Diari Akademi Fantasia 6 minggu ketujuh hari ketiga
Sarimah Ibrahim hos diari harian Akademi Fantasia musim ini
Apa yang dilakukan Cikgu Shafi terhadap Stanly? Oh latihan menyanyikan lagu "The Music Of The Night - Phantom of The Opera" rupanya.
Alif terpaksa pergi ke hospital lagi untuk mengikuti perkembangan rawatan susulan doktor.
Alif ingin meminta kebenaran doktor supaya dia dapat menari dalam persembahan "Menuju Puncak" tetapi diberitahu doktor lututnya masih belum sembuh lagi dan terdapat air di dalamnya maksudnya radang dalam lutut masih ada lagi.
lututnya diperiksa dan didapati memang belum sembuh lagi.
Kecederaan masih ada dalam kaki Alif maksudnya kakinya belum sembuh. Kata doktor kepadanya lagi.
Sekiranya Alif terus buat aktiviti yang tidak sepatutnya, doktor risau cedera lebih parah lagi dan lutut akan mengalami "jam" lompat, landing dan turning memang adalah tidak dilarang sama sekali. Alif cuma boleh menari sekadar yang boleh dan tidak boleh paksa, kerana air di dalam lutut memang masih ada lagi dalam lutut Alif buat masa ini.
Latihan fisioterapi dilakukan ke atas Alif.
Alif tidak boleh menari lagi kerana lututnya masih bengkak. Dengan erti kata lain dia kena tunggu lagi dan dia tidak boleh menari dan menari "Menuju Puncak" pun yang ringan-ringan. Dia tidak boleh lompat, twist dan buat zig zaq. Dia kena banyakkan rehat untuk lututnya sekiranya ingin cepat sembuh dan bendatu tidak akan menjadi lebih keruh lagi.
Walaupun menari untuk lagu medley, lagu bonus Alif cuma boleh membuat langkah yang ringan sahaja sewaktu menari.Harap Alif akan cepat sembuh.
0 comments :
Post a Comment