Tuesday, September 8, 2009

SAMBUNGAN KISAH SINETRON PUTRI YANG TERBUANG: EPISOD 41 - 55 DI ASTRO PRIMA SETIAP HARI ISNIN - JUMAAT JAM 4.00 PETANG


Sinetron Putri Yang Terbuang yang disiarkan di Astro Prima Saluran 105 pada jam 4.00 petang hingga 5.00 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat - Episode 41 hingga 55

***********************************************************************


Video klip lagu tema Putri Yang Terbuang - Kenangan Terindah: Samsons


Lagu Tema: Kenangan Terindah
Ciptaan Irfan
Penyanyi: Samsons
Album: Naluri Lelaki
Produksi: Massive Music Corp.


Gambar Marshanda sebagai Putri dan Rionaldo Stokhorst sebagai Raja

Dibintangi oleh pelakon:


Rionaldo Stokhorst sebagai Raja


Marshanda sebagai Putri

Raya Kohandi sebagai Linda
Chacha Frederica sebagai Tabitha
Gading Marten sebagai Febian
Meriam Bellina sebagai Asti
Dina Lorenza sebagai Yuna
Drg Fadli sebagai Carlos
Ria Probo sebagai Susan
Leily Sagita sebagai Rima
Yadi Timo sebagai Yudi

***********************************************************************
Sambungan sinopsis kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 41

Raja memutuskan untuk tinggal bersama Yuna dan dengan keputsan Raja itu, Asti menangis teresak-esak kerana Raja lebih relah mengikut mamanya, Yuna tinganggal bersama Putri dan Susan.

Walaupun Raja terus tinggal bersama Yuna tetapi Yuna masih sedih dan tiada selera makan mengenangkan suaminya. Setelah Putri mendengar apa yang didoa oleh Yuna dia berasa kasihan terhadapnya. Putri memberi kepastian kepada Susan bahawa dia amat menyayanginya.

Raja amat berterima kasih kepada Putri yang sanggup menerima dia dan Yuna tinggal di rumahnya. Yudi meminta Linda memberitahu Raja bahawa ibu kandungnya sedang sakit kerana gara-gara Raja. Linda berjanji akan cuba menasihati Raja pulang ke rumah mereka.

Linda menegur Raja kerana tidak berhati perut membuat ibunya begitu dan menyebabkannya sakit. Raja ponteng sekolah demi untuk melawat ibunya yang sedan merinduinya. Raja serba salah apabila Yudi dan Asti memintanya tinggal bersama mereka.

Walaupun Carlos enggan memaafkan Yuna kerana telah menipunya bahawa Raja adalah anak mereka selama ini, dia tidak dapat menafikan bahawa dia amat menicntai Yuna. Putri memanggil Carlos yang berada berhampiran dengan rumahnya. Carlos berpendapat bahawa Putri adalah seorang gadis yang amat istimewa dan alangkah baiknya sekiranya anak kandungnya juga seperti Putri.

Raja mengambil keputusan untuk pindah ke rumah Asti sehingga dia sembuh. Yuna terpaksa mengizinkannya pergi walaupun keberatan. Putritidak faham kenapa Raja harus pindah ke rumah Asti hanya kerana gara-garanya sakit.

Yuna gembira mendapat tahu dia boleh terus tinggal di rumah Putri dan Susan. Yuna juga meminta maaf kepada Putri kerana selama ini dia telah membenci Putri. Asti berasa sukacita apabila Raja telah pindah untuk tinggal bersama mereka semula.

Linda bercadang untuk membuang gelang yang pernah dibeli oleh Yudi daripada Susan sebanyak 10 juta rupiah seketika dahulu supaya Linda dapat menyamar sebagai anak kandung Yuna.

Raja mencuri gelang tersebut daripada Yudi yang telah meletakkan gelang tersebut di dalam laci.

***********************************************************************
Sambungan sinopsis kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 42

Akhirnya Putri menerima Yuna sebagai ibu kandungnya. Raja berasa amat marah dan kesal kerana ibunya Asti telah membuang Putri ke dalam tong sampah sewaktu masih bayi.

Susan khuatir Putri tidak akan menyayanginya lagi setelah dia bersua kembali dan menerima Yuna sebagai ibu kandungnya dan telah melayan Yuna dengan begitu baik sekali. Tetapi menurut Putri, Susan merupakan orang yang paling penting dalam hidupnya dan dia akan sentiasa menyayanginya. Susan begitu terharu mendengar penjelasan Putri kepadanya.

***********************************************************************
Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episod 44

Yuna bertanya kepda Raja di mana Putri berada tetapi Raja memberitahu Yuna dan Susan bahawa Putri enggan pulang. Susan risau tentang keadaan Putri yang belum pernah berpisah dengannya selama ini. Yuna terlalu rindukan Putri sehingga dia asying terkenangkannya dan tidak mahu makan dan tidak dapt tidur dengan nyenyak.

Raja memohon kepda Putri agar tidak mengusirnya dari hidupnya lagi. Raha terus memujuk Putri yang masih dalam keadaan sedih. Putri memberitahu Raja dia tidak mahu membencikan ibubapanya tetapi dan dia masih belum dapat memaafkan mereka.

Raja memberitahu Susan di mana Putri tinggal dan Susan telah pergi menemuinya. Walaupun Susan memujuk Putri untuk pulang bersamanya, tetapi Putri tidak sanggup mengikut kehendak Susan. Susan menjelaskan kepda Putri bahawa walaupun dia ditukarkan adalah kerana demi harta tetapi itu semua adalah kehendak ibubapa dan Putri seharusnya memaafkan mamanya, Yuna. Akhirnya mendengar nasihat Susan dan mengikutnya pulang bersamanya (babak yang begitu menyayatkan hati sapphire).

Yuna gembira dan terharu melihat kepulangan Putri. Raja kemudiannya meinta Yuna memberitahu Carlos perkara sebenar bahawa Putri adalah anak kandung mereka. Putri risau Carlos tidak akan menerimanya tetapi dia bertekad untuk menghadapatinya juga bersama Putri untuk menjelaskan kepada Carlos.

Carlos rindukan kopi yang dibancuh oleh Yuna. Tanpa Yuna disampingnya seperti kekurangan sesuatu tetapi Carlos tidak mahu memaafkan Yuna. Yuna tiba di kediaman mereka dan memberitahu suaminya bahawa Putri adalah anak kandung mereka. Putri memanggilnya papa tetapi Carlos enggan menerima kenyataan bahawa Putri adalah anak kandungnya dan enggan menerimanya.

Sebaliknya Carlos telah menghalau Yuna, Putri, Raja dan Susan dari rumahnya. Carlos terkenangkan semula tentang Putri. Carlos berkata kepada dirinya bahawa mereka semua adalah pembohong dan melarang pembantu rumahnya membenarkan mereka jejak ke rumahnya lagi.

Raja memanjat dinding halaman kediaman Carlos dan masuk ke dalam. Carlos bertanya kepadanya kenapa dia harus berbuat demikian. Menurut Raja sekiranya dia tidak masuk dengan cara itu sudah pasti Carlos akan melarangnya daripada masuk. Setelah Raja menegur Carlos peristiwa tentang Yuna dan Putri, akhirnya Carlos pergi bersama Raja untuk meminta maaf daripda Yuna dan menjemput mereka pulang bersamanya.

Tetapi Putri enggan kerana semua ini berlaku dengan begitu cepat. Putri berkata baru sahaja papanya, Carlos tidak mahu mengakunya sebagai anak kandung dan kini dia tiba-tiba mahu menjemputnya pulang.

Carlos memberitahu Putri dia sudah mempercayai bahwa Putri adalah anak kandungnya dan dia tidak memerlukan sebarang bukti kerana impiannya untuk mendapat anak lelaki adalah sama sekali tidak masuk akal dan ini menyebabkan semua orang menderita akibat dia terlalu inginkan seorang anak lelaki.

Carlos melutut meminta maaf daripada Putri dan meminta izin daripada Putri untuknya menebuskan segala kesalahannya selama ini. Putri terharu dan terus memeluk papanya.

Episod 44 berakhir di sini dan sedutan episod 45: Asti membalingkan sebuah pasu ke arah Carlos tetapi Putri cuba mempertahankan papanya dan pasu itu terkena Putri. Apakah yang akan terjadi kepada Putri. Adakah dia akan terselamat? Jangan lupa untuk terus mengikuti kisah selanjutnya dalam episod seterusnya esok pada waktu yang sama.

***********************************************************************
Sinopssis episod 45

Linda mengatakan kepada ibunya, Asti jangan harapkan Raja akan pulang ke rumah mereka lagi. Susan memberitahu Putri bahawa dia bukan lagi puteri yang terbuang tetapi sebaliknya puteri yang sebenarnya. Susan dan Putri gembira dapat tinggal bersama Carlos dan mereka mengemaskan pakaian mereka menunggu Carlos menjemput mereka. Carlos menukarkan cadar baru untuk anaknya dan menjemput mereka pulang.

Asti pergi ke rumah Carlos setelah menelefonnya mengatakan Raja turut mengikut Carlos dan keluarganya pulang ke rumah Carlos. Dengan perasaan yang marah dan dengki di hati Asti dengan perasaan marah pergi ke rumah Carlos di ikuti bersama Yudi untuk meminta Raja pulang bersamanya.

Tetapi Carlos tidak membenarkannya berbuat demikian malah menghalaunya dan Yudi dari situ. Asti mengatakan mereka semua egois dan dia telah mengambil pasu bunga yang berdekatan dengannya di halaman rumah dan terus pergi ke arah Carlos dan cuba memukulnya dengan pasu tersebut.

Putri cuba menghalangnya dengan kedua belah tangan tetapi pasu itu terkena Putri. Putri cedera parah di kepalanya. Susan begitu sedih melihat keadaan Putri yang masih belum sedar lagi. Doktor memberitahu mereka bahawa Putri telah lepas dari keadaan kritikal dan kini berada dalam keadaan stabil tetapi Putri telah mengalami gegaran di otaknya.

Raja terus pergi ke rumah Asti dan Yudi dan menegur Asti. Katanya dengan perasaan kecewa terhadap ibunya dia memarahi Asti kenapa dia terus menyakiti orang yang dia sayangi dan sekiranya dia menganggapnya sebagai anak kenapa ibunya sanggup berlaku kejam. Raja meninggalkan Asti selepas itu.

Carlos berasa sangat marah terhadap perbuatan Asti yang menyebabkan kecederaan Putri dan dia telah membuat laporan polis. Tidak lama kemudian, polis pergi ke rumah Asti dan membawanya ke balai polis. Raja menemani Putri di kamarnya dan meminta Putri yang masih berada dalam keadaan koma bertahan dan memberitahunya bahawa dia rela bertukar nyawa dengan Putri.

Di balai polis, Asti memberitahu Carlos walaupun dia terpaksa dipenjarakan dia tidak akan membiarkan Carlos hidup dengan tenang. Episod 45 berakhir dengan Asti terkenangkan masa silam sewaktu anaknya, Raja ditukarkan dengan anak Carlos, Putri dan bagaimana dia telah membuangkan bayi tersebut ke dalam tong sampah dan sehinggalah Raja dewasa dan mengakunya ibu kandung semula.

Sambungan kisah sinopsis sinetron Putri Yang Terbuang Episode 45 Part 1

Sambungan kisah sinopsis sinetron Putri Yang Terbuang Episode 45 Part 2

Sambungan kisah sinopsis sinetron Putri Yang Terbuang Episode 45 Part 3

***********************************************************************





Sambungan sinopsis kisah sinetron Putri Yang Terbuang dalam Episode 46

Raja meminta kebenaran daripada Vivian dan Carlos semoga dia boleh menjaga Putri sehingga sembuh. Dia juga meminta agar dia dapat memeluk mereka untuk seketika sahaja walaupun dia sedar bahawa dia bukannya anak kandung mereka. Carlos menerangkan kepada Raja bahawa mereka akan sentiasa menganggapnya sebagai anak mereka.

Putri sedar dan amat berterima kasih kepada keluarganya yang sentiasa berdoa untuknya sweaktu dia tidak sedar. Raja hairan kenapa rumah Asti dan Yudi telah disita. Yudi yang sedang duduk di tepi jalan berhampiran dengan rumah tersebut memberitahu Raja bahawa Carlos telah menyebabkan ibunya, Asti dipenjarakan.

Sewaktu melawat ibunya, Raja telah memeluk ibunya dan memaafkannya. Ibunya mengatakan dia tidak kisah lagi berapa lama tempohnya dia akan dipenjarakan asalkan Raja pergi melawatnya setiap hari.

Raja memohon agar Carlos menarik balik tuduhannya terhadap Asti supaya dia tidak dipenjarakan. Carlos enggan mendengar kata-katanya tetapi setelah Putri memintanya berbuat demikian, akhirnya Carlos sanggup menarik balik tuduhan tersebut terhadap Asti tetapi dengan satu syarat.

Carlos memanggil Raja dan berkata dia bersetuju untuk menarik tuduhan itu tetapi dengan satu syarat iaitu Raja tidak boleh menghubungi Yudi, Asti dan Linda lagi buat selamanya

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 46

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 46 Part 1

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 46 Part 2

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 46 Part 3


Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 46 Part 4

***********************************************************************
Sambungan sinopsis kisah sinetron Putri Yang Terbuang: Episod 47



Dengan hati yang berat, Raja terpaksa menuruti syarat Carlos supaya Asti dapat dibebaskan daripada dipenjarakan. Asti berasa gembira kerana telah dibebaskan Raja menjemputnya pulang dari penjara ke kediaman baru Yudi. Linda juga turut gembira melihat kepulangan Asti. Begitu juga Yudi, suaminya.

Raja meminta diri tetapi Asti tidak mahu melepaskannya. Kata Raja dia ada urusan yang perlu diselesaikannya. Selepas itu, Asti memberitahunya bahawa dia akan menunggunya pulang. Raja memeluk ibunya dan meminta maaf atas semua kesalahannya.

Sewaktu di kediaman Carlos, Raja sedih terkenangkan ibunya. Yuna menasihati Raja melupakan sahaja Yudi dan Asti dan mengatakan dia telah mengambil keputusan yang tepat, meninggalkan mereka.

Yudi pula terkenangkan kata-kata anaknya, Raja mengenai keputusannya untuk memutuskan perhubungan dengan ibubapanya demi untuk melepaskan Asti. Dia tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan hal yang sebenar kepada Asti. Sewaktu makan malam, Raja terasa seperti terasing dari keluarga Carlos.



Dalam perjalanan ke dapur, Raja terdengar dua orang pembantu Carlos bercakap tentang Raja dan juga bagaimana Putri adalah anak kandung Carlos yang sebenar. Raja menegur mereka supaya tidak gosip tentangnya.



Yudi memberitahu Asti bahawa rumah lama mereka telah disita oleh Carlos kerana pemilik rumah itu adalah nama Yuna. Linda memberitahu perkara yang sebenarnya kepada Asti iaitu Raja atidak mungkin akan pulang ke pangkuan mereka. Asti berasa marah mendengar hal itu daripada Linda dan Yudi. Dia terus pergi ke rumah Carlos.

Apabila Yuna membuka pintu, dia mencekik Yuna dan menanyakan Yuna di mana Raja berada. Raja ingin pergi melihat apa yang telah berlaku tetapi tidak dibenarkan oleh Carlos dan dia memaksa Raja untuk kembali ke kemarnya.

Raja enggan berbuat demikian dan pergi berjumpa dengan ibunya. Apabila Asti melihat Raja di situ, dia melepaskan Yuna. Raja meminta maaf daripada Carlos kerana terpaksa mengingkari janjinya kepada Carlos untuk memutuskan segala perhubungan dengan ibubapanya.

Dia tidak sanggup melihat ibunya yang begitu merinduinya. Walaupun Carlos memberitahu Raja bahawa dia akan kehilangan segala yang dimilikinya termasuk hubungannya dengan Putri sekiranya dia meninggalkan rumah itu bersama Asti, Raja tetap dengan pendiriannya.







Carlos memberi amaran kepada Yuna bahwa mulai daripada saat itu, Raja tidak boleh berhubung dengan Putri. Adakah Raja dapat melupakan Putri begitu sahaja?

***********************************************************************
Sambungan kisah sinopsis sinetron Putri Yang Terbuang Episod 48

Putri menangis kesedihan kerana Raja memilih untuk bersama ibunya, Asti. Asti, Yudi dan Linda gembira kerana Raja telah kembali untuk tinggal bersama mereka. Suara hati Raja berkata bahawa dia memilih ibunya kerana ibunya yang mula-mula memberinya cinta dan dengan cinta itu dia dapat bertemu dengan Putri dan jatuh cinta kepadanya.

Asti meminta izin untuk tidur di pengakuan Raja untuk semalam kerana dia ingin memastikan bahawa Raja telah benar-benar kembali ke pangkuannya.

Carlos memberi amaran kepada Putri bahawa dia tidak boleh lagi berhubung dengan Raja mulai saat itu dan Carlos juga tidak mengaku Raja sebagai anaknya lagi sejak dia memilih untuk tinggal bersama dengan ibunya, Asti. Putri seperti tidak percaya apa yang telah didengarnya kerana selama ini Raja telah dijaga dan dididik mereka seperti anank kandung dan kini Carlos tidak mahu mengaku Raja sebagai anaknya dengan begitu cepat.

Putri begitu rindukan Raja dan dia meninggalkan rumah untuk teruskan pencarian Raja. Malangnya dia tidak tahu ke mana Raja telah pergi kerana kediaman lama Raja telah disita. Susan mendapati Putri telah meinggalkan sepucuk surat mengenai pemergiannya untuk mencari Raja dan dia begitu sedih dan berasa kesepian tanpa Putri di sisinya.

Susan memberitahu Carlos dia ingin pergi dari situ sahaja. Hidupnya penuh kesepian tanpa Putri. Dia juga memberitahu Yuna tujuan dia tinggal di rumah mereka adalah kerana dia ingin berada di samping Putri. Menurut Yuna lagi, mereka terpaksa melakukan semua itu demi Putri.

Susan mengucapkan selamat tinggal kepada Carlos dan Yuna dan dia bercadang untuk teruskan pencarian Putri walau ke hujung dunia, menurutnya lagi. Setelah Susan meninggalkan rumah mereka, Carlos memberitahu Yuna kemungkinan semua itu adalah lakonan Susan sahaja. Dia juga berkata bahawa Putri pasti kembali ke pangkuan mereka.

Dalam perjalanan, Carlos ternampak Raja dan dia terus turun dari keretanya dan memukul Raja. Dia tidak membenarkan Raja memanggilnya papa lagi dan memberi amaran kepada Raja supaya berjauhan dari Putri. Sekiranya dia lihat Raja dekati Putri, dia akan menghancurkan hidupnya.

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 48

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 48 Part 1

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 48 Part 2

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 48 Part 3

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 48 Part 4

***********************************************************************
Episod 49:

Carlos memberitahu Raja sejak dia meninggalkannnya, dari sayangnya kepada Raja telah bertukar menjadi insan yang paling dibencinya di dunia ini. Susan mencari Putri tetapi dia masih tidak berjaya menjumpainya. Puas Susan bertanya tentang berita Putri.

Raja membohongi Linda bahawa dia ingin meminjam motor sewa. Sebenarnya dia telah pergi mencari Putri secara senyap tanpa diketahui oleh Linda dan Asti. Raja dapat meneka di mana Putri berada. Raja berjumpa dengan Putri di mesjid. Putri gembira melihat Raja dan memberitahunya, dia ingin melarikan diri bersama Raja tetapi Raja menasihatinya untuk memikirkan masa depannya. Putri berkata dia tidak pedulikan semua itu. akhirnya Raja membuat keputusan untuk terus bersama Putri.

Susan ditipu dan dijerat oleh penjahat mengatakan dia tahu di mana Putri berada dan Susan dibawa dan dijual ke rumah pelacuran. Yudi sempat menyelamatkan Susan. Kemudian Yudi meminta izin daripada Asti supaya Susan dibenarkan tinggal bersama-sama mereka buat sementara waktu. Walaupun keberatan tetapi Asti terpaksa mengizinkannya dengan harapan semoga Raja dan Putri dapat ditemui dengan cara itu.

Yuna sedih dan rindukan Putri sementara Carlos pula terkenang kepada apa yang telah dikatakannya kepada Raja sebelum Raja meninggalkan kediaman mereka. Walaupun Raja dan Putri tiada tempat berteduh yang tetap dan selesa tetapi mereka tetap bersama.

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 49 pada 2 September 2009

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 49 Part 1

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 49 Part 2

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 49 Part 3

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 49 Part 4

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 50

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 50 Part 1

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 50 Part 2

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 50 Part 3

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 50 Part 4

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 51

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 51 Part 1


Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 51 Part 2

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 51 Part 3

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 51 Part 4

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 52

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 52 Part 1


Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 52 Part 2

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 52Part 3

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 52 Part 4

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 53

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 53 Part 1

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 53 Part 2

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 53 Part 3


Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 53 Part 4

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 53 Part 5

***********************************************************************
Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 54

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 54 Part 1

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 54 Part 2


Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 54 Part 3

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 54 Part 4

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 54 Part 5

***********************************************************************
Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 55

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 55 Part 1

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 55 Part 2

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 55 Part 3

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 55 Part 4

Sambungan kisah sinetron Putri Yang Terbuang Episode 55 Part 5

***********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Online Visitors

Thank you for dropping by