Monday, July 28, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-34 YANG DISIARKAN PADA 28 JULAI 2008, ISNIN PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3



SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-34 YANG DISIARKAN PADA 28 JULAI 2008, ISNIN PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3

Lirik Lagu Alhamdulillah [OST Sinetron Anakku Bukan Anakku]

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan


Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Gambar Dude Harlino sebagai Taufan
Gambar Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta




Video klip sambungan sinetron Anakku Bukan Anakku episod 34 bahagian pertama


Video klip sambungan sinetron Anakku Bukan Anakku episod 34 bahagian ke-2


Video klip sambungan sinetron Anakku Bukan Anakku episod 34 bahagian ke-3


Video klip sambungan sinetron Anakku Bukan Anakku episod 34 bahagian ke-4


Video klip sambungan sinetron Anakku Bukan Anakku episod 34 bahagian ke-5

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada badaimimpi Channel untuk video klip sinetron Anakku Bukan Anakku bahagian 1-5)

Episod 34

Nico dan Vivian ingin mengetahui sebab Adel bergaul mesra dengan pembantu mereka. Adel mengatakan bahawa mereka kini sudah setaraf dengan mereka. Dia juga meminta Bayu untuk bekerja di pejabat papanya kerana kononnya Nico bertanggungjawab atas kematian Tatia. Nico dan Vivian amat geram dengan sikap Adel yang memihak kepada Rona dan Bayu.

Rakan-rakan Rafli membeli kek hari lahir dengan tujuan untuk meraikan hari lahirnya yang ke-17 namun Rafli berkata bahawa dia tidak akan gembira tanpa Tatia di sisinya. Walau bagaimanapun, dia akan terus mengingati Tatia dan menyambut hari lahirnya bersama mereka.

Dalam babak yang seterusnya, Vivian ternampak Adel membancuh teh dan dia berasa sungguh bangga kerana menyangka bahawa Adel membancuh teh tersebut untuk dirinya. Setelah Adel menjelaskan bahawa teh yang dibancuhnya adalah untuk Rona, Vivian berasa sungguh kecewa.

Bayu yang mengikuti Nico ke pejabat bersikap kebudak-budakan dengan melipat kapal terbang kertas serta berbual kosong dengan Rona melalui telefon. Rona cemburu apabila Bayu memberitahunya bahawa setiausahanya cantik dan mempunyai paras rupa seperti Kris Dayanti.

Fikiran Edo dihasut oleh jelmaan syaitan iaitu Puan Yosi.

Nenek Taufan ingin menikahkan cucunya dengan Nur (Tatia). Dia ingin Nur cepat-cepat bertunang dengan Taufan. Selepas pertunangan selama sebulan, Taufan dan Nur akan dinikahkan seperti dirancangkan.

Bayu bertembng dengan Luci di pejabat Nico. Luci berpendapat bahawa dia pernah bersua dengan Bayu sebelum ini lalu bertanya bepada Bayu sama ada dia mempunyai kembar seiras atau tidak. Bayu mengiakan sahaja dan Luci memberitahunya bahawa kembarnya yang bekerja sebagai pengawal di rumah Nico tidak beretika sepertinya.



Tatia seperti teringat sesuatu apabila melihat rakan-rakannya di kaca televisyen. Apabila mendengar nama Tatia disebut oleh Rafli, dia memberitahu nenek Taufan dan Taufan bahawa dia mengenali suara tersebut. Kisah sinetron Anakku Bukan Anakku akan bersambung pada 29 Julai 2008 dalam episod 35.



Sekian daripada Sapphire Blu untuk semua.

Online Visitors

Thank you for dropping by