Sunday, December 27, 2009

Pasangan Sein & Nana Juara Sehati Berdansa 3 - MALAM KEMUNCAK SEHATI BERDANSA MUSIM KE-3 PADA 26 DISEMBER 2009


TEMA MALAM KEMUNCAK SEHATI BERDANSA MUSIM KE-3: TARIAN MELAYU KONTEMPORARI & TARIAN LATIN(BATTLE) - PASANGAN SEIN & NANA MERUPAKAN JUARA SEHATI BERDANSA MUSIM KE-3

**********************************************************************
Ulasan Kemuncak Sehati Berdansa

Akhirnya Kemuncak Sehati Berdansa telah pun membuka tirainya. Malam yang sungguh gilang gemilang ini dimulakan dengan tarian daripada kesemua koreografer. Dan ketika ini Penasihat Tarian, Farah Sulaiman pula menunjukkan kehebatannya.

Untuk berita terkini mengenai Kemuncak Sehati Berdansa.. Teruskan bersama kami..

9.05pm - Kedudukan para peserta telah diumukan buat pertama kali. Pada ketika ini Sein telah mendahului pasangan Sazzy.

Juri-juri juga telah diperkenalkan. Joseph Gonzales selaku juri tetap, Linda Jasmin pengkritik tetap Sehati Berdansa musim pertama dan kedua, serta Lisda dan Fauzi.

9.15pm - Pasangan Sein dan Nana telah memberikan persembahan yang cukup memukau dan menerima pujian daripada keempat-empat juri. Lisda dan Fauzi memuji pakaian mereka yang cukup menarik dan bersesuaian. Bagi Linda persembahan mereka sememangnya persembahan pembukaan yang baik. Manakala Joseph memuji keyakinan mereka walaupun semestinya perasaan takut menguasai mereka.

9.20pm - Kehangatan malam Kemuncak Sehati Berdansa diteruskan lagi dengan persembahan pasangan Sazzy dan Nazril. Elemen Kelantan sememangnya diberi penekanan di dalam koreografi mereka. Bagi Fauzi aksi yang ditonjolkan sememangnya mencabar mereka sebagai Juara musim kedua dan Sazzy dan Nazril sememangnya pasangan yang Romantis. Bagi Linda kedua-dua mereka telah memberikan persembahan yang terbaik. Menurut Joseph pula mereka umpama penari professional kerana berjaya memasukkan kesemua elemen kesenian negeri Kelantan hanya dalam satu tarian.

9.25pm - Kemunculan Adam dan Stacy sebentar tadi sememangnya menhangatkan lagi suasana di PICC ketika ini. Irama lagu Mengegar Dunia yang disertai dengan tarian hebat daripada kedua-dua mereka sememangnya mengagumkan.

9.30pm - Bagi pusingan kedua yang berkonsepkan battle, pasangan Sazzy dan Nazril telah menunjukkan kreativiti mereka terlebih dahulu. Koreografi yang ditarikan sememangnya menghiburkan.

Pasangan Sein dan Nana juga tidak kurang hebatnya. Koreografi yang ditarikan sememangnya mempunyai elemen kretiviti yang berbeza berbanding pasangan Sazzy dan Nazril.

Pusingan kedua Sazzy dan Nazril meneruskan tarian mereka. Seperti biasa elemen stunt sememangnya menjadi elemen utama didalam tarian mereka.

Pasangan Sein dan Nana tampil berbeza apabila menukar pakaian yang dipakai oleh mereka. Tampil berbeza di pusingan kedua namun kedua-dua mereka tetap memberikan saingan yang hebat kepasa Sazzy dan Nazril.

9.35pm - Komen terakhir daripada juri, bagi Lisda dan Fauzi mereka memberi pujian kepada kedua-dua pasangan dan bagi mereka, sekiranya mereka bertanding di musim ini mungkin mustahil untuk mendapatkan gelaran juara.

Bagi Linda kedua-dua pasangan tampil dengan koreografi yang hebat. Namun keserasian antara pasangan Sein dan Nana sememangnya menarik perhatian Linda. Bagi pasangan Sazzy pula mereka sememangnya hebat.

Menurut pengkritik tetap Joseph kedua-dua mereka telah memberikan satu persembahan yang hebat dan kedua-dua mereka sememangnya layak beraksi di pentas Kemuncak Sehati Berdansa.

9.45pm - Fahrin telah mengumumkan bahawa talian undian telah pun ditutup secara rasminya dan sebentar lagi Juara Sehati Berdansa musim ketiga akan diumumkan. Sudah semestinya kedua-dua pasangan finalis ini sedang berdebar-debar menantikan keputusan yang akan diumumkan sebentar lagi. Teruskan bersama kami untuk mendapatkan jawapannya seketika nanti.

9.50pm - Kini buat kali terakhir kesemua pasangan selebriti bersatu mempersembahkan tarian bagi lagu tema Sehati Berdansa yang dinyanyikan oleh Hafiz Juara Akademi Fantasia 7.

9.52pm - Kini masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Sebentar sahaja lagi Juara Sehati Berdansa bakal diumumkan.

Juara Sehati Berdansa musim ini bakal membawa pulang kereta Audi A4 1.8, tiket percutian ke Itali, Trofi dan Wang berjumlah RM20000 buat badan amal yang mereka wakili.

Bagi Naib Juara musim ini, mereka akan memenangi sebuah trofi juga tiket percutian ke Australia serta wang berjumlah RM15000 buat badan amal yang mereka wakili.

9.55pm - Sein dan Nana Juara Sehati Berdansa musim ketiga, begitulah pengumuman yang telah diumumkan oleh Fahrin sebentar tadi. Dengan pengumuman tersebut ini bermakna Persatuan Albinisma Malaysia telah berjaya memperoleh dana sebanyak RM20000. Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada wakil badan amal tersebut iaitu, Cik Maizan Mohd Salleh.

Dengan penyerahan trofi dan hadiah tersebut, ini bermakna Sehati Berdansa musim ketiga telah pun melabuhkan tirainya. Segala memori sepanjang sepuluh minggu Sehati Berdansa musim ketiga berlangsung sememangnya akan tersemat di hati. Kepada pasangan Sein dan Nana jutaan tahniah diucapkan di atas kejayaan mereka.

Berikut adalah peratusan undian setelah undian ditutup:

PASANGAN SEIN & NANA - 83.66
PASANGAN SAZZY & NASH - 16.34


Sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://www.astro.com.my/)

**********************************************************************











Gambar-gambar saat kemenangan Juara & Naib Juara Sehati Berdansa Musim Ketiga - Pasangan Sein & Nana dan Pasangan Sazzy & Nash











**********************************************************************
Berikut adalah senarai lagu tugasan kedua-dua pasangan selebriti Sazzy & Nash dan Sein & Nana:

Tarian Melayu Kontemporari

PASANGAN SEIN & NANA - KURIK KUNDI (VERSI PERAK)
PASANGAN SAZZY & NAZRIL - KURIK KUNDI (VERSI KELANTAN)

Tarian Latin (Battle)

PASO DOBLE & ARRASANDO



Kemuncak Sehati Berdansa 3 Part 1


Kemuncak Sehati Berdansa 3 Part 2


Kemuncak Sehati Berdansa 3 Part 3


Kemuncak Sehati Berdansa 3 Part 4


Kemuncak Sehati Berdansa 3 Part 5


Kemuncak Sehati Berdansa 3 Part 6


Kemuncak Sehati Berdansa 3 Part 7

**********************************************************************

Sumber: Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://www.astro.com.my/sehatiberdansa/highlights.asp?an=318&bid=3731, Astro Ria dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Sinopsis Sinema Liburan - Casper's Haunted Christmas pada 27 December 2009 pukul 7.30 WIB di Indosiar


Sinopsis Sinema Liburan - Casper's Haunted Christmas
Tayang: 27-Dec-2009 07:30 WIB

Pada suatu hari, Casper mendapat kunjungan mendadak dari pemimpin para hantu Kibosh. Berita yang disampaikan sangat tidak mengenakkan : Casper dianggap tidak bisa memenuhi kuota menakuti manusia sebanyak satu kali per tahun.

Ancamannya tidak main-main. Bila Casper masih belum juga memenuhi kuotanya hingga hari Natal, ia bakal dikirim ke sebuah tempat yang sangat menakutkan para hantu yang hanya dikenal dengan nama Kegelapan.

Casper sendiri sebenarnya tidak takut dengan ancaman tersebut, namun yang jadi masalah ia tidak akan diasingkan sendirian melainkan bersama tiga pamannya yang jahil dan nakal Stinkie, Stretch, dan Fatso karena mereka dianggap gagal mengajari Casper.

Untuk menjalankan hukuman, keempatnya dikirim ke kota Kriss di wilayah Massachusetts yang disebut-sebut sebagai kota yang paling meriah merayakan Natal di seluruh dunia. Tujuannya jelas : untuk mempermudah tugas Casper.

Namun yang terjadi malah sebaliknya, disana Casper berteman dengan seorang gadis yang juga baru pindah ke kota Kriss bernama Holly Jollimore. Kuatir kalau sahabat barunya bakal ketakutan, Casper menyamar sebagai boneka salju yang bisa berbicara.

Sementara itu, tiga pamannya Stinkie, Stretch, dan Fatso mulai kuatir dan memutuskan untuk meminta bantuan Spooky, sepupu Casper yang berwujud sama persis, untuk menakut-nakuti penduduk kota sekaligus menuntaskan tugas Casper.

Dibuat pada tahun 2000 silam, Casper's Haunted Christmas disuarakan oleh Brendon Ray Barrett, Kathleen Barr, Ian James Corlett, David Kaye, Grame Kingston, Terry Klassen, Scott McNeil, dan Tegan Moss.

Sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://www.indosiar.com)

EPISODE 7 - SINOPSIS(SUMMARY) SINETRON TASBIH CINTA PADA 23 DISEMBER 2009 PUKUL 2.00 PETANG DI TV3 - Laudya Chintya Bella sebagai Bella


Sinopsis Tasbih Cinta Episod 7 dalam slot sinetron TV3 pada 23 Disember 2009

Sinetron: Tasbih Cinta
Terbitan: MD Entertainment
Lagu Pembukaan Tema: Menyesal oleh Ressa Herlambang
Penutup Tema: Menyesal oleh Ressa Herlambang
Jumlah episode: 105


Dibintangi oleh:

Laudya Chintya Bella sebagai Bella
Andrew Andika sebagai Jo
Bayu Kusuma Negara sebagai Rafi
Helsi Herlinda
Dicky Chandra
Nella Anne
Benny Ruswandi
Nenny Triana
Alessia Cestaro
Bobby Rakhman sebagai Elsye

**********************************************************************


Video klip Menyesal (Lagu Tema OST Tasbih Cinta) - Ressa Herlambang


Pembukaan Tema Tasbih Cinta/Opening Theme Song Tasbih Cinta


Lirik Lagu Menyesal (Lagu Tema Tasbih Cinta) - Ressa Herlambang

semula ku tak yakin
kau lakukan ini padaku
meski di hati merasa
kau berubah saat kau mengenal dia

reff:

bila cinta tak lagi untukku
bila hati tak lagi padaku
mengapa harus dia yang merebut dirimu

bila aku tak baik untukmu
dan bila dia bahagia dirimu
aku kan pergi meski hati tak akan rela

* terkadang ku menyesal
mengapa ku kenalkan dia padamu

repeat reff [2x]
repeat *

**********************************************************************

Sambungan sinopsis sinetron Tasbih Cinta Episode 7 pada 23 Disember 2009

Penghujung Episode 7 sinetron Tasbih Cinta



Ibu Sari: Akhirnya kamu pulang juga Rafi. Nenek tunggu dari tadi.
Rafi: Nenek cari Rafi? Memangnya ada apa?
Ibu Sari: Ada apa? Ada apa? kamu jangan pura-pura tak tahu sama nenek. Kamu fikir kalau nenek tak marah sama kamu? Mulai hari ini, kamu ikut nenek ke hotel. Nenek nak lihat cara kamu belajar kendalikan hotel daripada Jojo.
Rafi: Nenek nak saya belajar dari dia?
Ibu Sari: Ya, kenapa? Kamu tak mahu?
Rafi: Mahu.(Dengan keberatan Rafi terpaksa bersetuju untuk belajar daripada Jojo)
Ibu Sari: Ya sudah, sana salin baju.
Rafi: Iya..






Surya: Suka hati saja dia marah Rafi. Ini tak boleh dibiarkan.
Kasih: Mas, Mas... jangan Mas... Mas sabar dulu Mas. Ibu Sari buat begitu demi kebaikan Rafi. Selama ini kita manjakan dia. Sebab itu dia tak pandai tanggungjawab. Dia selalu berfoya-foya. Ini masanya untuk bekerja.
Surya: Kalau yang ini masuk akal. Saya boleh terima. Tapi kalau dia tampar Rafi lagi saya tak boleh terima.


Kasih: Tapi Mas, Ibu Sari lakukan itu semua kerana dia sayangkan Rafi.
Surya: Bising saja. Lebih baik saya pergi kerja daripada mendengar leteran kamu.







Ibu Sari: Rafi, kenapa bingung di situ, ayuh...



Jojo: Bella, kamu pergi ke meja penyambut tetamu dan tanya tentang Tuan Kimura dan Tuan Minoro sudah pesan meja ke belum.
Bella: Baik Pak.








Jojo bertembung dengan kawan-kawannya di hotel. Mereka memuji kecantikan setiausaha Jojo. Kata mereka, semalam mereka ternampak Bella bersama Rafi dan kata mereka, Bella masih tenang walaupun Rafi memaksa dia minum alkohol. Mujur Bella masih tenang dan bertegas.
Jojo: Sampai begitu sekali?


Kata salah seorang daripada mereka lagi, gadis secantik Bella tidak padan dengan Rafi. Mereka minta Jojo nasihat adiknya daripada terus menganggu Bella.



Ibu Sari: Kamu itu kalau kerja tak buat betul-betul bila nak selesai?
Rafi: Nenek, saya penat. Lagipun sekarang waktu rehat. Jadi bolehkan Rafi rehat sebentar? Kejap lagi saya sambung kerja.
Ibu Sari: Tak boleh.
Suara hati Rafi: Nenek tak adil. Bella boleh keluar, kenapa saya tidak boleh pula. Kira-kira Bella di mana sekarang ya... Dia sepatutnya dengar cakap aku. Sekarang jadi lain pula jadinya. Atau jangan-jangan sekarang dia sedang berhibur dengan Jojo sementara aku terpaksa duduk di sini.






Bella kepada kanak-kanak itu: Kenapa muka kamu pucat? Kamu sakit ya? Dah makan?
Kanak-kanak itu: Belum...








Bella: Biar saya yang bayar.




Ibu Sari: Rafi, nenek nak keluar sebentar. Kamu teruskan buat kerja.






Setelah Ibu Sari beredar dari pejabat, Rafi berasa gembira dan dia berkata pada dirinya dia boleh berehat sementara neneknya tiada di situ.

Rafi pada dirinya: Jika Kiki nampak aku berpakaian begini, pasti dia akan gelakkan aku.
Rafi: Ya..




Rafi: Aku mesti tunjukkan pada gadis kampung itu siapa aku sebenarnya. Kalau tidak dia makin banyak ragam.


Suara hati Bella: Apa yang Pak Jojo fikirkan... dari tadi dia mengelamun.










Rafi: Dengar baik-baik. Jangan lupa kamu bukan siapa-siapa tanpa aku. Tanpa aku bawa kamu ke sini, pasti kamu masih jual sate di tepi jalan. Kamu jangan buat hal dan besar kepala hanya kerana Jojo dan nenek aku baik pada kamu. Mereka boleh tertipu dengan wajah baik kamu, tapi bukan aku. Aku kenal sangat siapa kamu.



Jojo mencari Bella.
Jojo pada dirinya: Tadi Bella jalan sekali dengan aku. Mana dia pergi?


Rafi kepada Bella: Kamu jangan lupa mana kamu berasal? Walaupun kamu pakai baju mahal, kamu tetap orang miskin.








Jojo: Bella kamu kenapa, Bella?



Jojo: Apa Rafi dah menyakiti kamu? Bella, jawab Bella... Adakah Rafi dah menyakiti kamu? Rafi... kamu dah keterlaluan.
(Rafi pergi mencari Rafi)







Jojo: Kamu buat apa pada Bella?




Rafi: Aku tak faham.
Jojo: Jangan bohong. Kamu buat apa hingga Bella menangis. Kenapa kamu selalu buat hal dan kasar padanya? Seolah-olah dia terhutang budi pada kamu. Aku ingatkan pada kamu, jangan kacau Bella lagi. Dia lain daripada gadis lain. Aku tak nak kerja Bella tak bagus gara-gara kamu.




Bersambung.... hingga bertemu lagi dalam kemas kini Episode 8 sinetron Tasbih Cinta

**********************************************************************
Sambungan sinopsis sinetron Tasbih Cinta Episod 7

SARI memberikan kalung indah pada BELLA. SARI ingin BELLA menyimpannya sebagai kenang-kenangan darinya. Tapi RAFI yang melihat itu langsung mengambil kalung tersebut dari BELLA. RAFI juga menuduh BELLA memanfaatkan penyakit LINA untuk mendapatkan simpati dari keluarganya. BELLA begitu sedih dan terhina dengan tuduhan RAFI.

BELLA tidak ingin larut dalam kesedihannya karena dia masih harus mencari uang buat biaya operasi LINA. Sampai pagi hari, BELLA dan keluarganya belum juga mendapatkan uang. JULEHA dan SUPRI lalu memutuskan untuk mencari uang sendiri, mereka tidak ingin membebani BELLA terus menerus.

JULEHA meminta BELLA berkonsentrasi bekerja di kantor tanpa memikirkan biaya operasi LINA. JULEHA juga memberikan kalung dengan tulisan nama BELLA yang dipakai saat BELLA masih bayi. BELLA yang tidak punya pilihan terpaksa menggadaikan kalungnya di rumah sakit agar LINA bisa segera di operasi. Setelah itu BELLA mendesak RAFI untuk memberikan sisa uang yang dijanjikan oleh RAFI.

Setelah mendapatkan uang dari RAFI, BELLA langsung memberikan uang tersebut pada orangtuanya. BELLA kemudian bergegas ke kantor. Di kantor JOJO dan BELLA kini menjadi akrab. JOJO bahkan tidak memarahi BELLA yang datang terlambat.

RAFI yang sedang berada di hotel merasa kesal dengan sikap BELLA. RAFI langsung menemui BELLA. RAFI menghina dan mengingatkan BELLA untuk tidak sombong karena dia hanyalah orang miskin. BELLA merasa sedih menerima perlakuan dari RAFI. JOJO yang melihat hal tersebut langsung menemui RAFI dan memakinya di depan umum.

***********************************************************************
Video klip sambungan kisah sinetron Tasbih Cinta Episode 7


Sambungan kisah sinetron Tasbih Cinta Episode 7 Part 1


Sambungan kisah sinetron Tasbih Cinta Episode 7 Part 2


Sambungan kisah sinetron Tasbih Cinta Episode 7 Part 3


Sambungan kisah sinetron Tasbih Cinta Episode 7 Part 4


Sambungan kisah sinetron Tasbih Cinta Episode 7 Part 5

***********************************************************************

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada MD Entertainment, http://www.indosiar.com, TV3, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar Tasbih Cinta)

(Thank you dan kredit diberikan kepada skoogie Channel, sayangsayangku Channel untuk lagu tema dan rannia2009 Channel & sayangsayangku Channel untuk video klip Episode 6 & 7)

Online Visitors

Thank you for dropping by