Wednesday, February 20, 2013

Sinopsis Episode 53 (20 Februari 2013) - Sinetron Aliya menemui penonton di Slot Sinetron TV3 pada 21 November 2012 jam 2.00 petang setiap Isnin - Khamis

Pemain Sinetron Aliya

Dea Annisa sebagai Aliya
Irwansyah sebagai Gilang/Galang
Billy Davidson sebagai Faris
Afifa Syahira sebagai Marina
Gege Elisa sebagai Gisha
Marchia Caroline sebagai Bu Mutia
Primus Yustisio sebagai Pak Hendry
Shandy Isabella sebagai Dita
Jihan Fahira sebagai Shinta
Restu Sinaga sebagai Wisnu
Gunawan sebagai Anjar
Natasha Dewanti sebagai Winda
Marini Burhan sebagai Laila

Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Tayang: Mulai 21 November 2012
Jadwal Tayang: Setiap hari Isnin - Khamis di Slot Sinetron TV3

Sinopsis Global

ALIYA adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.

Gadis malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia cintai.

Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?

Sambungan sinopsis ringkas Aliya Episode 52 

Dita pergi menemui Faris. Faris tanya Dita kenapa dia di situ. Kata Faris dia sama sekali tidak tertarik dengan tawarannya. Dita tanya apakah dia tidak takut Aliya tertarik sama Galang. Menurut Faris yang harus Dita lebih risau adalah Marina kerana dia adalah calon istri Galang. Faris memberitahu Dita bahawa anak yang dikandung Marina adalah anak Dita dan bukannya Gilang. 

Marina kaget liat polisi cari dia di rumah sakit. Marina pura-pura tidak sihat dan bersikap tidak tahu menahu tentang kejadian tempoh hari katanya semua itu adalah disebabkan oleh Mutia. Sandra beritahu kedua orang polisi tersebut bahawa Marina sedang mengalami keguguran dan mengalami stress dan tidak dapat menjawab pertanyaan mereka. Sandra beri jaminan pada Marina polisi itu tidak akan datang lagi kerana dia sudah punya rencana.

Anjar melawat Aliya di rumah sakit dan memberitahunya dia boleh pulang. Aliya senang kerana dia sudah boleh pulang.

Dalam hati Mutia dia berkata sekarang Marina boleh mengelak daripada polisi tersebut tetapi mereka pasti kembali lagi keesokan hari. Dita pergi menemui Dana. Dita tanya Dana apakah dia kenal dengan seseorang yang bernama Marina. Dana mengaku dia mengenalinya cuma tidak dekat. Dita tanya bukankah Marina itu kekasihnya dan apakah benar dia ayah pada anak yang sedang dikandung oleh Marina. Dita mahu Dana tunjukkan hasil tes DNA padanya atau foto itu akan tersebar di internet. Dana marah dan tanya apakah Dita mengancamnya. Dana tetap tidak mengaku anak yang dikandung Marina adalah anaknya. Dita terus mengancam Dana. Kata Dita Dana tidak seharusnya keberatan kalau dia ingin melihat tes DNA itu. Dita beri Dita dua pilihan sama ada foto itu tersebar di internet atau menunjukkan tes DNa itu. Dana berjaya merampas hp Dita. Dana cuba hapuskan bahan buktinya. Dita suruh Faris ambil hpnya. Dana kata dia sudah duga itu pasti kerja Faris memberitahu Dita semua itu. Faris mengaku dan berkata dia mahu tahu kebenarannya.

Dita merakam Dana memukul Faris. Dana cuba memijak Faris namun Dita suruh pergaduhan itu dihentikan atau nama hotel itu akan semakin jelek. Dita ancam Dana agar hantarnya ke lab untuk mengetahui hasil tes DNA atau rakaman itu disebar ke internet.

Pak Wisnu ingin menemui Anjar dan Mutia. Apakah yang ingin ditanya Pak Wisnu pada mereka? Terus ikuti kisah ini...


Sambungan sinopsis ringkas Aliya Episode 53

Kisah hari ini mula menceritakan... Hendri tanya apa yang ibunya tahu tentang Gisha. Ibu Puspa terkenang kembali tentang perbualannya dengan Shinta. Shinta beritahu Ibu Puspa bahawa Gisha sebenarnya anak kandung Hendri dan Atikah. Ibu Puspa terkejut apabila Hendri juga telah mengetahui Gisha adalah anaknya. Menurut Hendri dia tidak akan pernah menerima ginjalnya Gisha. Hendri tanya apakah ibunya tidak ingat bahawa dia telah mengusir Gisha. Hendri sedih apabila sekarang ibunya ingin menggunakan Gisha demi kepentingannya sendiri. Hendri menegaskan sekali lagi dia tidak akan menerima ginjal Gisha. Ibunya mengingatkan Hendri bahawa dia adalah satu-satunya anaknya dan sekiranya Hendri mati, dia juga akan turut mati. Ibu Puspa mengadu pada Dana bahawa papanya telah mengetahui bahawa dia mengidap penyakit gingal. Dalam hati Dana dia begitu senang kerana Gisha tidak akan menjadi pahlawan dan dengan ini dia boleh mendonorkan ginjalnya. 

Dita menyatakan bahawa sekarang adalah kesempatan Faris untuk bertemu dengan Aliya kerana Galang sudah ke luar kota. Marina bertegur sapa dengan Aliya. Aliya tanya kenapa dia boleh berada di situ. Kata Marina bukankah mereka sama-sama pasien. Marina ingin berbincang sesuatu dengan Aliya. Marina menolak kerusi roda Aliya ke suatu tempat katanya dia mahu omongin suatu hal peribadi padanya. Marina marah-marah meninggikan suaranya menuduh semua angkara Aliya menyuruh ibunya melaporkannya ke polisi. Marina menarik-narik rambut Aliya. 

Faris menjenguk Aliya di rumah sakit namun Diya, nenek Aliya berkata bahawa Aliya berada di taman dan dia meminta Faris untuk menemui Aliya di sana sahaja. 

 Marina mengancam Aliya bahawa dia akan bunuhnya kalau dia tidak mahu meminta mamanya mencabut tuntutan terhadapnya. Marina memaksa Aliya untuk menelefon mamanya. Aliya mengambil hp Marina yang sudah terjatuh. Faris memanggil Aliya. Tanpa tidak diduga kerusi roda Aliya terjatuh. Faris cuba sedaya untuk membantu Aliya naik semula. Akhirnya dia berjaya menyelamatkan Aliya. Aliya menangis ketakutan. Marina geram kerana rencananya gagal. Faris dan Aliya kembali semula ke kamar rawatan Aliya semula. Kisahnya terus bersambung...

Sinetron Aliya Episode 53 pada 20 Februari 2013

Sinetron Aliya Episode 53 Part 1

Sinetron Aliya Episode 53 Part 2

Sinetron Aliya Episode 53 Part 3

Sinetron Aliya Episode 53 Part 4-04


Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.

sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/ 
SenCy_TVkoe:  http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
 http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
Channel
lynnalynn01 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

Online Visitors

Thank you for dropping by