Monday, December 24, 2012

Sinopsis Episode 19 (24 Disember 2012) - Sinetron Aliya menemui penonton di Slot Sinetron TV3 pada 21 November 2012 jam 2.00 petang setiap Isnin - Khamis

  Pemain Sinetron Aliya

Dea Annisa sebagai Aliya
Irwansyah sebagai Gilang/Galang
Billy Davidson sebagai Faris
Afifa Syahira sebagai Marina
Gege Elisa sebagai Gisha
Shandy Isabella sebagai
Jihan Fahira sebagai Shinta
Restu Sinaga sebagai Wisnu
Gunawan sebagai Anjar
Natasha Dewanti sebagai Winda
Marini Burhan sebagai Laila

Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Tayang: Mulai 21 November 2012
Jadwal Tayang: Setiap hari Isnin - Khamis di Slot Sinetron TV3

Sinopsis Global

ALIYA adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.

Gadis malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia cintai.

Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?

Sambungan sinopsis sinetron Aliya pada 20 Disember 2012 


Galang mahu tahu kenapa Aliya masih berada di situ.
Aliya: Habis, kamu ngak jawab-jawab aku? Aku jadi bingung.
Galang: Jawapan lagi? Kan dah jelas, kamu nggak percaya sama Gilang. Cinta kamu itu bohong.
Aliya: Aku itu nggak bohong. Lagian aku kan bilang sama kamu. Aku percaya banget sama Gilang. Lagian sebenarnya aku nggak percaya sama Marina kalo dia mengandung anaknya Gilang. Tapi aku nggak bukti saja. 

Galang: Kamu butuh bukti gimana lagi sih? 
Untuk mendapatkan bukti, Galang suruh Aliya gali saja kubur Gilang. Mintalah bukti dari Gilang agar mereka semua puas.

Galang hairan kenapa ada orang percaya pada Marina padahal dia hanya ada foto bersama Gilang di Amerika. Takkan mereka boleh hamil dengan hanya mengambil foto berduaan. Galang suruh Aliya guna logika daripada perasaannya untuk memikir.



Aliya dan Galang terperangkap ke ruang beku penyimpan makanan. Aliya menelefon Faris tetapi panggilan terputus sewaktu Aliya ingin memberitahu Faris di mana mereka berada. Galang mendapati bateri hpnya mati menyebabkan dia tidak menghubungi sesiapa lagi.



Aliya kesejukan. Galang mulai risau tentang Aliya. Dia terpaksa memeluknya untuk memanaskan badan mereka berdua. Badan Aliya semakin lemah disebabkan suhu yang terlalu dingin.

Aliya terkenang semula saat-saat dia bersama Gilang.



 Faris mencari Aliya dan sewaktu pencariannya dia diberitahu Galang berada di ruangan beku dapur mereka dan tidak kembali lagi.  Faris menjumpai tag nama Aliya di depan ruangan beku penyimpan makanan. Faris berjaya menyelamatkan Aliya dan Galang di situ.

 Shinta mendapat mimpi buruk tentang Aliya sewaktu dia berada di ruangan Gisha di rumah sakit.

Aliya di hantar ke klinik hotel oleh Faris. Apabila Aliya sedar kembali Aliya tanya di mana Galang. Faris beritahu Aliya bahawa Galang berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Galang bersyukur kerana Aliya sudah sedar kembali namun dia  tidak tahu kenapa ambil peduli sama ada Aliya sedar atau tidak. Faris menghantar Aliya pulang setelah dia sedar semula. Faris memberitahu Aliya jantungnya seperti terhenti apabila dia melihat Aliya pengsan.

Shinta pergi menemui Aliya. Shinta tanya Aliya apakah dia baru pulang dari kerja. Shinta memberitahu Aliya tentang mimpi buruknya tentang Aliya. Aliya menjelaskan pada Shinta kenapa mereka terpaksa berhenti bersua muka sementara waktu. Aliya tidak mahu kedua orang tuannya bertengkar kerana kemunculan Shinta. Shinta cuba menghubungi Aliya tetapi Aliya tidak menjawab panggilan Shinta.



Anjar memberitahu Mutia bahawa dia sudah mohon untuk berhenti bekerja tetapi Wisnu tidak membenarkan dia berhenti bekerja bahkan memberinya wang gaji. Mutia membaling sampul surat yang berisi wang gajinya ke arah Anjar. Mutia mengancam akan membongkar semuanya tentang perhubungan Anjar dan Shinta. Anjar suruh Mutia jangan rumitkan masalah. Mutia berdegil untuk mengadu hal itu pada Wisnu tetapi Anjar cuba menghalangnya hingga menolaknya ke katil. Aliya sedih mendapat tahu papanya selingkuh dengan Shinta. Kata Mutia sudah terbukti Anjar lebih membela Shinta. Mutia dan Anjar bertengkar dan Mutia menampar Anjar.


Anjar tanya kenapa Mutia menampar dia. Kata Mutia itu tidak terbanding dengan bagaimana sakitnya hatinya. Anjar hampir mahu menceraikan Mutia tetapi dilarang oleh Diya, ibu Mutia. Kata Diya, kalau dia mencerai Mutia itu bererti dia membunuh Mutia dan dirinya. Anjar cuba jelaskan dia kerja sebagai supir dan tidak melakukan sebarang selingkuhan tetapi Mutia tidak mahu mempercayai Anjar. Kata Mutia sekiranya dia tidak pergi ke tempat Anjar bekerja, dia tidak akan tahu suaminya itu selingkuh. Anjar tidak tahan dengan sikap Mutia lagi dan dia mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah mereka apabila Mutia tidak mempercayainya.



Aliya cuba menahan papanya dan tanya papanya hendak pergi ke mana. Anjar memberitahu anaknya dia terpaksa pergi. Dia minta maaf pada Aliya lalu pergi. Mutia tanya apakah Aliya gembira melihat dia begitu. Mutia marahkan Aliya tanpa sebab dan suruh Aliya pergi dari situ.


Aliya dan Shinta bertemu. Aliya tanya pada Shinta kenapa dia lakukan itu pada keluarganya. Shinta memandang wajah Aliya sambil tanya apa yang telah dilakukannya. Aliya tanya Shinta kenapa dia merebut papanya dari keluarganya. Aliya tanya Shinta kenapa Shinta tergamak melakukannya padahal Shinta sudah mempunyai segalanya. Kata Aliya, Shinta telah melukai hati mamanya bahkan kehadiran Aliya sendiri juga telah menyakitkan mamanya. Setiap kali dia melihat Aliya mamanya akan teringat tentang perselingkuhan papanya dan Shinta. Aliya mohon Shinta jangan tambahkan penderitaan dan menghancurkan keluarganya. Hati Shinta bagai terkecai melihat Aliya meninggalkannya di situ.


Aliya terus berdoa agar keluarga mereka disatukan semula. Walaupun mereka belum orang tua kandungnya namun Aliya tidak mahu mereka berpisah. Aliya memeluk gambar keluarganya sambil menangis kesedihan.

Shinta berdoa agar dia tidak diberi dugaan yang begitu berat.
- Berilah aku kekuatan untuk hadapi semua dugaanMu. Ya Allah! Jangan tinggalkan hamba buat seketika pun. Hamba tak sanggup menjalani dugaan in tanpa bantuanMu. Aku mohon padaMu Ya Allah... Kau yang Maha Kuasa tolong aku, Ya Allah...

Wisnu tanya Anjar kenapa dia sampai ke rumahnya seawal jam 5.30 pagi. Anjar menjelaskan pada Wisnu bahawa dia telah bertengkar dengan isterinya semalam jadi dia hanya boleh pergi ke rumah Wisnu. Untuk menenangkan fikiran Anjar, Wisnu ajak Anjar bersolat subuh bersamanya.

Aliya tanya Hendri kenapa dia memanggil dia. Hendri ingin minta maaf atas kejadian candelier yang hampir terkena Aliya. Hendri memberi wang ganti rugi dari syarikat sebagai tanda minta maaf pada Aliya. Pada mulanya Aliya enggan menerimanya namun menurut Hendri,

Aliya harus menerimanya kerana itu merupakan kewajipan perusahaan terhadap karyawannya. Hendri tanya Aliya sudah berapa lama dia mengenali Gisha. Jawan Aliya dia cuma mengenali Gisha selama sebulan saja. Hendri beritahu Aliya dia cuma sedikit bingung saja kenapa Gisha anak seorang pemilik hotel besar tetapi dia mahu bekerja sebagai karyawan biasa di hotelnya. Hendri terus tanya Aliya apakah dia mengetahui apa tujuan Gisha bekerja di situ. Namun Aliya tidak pasti alasan dia kerja di situ dan apa yang dia tahu cuma Gisha dan kedua orang tuanya baru dipertemukan.


Hendri ke rumah sakit untuk menjenguk Gisha tetapi dia diberitahu Gisha baru saja keluar dari rumah sakit kemungkinan dia masih di parkiran. Hendri ternampak Gisha masuk dalam mobil Shinta. Hendri berkata pada dirinya dia seperti kenal dengan perempuan yang membawa Gisha itu.


Marina hampir terjatuh tetapi Galang sempat memapahnya dari terjatuh. Marina mengucapakan terima aksih paga Galang kerana telah menolongnya. Galang suruh Marina lebih berhati-hati kalau berjalan kelak. Sambil Galang beredar dari situ, dia berkata pagi-pagi dah bising. Marina hairan kenapa jantungnya berdegup dengan pantas bila dia melihat Galang. Apakah Marina mula menyukai Galang?


 Shinta tanya suster pribadi Gisha apakah Wisnu sudah pergi bekerja.  Suster itu memberitahu Shinta bahawa dia masih berada di ruang makan menunggu Anjar yang bawa mobil ke bengkel. Mendengar nama Anjar, Shinta minta suster menjaga Gisha. Shinta keluar mencari Anjar.



Shinta terus mohon pada Anjar untuk tinggalkan rumah itu dan berhenti dari pekerjaan itu. Shinta tanya Anjar apa sebenarnya yang dia mahukan. Apakah Anjar mahu suami Shinta tahu masa lalu mereka? Kata Shinta gara-gara Anjar semua orang benci padanya dan menganggap dia sebagai perebut suami orang termasuk Aliya. Sambung Shinta lagi, Aliya mengira kalau dia telah mengambil papanya dari ibunya. Shinta menganggap Anjar jahat sekali sama dia. Anjar cuma dapat meminta maaf namun Shinta nggak butuh maaf dari Anjar. Apa yang Shinta mahu adalah Anjar pergi dari situ. Shinta mohon Anjar tinggalkannya dan usah menganggunya lagi.


Wisnu tanya Shinta apa yang diomongkannya pada Anjar. Bersambung...

 Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.

Sinetron Aliya Episode 18 pada 20 Disember 2012

Sinetron Aliya Episode 18 Part 1

Sinetron Aliya Episode 18 Part 2

Sinetron Aliya Episode 18 Part 3-3
 
Sinetron Aliya Episode 19 pada 24 Disember 2012

Sinetron Aliya Episode 19 Part 1

Sinetron Aliya Episode 19 Part 2

Sinetron Aliya Episode 19 Part 3

Sinetron Aliya Episode 19 Part 4

sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/ 
SenCy_TVkoe:  http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
 http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
Channel
lynnalynn01 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)


Temukan jawabannya hanya di saluran Satu untuk Semua. (Cn)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by