Thursday, September 11, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU YANG TERKINI DALAM EPISOD KE-61 YANG DISIARKAN PADA 11 SEPTEMBER 2008 KHAMIS PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH TERKINI SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-61 YANG DISIARKAN PADA 11 SEPTEMBER 2008, KHAMIS PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


Tema Anakku Bukan Anakku



Lirik Lagu Alhamdulillah OST Sinetron Anakku Bukan Anakku

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan


Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Dude Harlino sebagai Taufan
Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta
Menampilkan: Benny Ruswandi


Marcelino Lefrandt


Dinda Kenyadewi sebagai Noni

Kisah selanjut sinetron Anakku Bukan Anakku sudah tiba episod 61 di mana dalam episod yang lalu banyak peristiwa telah berlaku:

- Topeng Tatia telah terbakar.

- Vivian mendapat tahu bahawa Adel bukan anak kandungnya melalui Luci.

- Adel mengikut Rafli pergi mencari Tatia.

- Vivian dan Nico mencurigai identiti Noni.


Episode 61 - 1


Episode 61 - 2


Episode 61 - 3


Episode 61 - 4


Episode 61 - 5


Episode 61 - 6

Episod 61:



Episod 61 bermula dengan Vivian terus menyamar sebagai suara Adel sewaktu berbual dengan Luci di telefon untuk mengetahui lebih rahsia yang ingin diberitahu oleh Luci. Luci hampir mendapat tahu bahawa dia bukan Adel kerana suara yang berlainan tetapi Vivian berkata dia sakit tekak jadi suaranya berlainan.



Kemudian, Luci terus memberitahu Vivian bahawa dia akan menyimpan rahsia mengenai Adel dan Tatia hingga ke liang kubur. Vivian terkejut mendengar segala apa yang telah dikatakan oleh Luci dan telefon bimbit Adel terlepas dari tangannya. Vivian menangis teresak-esak lalu menjelaskan kepada Nico bahawa Tatia adalah anak kandung mereka. Vivian menyesal kerana selama ini Tatia begitu dekat dengan mereka dan mereka masih tidak tahu dia adalah anak mereka.

Jimbo mengacukan pistol ke arah Taufan dan menyuruhnya memandu dengan cepat Rafli dan Adel mengikut kereta Taufan dari belakang. Tetapi Jimbo dan dua orang rakannya menyedari hal ini dan mereka pura-pura tidak tahu dan berhenti di suatu tempat lalu masuk ke rumah itu. Tatia dan Taufan diikan ke kerusi dan mereka beredar dari situ.

Adel mencurigai kenapa mereka berhenti tiba-tiba di situ dan memberitahu Rafli mungkin mereka telah mendapat tahu Adel dan Rafli telah mengikut mereka. Menurut Adel lagi dia rela korbankan nyawanya demi untuk Tatia.



Adel ikhlas mahu menolong Tatia dan dia berbisik tentang rancangannya untuk menolong Tatia di telinga Rafli. Selepas itu dia turn dari kereta Rafli.

Tatia memberitahu Taufan bahawa dia adalah pembawa malang dan selalu memberi masalah kepada sesiapa yang mendekatinya. Tatia juga berkata dia telah melibatkan Taufan dalam hal ini. Taufan menerangkan kepada Tatia, dia akan melakukan apa sahaja untuk Tatia walaupun dia harus mati.

Nico seperti tidak mahu mempercayai apa yang telah dilafazkan oleh Vivian mengenai hal Tatia dan Adel kepadanya. Nico juga berpendapat semua itu seperti tidak masuk akal. Vivian mengingatkan Nico tentang masa sewaktu bayi mereka dan bayi Rona dan Bayu dilahirkan Dia berkata besar kemungkinan bayi itu telah ditukarkan sewaktu dilahirkan. Vivian juga teringat suatu ketika dahulu Rona pernah mendukung sambil memeluk Adel dengan erat dalam persaan sedih.

Nico ingin kepastian daripada Vivian sekali lagi adakah Luci telah memberitahu semua itu. Vivian menerangkan kepada Nico semua yang dikatakannya adalah benar belaka. Mereka masuk ke kamar Noni dan menyuruh Noni membuka topeng dari mukanya. Noni serba salah dan ini membuat Vivian marah dan menengkingnya minta topengnya dibuka dengan segera. Nico meminta Vivian supaya menyuruh Noni membuka topengnya dengan elok-elok kerana menurutnya lagi Noni adalah seorang gadis yang baik.



Kemudian Noni mengaku bahawa sebenarnya dia bukan Tatia dan berkata dia tiba di kediaman Nico adalah secara kebetulan sahaja. Dia menjelaskan segala apa yang berlaku kepada mereka. Perbualan Noni, Vivian dan Nico didengar oleh Bayu yang mengintai mereka dari luar jendela kamar. Bayu mengetahui selama ini dia telah ditipu. Dia terus memikirkan ke mana perginya Tatia.

Jimbo dan rakan-rakannya memukul Rafli dan memaksanya masuk di mana Tatia dan Taufan berada. Noni terus menerangkan kepada Vivian bagaimana Vivian hampir terbakar dan dia telah menolongnya. Pada ketika itulah Vivian telah salah faham dan ingat dia adalah Tatia. Dengan sedih dan berlinangan air mata, Noni meneruskan kata-katanya lagi bahawa dia rela ditangkap sekiranya mereka mahu melaporkannya kepada polis.



Vivian bersyukur dan dengan hati yang gembira dia berkata Tuhan bukan sahaja memberinya satu Tatia tetapi dua sekali gus. Bayu tidak suka apa yang telah didengarnya sewaktu dia mengintai percakapan Vivian kepada Noni. Bisikan syaitan mahu Bayu ingat satu prinsip iaitu "Kejahatan harus menang" dan syaitan juga berkata maut akan menjemput Tatia.



Adel keluar dari but belakang kereta. Episod 61 berakhir di sini. Adakah Adel berjaya menolong Rafli, Taufan dan Tatia? Sama-samalah kita ikuti kisah selanjut Anakku Bukan Anakku yang akan berakhir tidak lama lagi pada minggu depan, hari Isnin, 15 September 2008 jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.

Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September, 18 September 2008

Sekian daripada sapphire blu untuk semua.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada tv3.com.my)

Online Visitors

Thank you for dropping by