Time and tide waits for no man. To capture time, treasure every moment in your life and let the time that slowly slips away memorable and worthy to be kept as sweet memories.
EPISOD 21: ANAKKU BUKAN ANAKKU PADA HARI KHAMIS, 3 JULAI 2008 DI TV3
GAMBAR PELAKON SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU
Video klip lagu tema Anakku Bukan Anakku Alhamdulillah - Opick feat. Amanda
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada syafiq7400 Channel)
Lirik Lagu Alhamdulillah [OST Sinetron Anakku Bukan Anakku]
Bersujud kepada Allah Bersyukur sepanjang waktu Setiap napasmu seluruh hidupmu Semoga diberkahi Allah
Bersabar taat pada Allah Menjaga keikhlasan-Nya Semoga dirimu semoga langkahmu Diiringi oleh rahmat-Nya
Setiap napasmu seluruh hidupmu Semoga diberkahi Allah
Alhamdulillah wasyukurillah Bersyukur pada Mu ya Allah Indah dalam kebersamaan Hilanglah sebuah perbedaan
Dibintangi oleh:
Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi - Adel
Krisna Mukti - Nico Raslina Rasidin - Vivian Eeng Saptahadi - Bayu Vicky Burki - Syaitan Femmy Permatasari - Luci Him Damsyik - Pengemis Buta Ana Pinem - Rona Boy Irshandi - Ian
Sambungan Kisah Sinetron Anakku Bukan Anakku daripada episod 20 pada 2 Julai 2008 Ke-21 pada 3 Julai 2008 jam 2.30 petang.
Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku Episod ke-1 bahagian pertama
Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-21 bahagian ke-2
Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-21 bahagian ke-3
Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-21 bahagian ke-4
Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku bahagian ke-5
Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku bahagian ke-6 (2.31 minit sebelum berakhirnya episod ke-21)
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada badaimimpi Channel atas sumber video klip Sinetron Anakku Bukan Anakku Episod 21 Bahagian pertama hingga keempat)
Episod 21:
Vivian ingin membuka selimut tersebut untuk kepastian samada Timo benar-benar tidak sihat tetapi Nico muncul pada waktu itu. Selepas itu Nico dan Vivian pun keluar.
Apabila keadaan telah selamat, Adel keluar dari bilik Rona dan Bayu. Bayu memberi arahan kepada Timo untuk menutup dirinya selimut dan menyuruhnya mengatkan bahawa dia sedang sakit apabila ditanya oleh Vivian dan Nico.
Nico memberitahu Vivian dia ingin Tatia pulang dengan segera dari gunung(puncak) kerana takut sesuatu yang tidak diingini akan berlaku akibat jalinan hubungan Tatia dan Rafli. Vivian meminta Nico agar tidak menyangka yang bukan-bukan.
Adel dengan tiba-tiba menuju ke arah papanya(Nico) dan menjelaskan kepadanya dengan mengaku kesalahannya selama ini dan memberi penjelasan kepada Nico bahawa Tatia sebenarnya seorang yang baik. Vivian begitu gembira dan bangga dengan pengakuan Adel itu.
Sewaktu dalam pelukan Vivian, dalam bisikan hati Adel ternyata dia ada muslihat dan tujuan yang buruk dengan pengakuan tadi supaya Vivian dan Nico tidak akan menyedari dan tahu bahawa Tatia sebenarnya adalah anak kandung mereka.
Sewaktu di gunung(puncak), Tatia dan rakan-rakannya sedang berseronok bermain di tepi air terjun. Puan Yosi memberi alasan untuk beredar dari tempat bersamadengan guru-guru yang lain.
Puan Yosi di kunci dari luar bilik tetapi sedikitpun tiada yang boleh menjadi penghalang kepada Puan Yosi(syaitan) kerana tiada sesiapa yang menyedari bahawa dia adalah syaitan dalam penyamaran sebagai Puan Yosi yang kononnya dihantar oleh Kementrian Pendidikan. Syaitan membisik dalam hatinya dia boleh pergi kemana-mana sahajay tanpa jendela ataupun pintu.
Bayu yang sudah bersiap sedia untuk pergi menghapuskan Tatia di gunung membawa sebilah pisau bersamanya. Bayu menipu Vivian bahawa dia ingin pergi ke Bandung. Bayu dan Rona memberitahu Vivian, Timo sudah beransur pulih apabila ditanya tentang khabarnya.
Timo berasa hairan dan penuh dengan tanda soal bermain di kepalanya kerana daripada apa yang dia telah dengar ialah bapanya memberitahu Rona dia ingin pergi ke gunung(puncak) tetapi kenapa pula bapanya memberitahu Vivian yang dia hendak pergi ke Bandung.
Tatia bimbang dan penuh kerisauan kebahagiaannya bersama Rafli adalah sementara waktu semata-mata dan kebahagiaan mereka akan lenyap setibanya mereka pulang ke Jakarta. Rafli menyatakan hasratnya kepada Tatia dia tidak mahu pulang ke Jakarta tetapi bercadang untuk bersama Tatia ke tempat lain kerana dengan cara ini barulah mereka tidak boleh dipisahkan. Tatia bersetuju untuk mengikut cadangan Rafli.
Dalam hati Nico dia masih memikirkan mengenai Adel yang telah membohongi mereka mengatakan Tatia sebenarnya adalah seorang yang baik adalah cuma untuk melindungi Tatia agar dia hidup bahagia.
Di gunung(puncak), Edo dan rakan-rakannya yang jahat menunggu masa sahaja untuk menculik Tatia. Mereka terjumpa seorang gadis kecil yang menjual topeng kepada mereka.
Wan Abu, majikan dari jahitan sulaman Tatia pergi berjumpa dengan Nico dan Vivian di kediaman mereka dan mereka diberitahu bahawa Tatia telah bekerja untuknya dengan menjahit sulaman untuk membereskan hutang kedua orang tuanya(Bayu dan Rona. Wang berjumlah sebanyak 3 juta rupiah yang dijumpai Nico dalam almarinya tempoh hari juga adalah duit yang dikumpul untuk dikembalikan kepadanya daripada jahitan sulaman.
Setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Wan Abu kepada mereka, Nico menyesal kerana selama ini dia mempunyai prasangka yang buruk terhadap Tatia. Nico tidak sabar lagi untuk berjumpa dengan Tatia dan mengajak Vivian untuk pergi ke gunung bersamanya dengan segera.
Selain itu, Nico juga memberitahu Vivian yang dia telah menganggap Tatia seperti anankknya. Rona dan Adel kurang senang hati setelah mendengar perbualan di antara Nico dan Vivian dari tangga.
Edo dan rakan-rakannya meneruskan niat jahat mereka dengan mengedar topeng kepada pelajar digunung sewaktu mereka sedang menyanyikan lagu "Alhamdulillah". Apakah yang akan terjadi kepada Tatia?
Kisah sinetron Anakku Bukan Anakku yang semakin menarik ini akan bersambung di episod ke22 pada 7 Julai 2008, Isnin jam 2.30 petang hingga 3.30 petang di TV3.
"Berbahagialah Mereka yang Memiliki Kekayaan hati dan Nurani".
Sekian, daripada sapphire blu untuk semua. Sebuah kisah sinetron Putri Yang Terbuang akan bersiaran pada hari esok di Astro Prima Saluran 105 jam 4.00 petang hingga 5.00 petang. Hingga berjumpa lagi dalam kemaskini yang akan datang.