Tuesday, July 1, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-19 YANG DISIARKAN PADA 1 JULAI 2008, SELASA PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3.


EPISOD 19: ANAKKU BUKAN ANAKKU PADA HARI SELASA, 1 JULAI 2008 DI TV3


GAMBAR PELAKON SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU


Video klip Alhamdullilah Lagu Tema Anakku Bukan Anakku dengan lirik lagu.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada syafiq7400 Channel untuk video klip Alhamdullilah - Opick feat. Amanda)

Lirik Lagu Alhamdulillah [OST Sinetron Anakku Bukan Anakku]

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan


Dibintangi oleh:


Roger Danuarta - Rafli


Nabila Syakieb - Tatia


Raya Kohandi - Adel


Krisna Mukti - Nico


Raslina Rasidin - Vivian


Eeng Saptahadi - Bayu


Vicky Burki - Syaitan


Femmy Permatasari - Luci


Him Damsyik - Pengemis Buta


Ana Pinem - Rona


Boy Irshandi - Ian




Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku dalam episod ke-18. Video klip selama Enam minit sebelum berakhirnya episod ke-18 dan bersambung ke episod ke-19 pada 1 Julai 2008.


Video klip Anakku Bukan Anakku episod ke-19 bahagian pertama


Video klip Anakku Bukan Anakku episod ke-19 bahagian ke-2


Video klip Anakku Bukan Anakku episod ke-19 bahagian ke-3


Video klip Anakku Bukan Anakku episod ke-19 bahagian ke-4

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada badaimimpi Channel untuk video klip sinetron Anakku Bukan Anakku)

Sambungan Kisah Sinetron Anakku Bukan Anakku daripada episod 18 pada 30 Jun 2008 Ke-19 pada 1 Julai 2008 jam 2.30 petang:
Puan Yosi(syaitan) bertanya kepada Tatia dan rakan-rakannya ke mana hendak mereka pergi pada malam yang betitu lewat. Tatia dan rakan-rakannya berasa cemas untuk seketika. Puan Yosi juga meminta Rafli menjelaskan kenapa dia harus memeluk Tatia sewaktu mereka keluar.

Rafli memberitahu Puan Yosi bahwa Tatia ketakutan. Mereka juga memberi penjelasan tujuan mereka keluar adalah untuk membeli ubat semat-mata kerana tidak sihat. Tatia diminta untuk kembali semula ke biliknya kerana dia tidak dapat mengemukakan sebarang alasan untuk keluar bersama mereka.

Sewaktu dalam biliknya, Tatia berasa ketakutan dan terasa seolah dia terlihat bayangan Puan Yosi di luar jendela dan dia terus menutup semua langsir. Puan Yosi terus mengganggu dan menakutkan Tatia dengan membuat sesuatu yang menyebabkanlampu di biliknya berkelip-kelip. Tatia panik dan dalam ketakutan. Rafli dan rakan-rakannya yang lain menuju ke bilik Tatia dan mereka diberitahu mengenai apa yang telah terjadi.

Puan Yosi memberi amaran kepada Tatia sekiranya dia ingin terus berada di gunung(puncak) dia harus menjaga emosinya yang sentiasa berada dalam ketakutan atau dia akan dihantar pulang ke Jakarta.

Dalam satu babak yang lain dalam sinetron ini menceritakan bahawa Rona memberitahu perkara yang sebenarnya kepada Adel bahawa dia dan Bayu adalah ibubapa kandungnya dan juga bagaimana Adel telah ditukarkan sewaktu masih bayi di hospital bersalin. Sudah pasti dan adalah dijangka bahawa Adel tidak mahu mempercayai apa yang dikatakan oleh Rona terutama sekali apabila Rona memberitahu Adel bahawa Tatia adalah anak kandung Nico dan Vivian.

Vivian menghalau Rona dari bilik Adel kerana dia menyangka Rona sedang mengganggu Adel. Adel pula membisik sesuatu di telinga Vivian. Apkakah agaknya yang dibisikkannya oleh Adel?

Berakhirnya Episod ke19 dengan Adel memanggil Rona dengan panggilan ibu buat pertama kalinya dan memeluk Rona dengan berlinangan airmata lalu meminta maaf kepadanya sekiranya dia telah membuat salah terhadap ibunya. Adakah Adel betul-betul mengaku Rona sebagai ibu kandungnya atau ada udang di sebalik batu? Apakah agaknya muslihat Adel? Jangan lupa untuk terus mengikuti sinetron yang menyayat hati dan pada waktu yang sama pula ia penuh dengan aksi cemas dalam episod seterusnya.



Kisah sinetron yang pasti menceriakan petang anda akan bersambung pada hari esok, 2 Julai 2008, Rabu dalam episod ke-20 di TV3 pada waktu yang sama.


Berbahagialah Mereka yang Memiliki Kekayaan Hati dan Nurani"

Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Hingga bertemu lagi dalam kemaskini yang akan datang.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by