Tuesday, April 29, 2008

DIARI AKADEMI FANTASIA KE-6 MINGGU KETUJUH HARI KEDUA PADA 29 APRIL 2008




Hos Diari Harian Akademi Fantasia 6: Sarimah Ibrahim

Helo masa berlalu begitu cepat tanpa disedari dan kita bertemu lagi dalam kemaskini sapphire blu untuk hari ini. Bagaimana agaknya 7 pelajar di Akademi membuat latihan untuk lagu tugasan mereka yang baru diberikan oleh Pengetua semalam? Saya suka lagu bonus "The Music Of The Night" - Phantom of The Opera yang akan dinyanyikan oleh mereka dalam konsert minggu ketujuh Akdemi Fantasia musim ini pada 3 Mei 2008.

Tiket untuk konsert minggu ketujuh sudah habis dijual. Oleh itu, terpaksalah kita menonton dari television sahaja untuk sesiapa yang belum beli tiket untuk pergi ke Istana Budaya. 7 pelajar Akademi terpaksa menyanyikan dua lagu bonus selain daripada lagu tugasan yang diberikan. Nampaknya mereka terpaksa bekerja dengan lebih tekun untuk berlatih vokal mereka dan menghafal lirik lagu. Sungguh mencabarkan tugasan minggu inikan?


Pengetua Ramli MS


Tempo dan melodi untuk lagu bonus belum dapat disediakan lagi. Maklumlah baru hari kedua selepas tugasan diberikan dan mereka terpaksa bekerja dengan lebih keras lagi.

Diari dimulakan dengan latihan vokal di depan Pengetua


Mereka diberitahu oleh Pengetua apakah rangkap lagu yang perlu dinyanyikan di antara mereka.


Mengikut kata Cikgu Shafi kepada Nadia, dulu tahap vokalnya lebih kurang sama dengan Stacy tetapi sekarang Nadia sudah jauh ketinggalan dan masih terkejar-kejar lagi. Cigu Shafi bertanya kepada Nadia.


Nadia berasa begitu susah hati kerana tidaka dapat mengikuti apa yang telah diajar oleh Cikgu Shafi sehingga menangis.







Nampaknya semakin hari semakin tertekan para pelajar terhadap latihan tugasan mereka.
Pengetua mendapat tahu yang Nadia menangis lalu terus bertanya apakah sebenarnya yang berlaku. Nadia memberitahu Pengetua bahawa sewaktu dia berbincang dengan Cikgu Shafi dia mendapati bahawa dia semakin menurun.




Menurut kata Pengetua kepada Nadia, sewaktu mula-mula masuk Akademi, kedua-dua Nadia dan Stacy mempunyai tahap yang agak sama tetapi sekarang Nadia sudah jauh tertinggal di belakang.


Kesian Nadia diperbandingkan dengan Stacy oleh Cikgu Shafi sebelum ini dan sekarang Pengetua pula. Harap nasihat daripada Pengetua dan Cikgu Shafi dapat membuat Nadia lebih tekun dan dapat mempertingkatkan prestasinya.

Terus Afundi pelajar kegemaran kita supaya mereka akan terus kekal hingga ke Konsert Final nanti.

Peratusan AFundi terkini Kedudukan 7 pelajar Akademi Fantasia Ke-6 pada 29 April 2008

NUBHAN 18%
ALIF 18%
STACY 18%
NADIA 15%
RIZ 12%
TOI 9%
STANLY 9%

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by