Wednesday, July 16, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-28 YANG DISIARKAN PADA 16 JULAI 2008,PADA JAM 2.30 PETANG RABU DI TV3


SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-28 YANG DISIARKAN PADA 16 JULAI 2008, SELASA PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


GAMBAR PELAKON SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU

Dibintangi oleh:


Roger Danuarta sebagai Rafli


Nabila Syakieb sebagai Tatia


Raya Kohandi sebagai Adel


Dude Harlino sebagai Taufan (Tarikh lahir Dude Harlin : 2 Disember 1980 di Jakarta)


Krisna Mukti sebagai Nico


Raslina Rasidin sebagai Vivian


Eeng Saptahadi sebagai Bayu


Vicky Burki sebagai Syaitan


Femmy Permatasari sebagai Luci


Him Damsyik sebagai Pengemis Buta


Ana Pinem sebagai Rona


Boy Irshandi sebagai Ian


Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan


Video klip lagu tema Anakku Bukan Anakku Alhamdulillah - Opick feat. Amanda
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada syafiq7400 Channel)

Lirik Lagu Alhamdulillah [OST Sinetron Anakku Bukan Anakku]

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan

Sambungan Kisah Sinetron Anakku Bukan Anakku daripada episod 27 pada 15 Julai 2008 Ke-28 pada 16 Julai 2008 jam 2.30 petang.


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-28 bahagian pertama


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-28 bahagian ke-2


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-28 bahagian ke-3


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-28 bahagian ke-4


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-28 bahagian ke-5


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-28 bahagian ke-6 (4 minit sebelum berakhirnya episod ke-28 sinetron Anakku Bukan Anakku)

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada badaimimpi Channel untuk video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 28)

Episod 28

Tatia mengikut nenek Taufan pergi membeli belah pada hari minggu. Sebelum mereka bertolak, Tatia meminta Taufan untuk memberi satu nama baru kepadanya kerana dia masih tidak dapat mengingati kisah silamnya. Apabila Taufan enggan berbuat demikian, neneknya memikirkan satu nama yang sesuai untuk Tatia. Akhirnya Tatia diberi nama baru iaitu NUR yang bermaksud cahaya.

Rona dan Bayu terus menggesa Vivian dan Nico memberi separuh daripada harta kepada mereka dan Bayu dan Rona menyatakan hasrat mereka untuk tinggal di tingkat atas kediaman keluarga Nico dan ini termasuk kamar utama mereka. Nico dan Vivian diberi tempoh sehari sahaja untuk mengemaskan barang mereka dan selepas itu semua yang terdapat di tingkat atas akan menjadi milik Rona dan Bayu.

Timo begitu marah terhadap kedua-dua ibu bapanya dan memikirkan jalan untuk membuat sesuatu dalam hal ini agar dapat menghalang perbuatan jahat ibu bapanya terhadap tuan rumah mereka yang telah menolong mereka selama ini. Timo berpendapat mereka telah melampaui batas dan berani melawan Nico dan Vivian.

Adel keluar bersama Rafli untuk makan dan dalam waktu itu, Adel bertanya kepada Rafli sekiranya Tatia benar-benar meninggal dunia apa yang akan terjadi. Rafli dengan tiba-tiba seperti ternampak Tatia. Adel cuba memberi kepastian kepada Rafli bahawa Tatia sememangnya sudah meninggal dunia. Apabila melihat Adel yang begitu cemas dia tergelak dan menyatakan bahawa dia sedang menguji Adel.

Walau bagaimanapun, sewaktu dalam perjalanan keluar dari tempat makan di sebuah tempat membeli belah, Rafli benar-benar ternampak Tatia tetapi tidak dapat mengejarnya. Adel dan Luci yang juga berada di pusat membeli belah pada masa itu cuba meyakinkan Rafli bahawa Tatia sudah meninggal dunia dan tidak akan kembali lagi.

Dalam perjalanan pulang di luar pusat membeli belah, Tatia (nama baru Nur) terjumpa sekuntum bunga yang mekar dan dia seperti teringat sesuatu yang tidak dapat dijelaskannya. Pembantu rumah Taufan mengatakan bunga mekar tersebut bermaksud "tuah". Tatia tersenyum setelah mendengar maksud bunga tersebut.

Vivian menerima satu panggilan di kediaman mereka dan panggilan tersebut adalah untuk Bayu. Nico meminta Vivian memanggil Bayu untuk menerima panggilan itu. Pada mulanya Bayu enggan menjawab panggilan yang dikatakan oleh Vivian dari puncak(gunung) tetapi kerana ingin tahu siapa yang menelefonnya dari situ, akhirnya dia menjawab dan sewaktu Bayu menjawab panggilan tersebut, dia kelihatan begitu terkejut dan terus pengsan.

Siapakah yang menelefon Bayu dan kenapa Bayu kelihatan begitu terkejut selepas menjawab panggilan tersebut.


Jangan lupa untuk terus mengikuti sambungan kisah sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-29 pada hari esok 17 Julai 2008di TV3 pada waktu yang sama.


"Berbahagialah Mereka yang Memiliki Kekayaaan hati dan Nurani".

Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September 2008.

SAMBUNGAN KISAH SINETRON "SALAH MENCINTA" EPISOD KE-7 PADA 16 JULAI 2008 DI ASTRO ARUNA SALURAN 121 PADA JAM 1.00 HINGGA 2.00 PETANG


Episod ke-7 Sinetron "Salah Mencinta" pada 16 Julai 2008 jam 1.00 - 2.00 petang

Dibintangi oleh pelakon:

Nama: Ibnu Jamil
Tarikh Lahir: 30 April 1982
Umur: 26 tahun

Icha Nurbani,
Ichi Nuraini,
Maya Caroline


Video klip lagu tema "Salah Mencinta" Hanya Ingin Kau Tahu - Republik

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada satcure645 Channel untuk video klip Hanya Ingin Kau Tahu - Republik)

Lirik lagu Hanya Ingin Kau Tahu - Republik

Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo wo wo wo wo wo

Episod ke-7 Sinetron "Salah Mencinta" pada 16 Julai 2008 jam 1.00 - 2.00 petang

Kisah hari ini bermula dengan Tia memberitahu mamanya bahawa dia telah menemui cinta sejati dan kebahagiaannya bersama Dodi.Pada mulanya mamanya agaka terkejut apabila mengetahui lelaki yang dimaksudkan Tia adalah Dodi tetapi apabila dia melihat betapa gembiranya Tia, dia terpakasa turut tumpang gembira.

Santi membawa pulang gaun pengantin dan menunjukkan kepada mamanya dan Sinta. Santi yang yang berjiwa jahat itu mengatakan bahawa gaun pengantin itu adalah tempahan untuk perkahwinan Sinta dengan Dodi.

Santi menyamar sebagai Sinta dan menelefon Dodi di depan Fahri di sebuah kafetaria. Fahri berasa marah mendengar perbualan mengenai kata-kata buruk mengenainya, Fahri marah dan terus memukul Dodi. Nin meminta abangnya, Fahri meninggalkan Jakarta supaya dapat melupakan Sinta. Tetapi menurut Fahri dia boleh buktikan bahwa dia dapat melupakan Sinta tanpa pergi dari Jakarta.

Untuk mengelakkan daripada Sinta bertemu dengan Tia yang ingin memberitahunya tentang masalah cintanya dengan Fahri, Dodi membuat janji temu dengan Tia pada waktu yang sama lalu dengan memberitahu Tia bahawa ada "surprise" (kejutan)untuknya. Apabila Tia bertemu dengan Dodi, Dodi menghadiahkan seutas kalung yang cantik untuk Tia. Tia begitu terharu dan gembiran sewaktu menerimanya dan ingat bahawa Dodi benar-benar mencintainya.

Encik Iwan melawat keluarga Sinta dan menjemput mereka sekeluarga makan malam bersama. Sinta terpakasa pergi juga walaupun agak keberatan. Selepas selesainya makan malam di rumah Dodi, Dodi meminta kebenaran mama Sinta untuk menunjukkan tempat kediamannya kepada Sinta. Mama Sinta memberi kebenaran. Walaupun tidak suka, Sinta terpaksa menurut kehendak Dodi.

Apabila mereka berada di dalam bilik Dodi, Dodi cuba mencium Sinta tetapi sewaktu bergelutan Sinta berjaya melepaskan diri daripada Dodi dan terus keluar dari kamar tersebut. Kejadian ini dilihat begitu sahaj oleh Santi yang cuma berdiam diri.

Fahri diserang oleh sekumpulan penjahat yang diupah oleh Dodi dalam perjalanan pulang. Adiknya risau akan abangnya yang masih belum pulang walaupun sudah subuh. Apabila Fahri tersedar, dia mendapati dirinya berada di hospita(rumah sakit) dan menurut jururawat yang sedang merawatnya, mujur ada seorang gadis yang sempat menyelamatkannya. Apabila Fahri mendapat tahu gadis yang telah menyelamatkannya adalah Santi dia amat berterima kasih kepadanya.

Kisah sinetron Salah Mencinta berakhir di sini dalam episod ke-7. Adakah Fahri akan jatuh hati kepada Sinta pula? Jangan lupa untuk terus mengikuti kisah ini pada hari esok dalam episod ke-8, 17 Julai 2008 jam 1.00 hingga 2.00 petang.

Online Visitors

Thank you for dropping by