelari
Ikut saja…kata hati yang berbisik meracuni
Boleh saja…ku turut kan kata hati yang ingin mencuba
Gagal lagi…kamar kusedia terkunci

Umpama perang
Umpan perlu dikorbakan
Demi mencapai maksud dan tujuan ( oh, tujuan )
Perasaanku terpaksa menjadi taruhan
Akhir nanti engkau akan pasti aku tawani

Lagu : Intan Norul Azlina (Intan Shaharuddin)
Lirik : Intan Norul Azlina/Ad Samad (Fighting Poet Sdn Bhd)

Keputusan Konsert Akhir Akademi Fantasia Musim Keenam pada 24 Mei 2008:


"Siapakah pilihan anda Juara untuk Akademi Fantasia musim keenam?" Begitulah kata-kata Pengacara sewaktu beliau mula membuat penguguman.


Keputusan telahpun diberikan kepada Pengacara AC Mizal oleh Pengetua Akademi Fantasia Musim Keenam sebentar tadi.




Tahniah kepada semua lima pelajar finalis Akademi Fantasia Musim Ke-6 di atas kejayaan mereka.

Penguguman pertama yang dibuat adalah untuk pelajar finalis yang mendapat kedudukan Kelima. Tahniah kepada Nadia. Semoga terus berjaya dalam bidang ini.




NADIA - Tempat Ke-5
Aku Lebih Tahu (Mila AF5)
Kalut Lagi Mengarut (Lagu Baru)


TOI - Tempat Ke-4
Cinta Zulaikha (Mawi)
Panahan Asmara (Lagu Baru)



NUBHAN - Tempat Ke-3
Bukan Di Sini (Sofaz)
Ada Untukmu (Lagu Baru)


Tiga pelajar finalis: Siapakah yang akan menjadi Naib Juara?




Naib Juara Akademi Fantasia Musim Ke-6 adalah Riz
11 Januari (Gigi)
Hanya Sandiwara (Lagu Baru)





Juara Akademi Fantasia Musim Keenam adalah Stacy yang telah membuat persembahan dua lagu - Atas Nama Cinta (Rossa) dan Aku Stacy (Lagu Baru).


Tiga orang Pengkritik turut berasa amat gembira di atas kejayaan 5 pelajar finalis Akademi Fantasia 6


Tenaga Pengajar Akademi Fantasia 6


Penonton di Stadium Putra Bukit Jalil memberi tepukan yang amat gemuruh kepada semua lima pelajar finalis Akademi Fantasia Musim Ke-6


Pengetua Ramli MS - "Saya dengan ini ingin mengumumkan bahawa sesi pengajian Akademi Fantasia pada musim keenam ini ditutup."

AC Mizal: "Dengan ini berakhirlah sudah sesi pembelajaran Akademi Fantasia musim ke-6." "Dengan ini saya juga ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada anda. Satu harapan satu tujuan satu destinasi mengubah impian Stacy menjadi realiti."Kita berjumpa lagi di masa akan datang."


Dengan ini berakhirlah kemas kini sapphire blu dalam ulasan Konsert Akhir Akademi Fantasia Musim Keenam yang telah disiarkan secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil pada 24 Mei 2008.

Tahniah kepada Stacy, Riz, Nubhan, Toi dan Nadia di atas kejayaan mereka yang kini bergelar "Bintang". Semoga mereka terus berjaya dalam apa jua bidang yang mereka ceburi - daripada Sapphire Blu.


Jumlah Undian Untuk Akademi Fantasia 1 hingga Akademi Fantasia 6

AF6 - 3.8 juta undi - Juara Stacy
AF5 - 6.6 juta undi - Juara Mila
AF4 - 7 juta undi - Juara Faizal
AF3 - 10.9 juta undi - Juara Mawi
AF2 - 15 juta undi - Juara Zahid
AF1 - 4.5 juta undi - Juara Vince

Peratusan Undian Konsert Akhir Akademi Fantasia Musim Keenam pada 24 Mei 2008

Stacy - 43%
Riz - 18%
Nubhan - 14%
Toi - 13%
Nadia - 13%

(Terima kasih kepada murai.com untuk informasi Peratusan undian Konsert Akhir AF 6 dan jumlah undian dari AF1 hingga AF6)

(Sapphire Blu ingin mengucapkan terima kasih kepada teaoya Channel di atas sumber video klip persembahan lagu baru 5 pelajar finalis dalam Konsert Akhir Akademi Fantasia Musim Keenam)

Online Visitors

Thank you for dropping by