Wednesday, July 30, 2008

DRAMA BARU KEKASIHKU SERU DI TV3 BERMULA DARI 24 JULAI 2008 SETIAP HARI KHAMIS JAM 9.30 MALAM DALAM SLOT SERAM TV3


DRAMA SERAM KEKASIHKU SERU SETIAP HARI KHAMIS DI TV3 PADA JAM 9.30 MALAM BERMULA DARI JULAI 24, 2008 - Sementara waktu kisah drama seram ini bersiaran pada 31 Julai 2008 dalam episod ke-2

Synopsis of Kekasihku Seru starting from July 24, 2008 over TV3 at 9.30pm every Thursday:

After the death of her mother, Marissa found out that she was actually adopted. Curious by these weird dreams that she’s been having, she wanted to find her real family. But after finding them, she was troubled by a family mystery that was kept secret from her. Burden by all these questions of her existence and why the women of her family was not allowed to wed was answered when the scary truth was finally revealed.



Starring:

Emelda Rosmila
Fizz Fairuz
Umie Aida
Hairie Othman
Kuza

Director: Kabir Bhatia



Sinopsis drama Kekasihku Seru dalam SLOT SERAM TV3 setiap hari Khamis pada jam 9.30 malam di TV3:

Kekasihku Seru yang menggabungkan unsur mistik dan kisah cinta ini mengisahkan Waris (Hairi Othman) yang tidak boleh melepaskan cintanya jika dia hendak hidup untuk selama-lamanya. Waris sudah mati 100 tahun yang lalu tetapi dihidupkan Mastura (Emelda Rosmila). Untuk sentiasa hidup selama-lamanya, Waris mesti mengahwini waris Mastura turun temurun. Kehidupan Waris selama ini bergantung kepada keturunan Mastura zaman berzaman.

Sementara itu, Marissa hanya mengetahui dirinya anak angkat selepas kematian ibunya. Berbekalkan surat yang dijumpai dalam peti simpanan ibunya, Mastura cuba menjejaki siapakah ibunya yang sebenar dan mengapa dia diberi kepada keluarga angkatnya. Dia kemudian bertemu pasangan adik beradik Mas Suri (Umie Aida) dan Mas Ayu (Kuza) di sebuah rumah penuh misteri. Dua beradik ini mempunyai perangai berbeza.

Drama bersiri 13 episod "Kekasihku Seru" adalah karya usaha sama pasangan suami isteri, Kabir Bhatia selaku pengarah, manakala skrip nukilan Mira Mustapha

Dibintangi oleh:

Emelda Rosmila
Hairi Othman
Umie Aida
Kuza
Fizz Fairuz
Rose Iskandar
Ahmad Mazlan



Episod 1 Kekasihku Seru pada 24 Julai 2008:


Video klip drama seram Kekasihku Seru episod 1 bahagian 1-4


Video klip drama seram Kekasihku Seru episod 1 bahagian 2-4


Video klip drama seram Kekasihku Seru episod 1 bahagian 3-4


Video klip drama seram Kekasihku Seru episod 1 bahagian 4-4

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada wankhairulhafiz Channel atas sumber video klip drama seram Kekasihku Seru episod 1 bahagian 1 hingga 4 yang disiarkan dalam slot seram TV3 setiap hari Khamis jam 9.30 malam)

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada www.tv3.com.my dan www.bharian.com.my atas sumber maklumat, gambar dan sinopsis Drama Kekasihku Seru)

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-36 YANG DISIARKAN PADA 30 JULAI 2008, RABU PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-36 YANG DISIARKAN PADA 30 JULAI 2008, RABU PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


Video klip lagu tema Anakku Bukan Anakku Alhamdulillah - Opick feat. Amanda
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada syafiq7400 Channel)

Lirik Lagu Alhamdulillah [OST Sinetron Anakku Bukan Anakku

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan



Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Dude Harlino sebagai Taufan
Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta




Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 36 bahagian pertama

Episod 36 (pada 30 Julai 2008 jam 2.30 hingga 3.30 petang)


Rafli ternampak Tatia untuk seketika akan tetapi, sebuah bas telah berhenti di hadapan pusat membeli-belah tersebut lalu menghalang pandangan mereka. Tatia dan Taufan telah masuk kembali ke pusat membeli-belah tersebut dan meneruskan pencarian mereka manakala Rafli dan rakan-rakannya juga berusaha untuk mencari Tatia.


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 36 bahagian ke-2


Bayu pulang ke rumah Nico disambut dengan gembiranya oleh Rona. Dia bertanyakan khabar Bayu dan Bayu memberitahu Rona bahawa sewaktu di pejabat dia telah minum banyak kopi dan dia masih belum menandatangani sebarang cek.


Nico pulang dengan keadaan letih dan pada waktu itu dia berjumpa dengan Fatimah(menyamar sebagai pembantu rumah mereka. Vivian memperkenalkan Fatimah kepada Nico bahawa dia adalah pembantu rumah mereka yang baru.



Bersambung pula kisah syaitan dengan Edo dan rakan-rakannya yang jahat bersubahat. Syaitan dan salah seorang rakan Edo menyamar sebagai orang tua seorang gadis yang kononnya telah hilang. Mereka membuat laporan polis mengenai kehilangan anak gadis mereka yang berumur 16 tahun. Daripada maklumat yang diberikan kepada polis, gadis tersebut adalah seperti Tatia. Apabila polis sedang membuat kerja lain, syaitan tersebut mencuri gambar Tatia dan ini menyebabkan kesukaran polis dalam penyiasatan kesnya.


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 36 bahagian ke-3


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 36 bahagian ke-4

Rafli memberitahu rakan-rakannya bahawa mungkin Tatia yang mereka nampak selama ini adalah cuma khayalan mereka semata-mata. Semua ini terjadi kerana mereka terlalu merindui dan menyayangi Tatia.

Tatia membuat keputusan tidak mahu meneruskan pencarian Rafli lagi dan meminta Taufan pulang bersamanya. Walau bagaimanapun menurut Taufan mereka tidak boleh pulang begitu sahaja dan harus cuba mencari lagi kerana ini merupakan satu-satu cara untuk Tatia mengenali dirinya yang sebenar. Setelah puas mencari untuk seketika lagi, Tatia akhirnya meminta Taufan pulang sahaja lagipun mereka akan bertunang.

Di kediaman Nico, Vivian dan Nico memuji masakan Fatimah dan menurut Vivian lagi kali terakhir dia dapat merasakan makanan seenak itu adalah dari restoran lapan lapan (88). Fatimah tercungap sebentar setelah mendengar kata-kata Vivian itu kerana sememangnya dia telah membuat pesanan makanan dari restoran lapan lapan(88).

Setibanya Bayu di meja makan, dia makan dengan gelojohnya dan ini membuat Adel pura-pura menegur dan memarahi Rona dan Bayu yang telah berkelakuan melebihi batas dan tidak bersopan santun dan tanpa tata-tertib sewaktu makan. Ini membuat Vivian dan Nico begitu hairan dengan sikap Adel yang tiba-tiba memihak kembali kepada mereka.


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 36 bahagian ke-5

Di penghujung episod ke-36, Rafli dan rakan-rakannya ternampak Tatia dan Taufan di dalam kereta menuju keluar. Mereka menjerit sekuat hati nama Tatia. Dapatkah mereka bersua dengan Tatia pada kali ini? Jangan lupa untuk terus mengikuti kisah selanjutnya dalam sinetron Anakku Bukan Anakku dalam episod 37 pada hari esok, Khamis, 31 Julai 2008 pada waktu yang sama.




"Berbahagialah Mereka yang Memiliki Kekayaan hati dan Nurani"

Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September 2008

Online Visitors

Thank you for dropping by