Thursday, December 20, 2012

Sinopsis Episode 17 (19 Disember 2012) - Sinetron Aliya menemui penonton di Slot Sinetron TV3 pada 21 November 2012 jam 2.00 petang setiap Isnin - Khamis

 Pemain Sinetron Aliya

Dea Annisa sebagai Aliya
Irwansyah sebagai Gilang/Galang
Billy Davidson sebagai Faris
Afifa Syahira sebagai Marina
Gege Elisa sebagai Gisha
Shandy Isabella sebagai
Jihan Fahira sebagai Shinta
Restu Sinaga sebagai Wisnu
Gunawan sebagai Anjar
Natasha Dewanti sebagai Winda
Marini Burhan sebagai Laila

Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Periode Tayang: Mulai 12 Desember 2011
Jadwal Tayang: Setiap Hari pukul 19.00 WIB

Penghargaan:
Januari 2012 : Sinetron Paling Berkilau

Judul : Aliya
Episode : Global

Pemain : Dea Anissa, Irwansyah, Jihan Fahira, Gunawan, Restu Sinaga, Primus Yustisio, Billy Davidson, Afifa Syahira, Natasha Dewanti, Marini Burhan, Marchia Caroline, Epi Kusnandar, Ivanka Suwandi, Sean Hasyim, Gege Elisa

Tayang : Setiap Hari
Pkl. 19:30 - 21:oo WIB

Sinopsis Global

ALIYA adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.

Gadis malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia cintai.

Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?

Temukan jawabannya hanya di saluran Satu untuk Semua. (Cn)

Aliya Episode 17 pada 19 Disember 2012


Sambungan dari episode semalam mengisahkan Shinta dan Wisnu pergi menemui Marina di rumah Sandra. Wisnu memberitahu Sandra mereka ke situ untuk bercakap dengan Marina. Marina hairan melihat Shinta dan Wisnu. Wisnu memberitahu Marina mereka ke sana untuk menjemput Marina. Kata Shinta mereka akan menerima Marina asalkan dia bersetuju mengambil ujian DNA untuk memastikan yang bayi dalam kandungan Marina adalah bayi Gilang. Namun Marina enggan. Shinta memaksa Marina untuk ikut mereka tetapi Marina tetap tidak mahu. Sandra suruh Shinta tidak berlaku kasar terhadap Marina yang sedang mengandungkan anak Gilang.





Sandra memaksa Shinta melepaskan tangan Marina akhirnya Shinta hampir terjatuh tetapi diselamatkan oleh Galang. Wisnu gembira melihat Galang tetapi Galang tanya mamanya siapa mereka.
Galang: Siapa mereka ma, kenapa mereka ke sini?
Wisnu: Galang anakku. Setelah 18 tahun akhirnya kita ketemu lagi.
Galang: Papa?
Wisnu: Kamu dah dewasa. Kamu benar-benar mirip sama Gilang. Pantas Shinta juga nggak bisa mengenali kamu. Papa rindukan kamu, Galang.

Galang akhirnya tahu dia adalah papanya yang selama ini tidak dikenalinya. Wisnu memperkenalkan Shinta pada Galang. Galang teringat kata-kata mamanya bahawa papanya sudah mempunyai keluarganya sendiri dan isteri yang dia sangat memuja. Dia sudah mempunyai kehidupan yang sempurna. Mungkin itu alasannya kenapa dia  tidak mencari mereka selama ini. Sambung Sandra dia sudah melupakan mereka berdua. Sandra mengaku yang Wisnu bilang begitu sama dia. Wisnu bilang dia sudah nggak mahu terima mamanya lagi bahkan dia sudah tidak menganggap Galang sebagai anaknya juga.
Galang: Pantas, papa ngggak pernah cari aku sama mama. Ternyata mama benar. Papa nggak perlu lagi sama kami. Dan itu semua karna cewek ini. 

Wisnu cuba jelaskan bahawa itu bukan apa yang sebenarnya seperti yang difikirkan oleh Galang. Kata Wisnu dia sudah berusaha mencari mamanya dan Galang. Namun Galang enggan mendengar dengan lebih lanjut lagi. Menurut Galang semuanya tidak berguna lagi. Kata Galang Wisnu mempunyai waktu sebanyak 18 tahun mencari mereka tetapi papanya tidak menggunakan waku itu dengan baik. Kata Galang papanya tidak mempunyai hak lagi. Galang menghalau papanya dan Shinta pergi dari situ dan dia tidak mahu mereka berdua masuk ke kehidupan mereka lagi.

Galang menuduh Shinta penyebab keluarga mereka tidak dapat bersatu lagi. Wisnu dan Shinta terpaksa pergi dari situ setelah Galang enggan menerima mereka. Dalam perjalanan pulang Wisnu teringat kata-kata Galang yang mengatakan papanya tidak memerlukan mereka lagi disebabkan oleh Shinta.


Marina cuba mengambil hati Sandra dengan mengatakan bahawa Sandra lebih baik dengannya berbanding dengan Shinta. Sandra dapat rasakan yang Shinta benar-benar tidak pedulikan mereka. Menurut Sandra lagi Wisnu salah pilih isteri dan berkata Shinta telah butakan Wisnu. Marina pura-pura setuju dengan pendapat Sandra dan mengasihani Wisnu. Sambung Marina sepertinya Wisnu amat tertekan kerana Shinta selalu bersikap begitu. Nampaknya Wisnu masih belum kenal Shinta dengan lebih dalam lagi. Marina terus mengambil hati Sandra dengan mengatakan seandainya Wisnu kembali pada Sandra. Dalam hati Marina dia mahu membiarkan Sandra dan Shinta bertengkar sedangkan Marina cuma akan saksikannya saja.


Marina cuba berbaik-baik dengan Galang dengan memasak nasi goreng dan telur mata lembu untuknya tetapi Galang tidak mengendahkan Marina dan berkata dia akan bersarapan di kantor sahaja.


Wisnu pergi menemui Galang di kantornya untuk membetulkan salah faham Galang. Kata Wisnu apa yang dia omongkan tentang Shinta semuanya salah. Bukan Shinta yang menyebabkan papa meninggalkan mamanya.   tetapi Galang enggan menerima penjelasan papanya. Ditanya Galang kembali kenapa papanya meninggalkan mamanya dan menikahi cewek itu dan kenapa papanya pisahkannya dengan Gilang. Wisnu cuba terangkan pada Galang bukan dia yang meninggalkan mama. Belum sempat Wisnu menghabiskan kata-katanya Galang tanya kenapa dia tidak mencari mereka berdua dan kenapa papanya tidak beritahu mereka semasa Gilang meninggal. Galang menganggap papanya sengaja jauhkan mereka dari kehidupan papanya. Wisnu mengaku dia bersalah kerana tidak memberi khabar tentang Gilang tetapi selain itu dia mempunyai alasan yang kuat. Galang minta papanya pergi dari situ sahaja kerana dia sedang sibuk.

Wisnu suruh Anjar menghantar Shinta pulang. Pada mulanya Shinta keberatan tetapi dia terpaksa mengalah apabila Wisnu tetap dengan pendiriannya untuk menyuruh Anjar hantarnya pulang.

Mutia membawa makanan siang untuk Anjar dihantar oleh Zaki. Pekerja di situ memberitahu Mutia bahawa tiada orang yang bernama Anjar bekerja di situ dan mereka tidak mempunyai pekerja baru di situ. Mutia akhirnya tahu Anjar membohonginya dan masih bekerja dengan Shinta. Dalam perjalanan motor Zaki mogok.



Kebetulan Mutia ternampak Anjar sedang bersama Shinta. Mutia berasa marah sekali dan menyuruh Anjar keluar dari mobilnya. Mutia menggunakan topi keledarnya memecahkan pintu mobil. Shinta tidak tahan dengan sikap Mutia lagi lalu dia keluar dari kereta dan mereka bertengkar.

Anjar cuba berhentikan pertengkaran itu. Dengan tidak sengaja kepala Mutia terhantuk mobil  Shinta dan Mutia pengsan. Zaki suruh papanya pergi saja dengan perempuan itu (Shinta).


Anjar membawa Mutia pulang.

Ibunya Anjar bertanya kenapa Mutia bisa sampai pingsan? Zaky bilang Anjar yang membuat Mutia pingsan karena ketahuan selingkuh. Anjar bilang itu tidak seperti yang Zaky katakan.

Zaki mengadu pada eyang bahawa papanya adalah penyebab mamanya pengsan. Apabila Mutia sedar kembali Mutia halau Anjar dari rumah mereka katanya dia jijik melihat Anjar. Anjar menjelaskan bahawa dia bekerja di sana untuk mencari nafkah buat keluarganya. Kata Anjar dia tidak akan pergi dari situ walaupun selangkah.

Mutia mengancam untuk membunuh dirinya dengan gunting kalau Anjar tidak mahu keluar dari rumah itu. Anjar berjaya merampas gunting itu daripada Mutia daripada membunuh diri. Tangan Mutia terluka, Anjar sedih dengan apa yang telah terjadi.

 Anjar minta Mutia jangan main - main dengan pisau, Mutia terluka. Saat itu Aliya datang, Zaky bilang yang harus disalahkan itu adalah Anjar.


Hendri diberitahu oleh salah seorang karyawan di hotel bahawa Gisha sudah sedar semula dari koma. Hendri teringat tentang Gisha yang mungkin adalah anaknya. Hendri melihat fail pribadi Gisha dan dia hairan kenapa nama Gisha sama dengan nama anak Atikah.


Di rumah, Aliya mohon pada papanya agar dia berhenti bekerja dari keluarga Shinta. Dengan hati yang berat Anjar terpaksa berjanji untuk berhenti bekerja sebagai supir Shinta dan Wisnu.

Anjar menemui Shinta. Shinta minta kunci mobil suaminya lalu memecat Anjar. Anjar menjelaskan pada Shinta bahawa dia amat memerlukan pekerjaan itu untuk menampung kehidupan keluarganya.

Shinta memberi wang berjumalah sebanyak Rp500 juta dan berkata kemunculan Anjar telah menyebabkan ketenangan nya terganggu dengan kehadiran Anjar dan kejadian kemarin membuka luka hatinya yang Shinta selalu berusaha lupa dan sekarang Shinta mohon agar Anjar pergi dari situ dan jangan kembali lagi. Namun Anjar enggan menerimanya sambil berkata selama dia berada di situ dia gadaikan harga dirinya tapi Anjar mohon pada Shinta jangan rendahkan harga dirinya lagi.

Wisnu mahu Anjar hantar dia ke kantor tetapi Anjar ada sesuatu yang hendak dibicarakan dengan Wisnu. Anjar mohon untuk berhenti bekerja. Wisnu hairan kenapa Anjar tiba-tiba berhenti kerja. Wisnu tanya apakah dia telah mendapat kerja yang lebih baik. Tetapi Wisnu masih perlukan perkhidmatan Anjar dan dia tidak menerima perletkanan jawatan Anjar. Bahkan dia memberi gaji termasuk bonus untuk Anjar. Anjar terpaksa menghantar Wisnu ke kantor. Dia tidak tahu bahgaimana hendaka menjelaskan padanya hal yang sebenar.

Aliya bertemu dengan Galang.
Aliya: Hi,
Galang: Iya. 
Aliya: Kamu hantar bahan makanan lagi ya?
Galang: Kamu dah tahu kenapa nanya?
Aliya teringat semula kata-kata Galang:
Kalau kamu percaya sama Gilang, kenapa kamu tak buktiin kalau anak itu bukannya anaknya Gilang.
Aliya: Aku diam saja selama ini  karna aku yakin kalau memang Marina bohong. Anak dalam kandungannya itu bukannya anaknya Gilang.
Galang: Itu tandanya cinta kamu nggak serius sama Gilang. 
Aliya: Kamu jangan omong sebarangan ya?
Galang: Buktinya di saat Marina bilang kalau dia hamili sama Gilang, kamu diam saja. 

Aliya: Sebenarnya  aku mahu minta maaf saja kok. Ya kata-kata kamu kemarin ada benarnya juga.
Kata Aliya lagi dia memang terkejut juga selepas mengetahui Gilang telah menghamili Marina. Tetapi itu bukan bererti dia pasrah cuma dia tidak boleh bahas dengan Marina kerana dia tidak mempunyai bukti yang kuat sama ada Gilang menghamili Marina atau tidak.

Galang cuma berdiam diri sambil pergi dari situ tanpa berkata apa-apa pada Aliya setelah mendengar penjelasan daripada Aliya. Aliya terus mengikut Galang.
Aliya: Aku yakin kok sama Gilang dan aku yakin kok Gilang nggak akan bakal kurang ajar sama perempuan. 

Nama tag Aliya terjatuh tanpa disedari oleh Aliya. Aliya terus mengikut ke mana Galang pergi apabila dia tidak menerima sebarang jawapan daripada Galang. Galang mahu tahu kenapa Aliya masih berada di situ.
Aliya: Habis, kamu ngak jawab-jawab aku? Aku jadi bingung.
Galang: Jawapan lagi? Kan dah jelas, kamu nggak percaya sama Gilang. Cinta kamu itu bohong.
Aliya: Aku itu nggak bohong. Lagian aku kan bilang sama kamu. Aku percaya banget sama Gilang. Lagian sebenarnya aku nggak percaya sama Marina kalo dia mengandung anaknya Gilang. Tapi aku nggak bukti saja. 

Galang: Kamu butuh bukti gimana lagi sih? 
Untuk mendapatkan bukti, Galang suruh Aliya gali saja kubur Gilang. Bersambung...

 Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.

Sinetron Aliya Episode 17 pada 19 Disember 2012

Sinetron Aliya Episode 17 Part 1

Sinetron Aliya Episode 17 Part 2

Sinetron Aliya Episode 17 Part 3-3


sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/ 
SenCy_TVkoe:  http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
 http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
Channel
lynnalynn01 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by