Time and tide waits for no man. To capture time, treasure every moment in your life and let the time that slowly slips away memorable and worthy to be kept as sweet memories.
JANGAN LUPA UNTUK TERUS MENONTON SINETRON INTAN BERSAMA-SAMA DENGAN SHINYSTAR SETIAP HARI ISNIN HINGGA JUMAAT JAM 11.00 MALAM DI ASTRO PRIMA
POSTER INTAN DAN RADO - CINTA MEREKA YANG TIDAK PERNAH PUDAR (Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarahdin Channel yang telah meluangkan masanya design dua poster "SINETRON INTAN" ini untuk shinystar)
Sambungan seterusnya kisah sinetron Intan yang bersiaran di Astro Prima pada 9 April 2009 jam 11.00 malam dan siaran ulangannya pada hari keesokannya pada jam 4.00 petang - Episode terkini:Sinopsis Intan terkini: Episode 211
Biodata/Profile Dude Harlino: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarah untuk poster Dude Harlino)
Nama Lahir: Dude Harlino (Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" yaitu tanggal kelahirannya - tanggal kelahirannya)
Tarikh Lahir: 2 Desember 1980 (umur 28) Tempat Lahir: Indonesia, Jakarta Tahun aktif: sejak 1999 - sekarang
* Naysila Mirdad sebagai Intan * Dude Harlino sebagai Rado * Glenn Alinskie sebagai Ello * Ingka Noverita sebagai Lila * Meriam Bellina sebagai Nadine * Anwar Fuady sebagai Arman * Mathias Muchus sebagai Ardi * Ninok Wiryono sebagai Kasih * Nani Widjaya sebagai Lastri * Umar Lubis sebagai Dr. Frans * Rico Tampatty sebagai Fajar * Indah Indriana sebagai Rena * Rama Michael sebagai Romi * Manfreed sebagai Jemmy * Nunu Datau sebagai Wina * Salma Paramitha sebagai Bintang * Alyssa Tardipa sebagai Tiara * Kevin Julio sebagai Kevin * Virgo Brody sebagai Mico * Ricardo Senzienz sebagai Bobby *Rio Reifan sebagai Dewa
Sambungan kisah sinetron Intan Episode 211
Gambar-gambar dari petikan Intan Episode 211
Rado membaca surat daripada Intan. Rado sedih dan berlinangan airmata setelah membaca surat tersebut. Intan menyewa sebuah rumah bersama Bintang. Apabila Rado sampai di rumah Nadine, Nadine ingatkan Rado ingin memintanya menjaga Bintang. Nadine terkejut setelah membaca surat dari Intan. Nadine yakin Intan pasti dalam keadaan baik kerana selama ini dia tabah menghadapi sebarang cabaran. Terus menonton episode ini bersama shinystar untuk mengetahui kesudahan Episode 211 sambungan sinetron Intan.
Sambungan kisah sinetron Intan Episode 211 Part 1
Sambungan kisah sinetron Intan Episode 211 Part 2
Sambungan kisah sinetron Intan Episode 211 Part 3
Sambungan kisah sinetron Intan Episode 211 Part 4
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima Saluran 105, http://www.sinemart.com, RCTI, adhie21: http://sinetron.forumco.com, luv cat: http://mforum.cari.com.my, http://sinetron.forumco.com, http://www.bigonblog.blogspot.com, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Intan)
JANGAN LUPA UNTUK TERUS MENONTON SINETRON INTAN SETIAP HARI ISNIN HINGGA JUMAAT JAM 11.00 MALAM DI ASTRO PRIMA
POSTER INTAN DAN RADO - CINTA MEREKA YANG TIDAK PERNAH PUDAR (Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarahdin Channel yang telah meluangkan masanya design dua poster "SINETRON INTAN" ini untuk shinystar)
Sambungan seterusnya kisah sinetron Intan yang bersiaran di Astro Prima pada 8 April 2009 jam 11.00 malam dan siaran ulangannya pada hari keesokannya pada jam 4.00 petang - Episode terkini:Sinopsis Intan terkini: Episode 210
Biodata/Profile Dude Harlino: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarah untuk poster Dude Harlino)
Nama Lahir: Dude Harlino (Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" yaitu tanggal kelahirannya - tanggal kelahirannya)
Tarikh Lahir: 2 Desember 1980 (umur 28) Tempat Lahir: Indonesia, Jakarta Tahun aktif: sejak 1999 - sekarang
* Naysila Mirdad sebagai Intan * Dude Harlino sebagai Rado * Glenn Alinskie sebagai Ello * Ingka Noverita sebagai Lila * Meriam Bellina sebagai Nadine * Anwar Fuady sebagai Arman * Mathias Muchus sebagai Ardi * Ninok Wiryono sebagai Kasih * Nani Widjaya sebagai Lastri * Umar Lubis sebagai Dr. Frans * Rico Tampatty sebagai Fajar * Indah Indriana sebagai Rena * Rama Michael sebagai Romi * Manfreed sebagai Jemmy * Nunu Datau sebagai Wina * Salma Paramitha sebagai Bintang * Alyssa Tardipa sebagai Tiara * Kevin Julio sebagai Kevin * Virgo Brody sebagai Mico * Ricardo Senzienz sebagai Bobby *Rio Reifan sebagai Dewa
Kisah sinetron Intan bersambung dalam Episode 210 pada 8 April 2009:
Rena terdengar tangisan Wina. Rena memberitahu ibu mertuanya bahawa mama Rado sedang menangis. Tetapi Nadine berpendapat tangisan Wina bukan tangisan yang sedih. Rena dan Nadine cuba mengintip apa yang telah berlaku. Mereka berdua masuk ke dalam rumah Wina dan bertanya kepadanya kenapa dia menangis. Wina dengan marah tanya kepada mereka kenapa mereka telah masuk ke rumahnya. Nadine kata dia cuma ingin tanya dia kenapa dia menangis sahaja. Nadine ingin tahu di mana Intan dan Rado berada. Wina cuma diam dan tidak mahu berkata apa-apa. Nadine kata dia akan tunggu hingga mereka pulang. Akhirnya Intan dan Rado keluar dan Wina terus beredar dari situ.
Nadine mendapat tahu daripada Intan dan Rado Wina tidak mahu menerima Bintang sebagai cucunya, malah dia ingin mengusir Bintang dari rumahnya. Rena juga memberitahu mamanya berkenaan hal ini. Mama Rena kasihani nasib Intan. Wina tidak menghiraukan Intan apabila Intan mengajaknya makan bersama. Di salon, Wina pelanggannya, kasihankannya kerana mempunyai cucu yang cacat. Wina tidak senang mendengar hal itu tetapi dia cuma dapat berdiam diri sahaja...
Wina memberitahu Intan bahawa dalam seumur hidupnya dia telah melakukan satu kesilapan dan kesilapan itu adalah merestui pernikahan Rado dengan Intan. Intan sedih mendengar apa yang telah dikatakan ibu mertuanya kepadanya. Arman menegur Nadine yang tidak ambil perhatian langsung dengan Intan dan Bintang. Intan terdengar apa yang dikatakan Nadine kepada Arman tentang Bintang yang berlainan dengan kanak-kanak lain. Sekiranya di majlis begitu tidak sesuai untuk Bintang. Nadine begitu sedih kerana Nadine juga bersikap seperti Wina yang malu tentang keadaan Bintang yang cacat... Intan mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah ibu mertuanya dengan membawa Bintang bersamanya...
Sambungan kisah sinetron Intan Episode 210 Part 1
Sambungan kisah sinetron Intan Episode 210 Part 2
Sambungan kisah sinetron Intan Episode 210 Part 3
Sambungan kisah sinetron Intan Episode 210 Part 4
Sambungan kisah sinetron Intan Episode 210 Part 5
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima Saluran 105, http://www.sinemart.com, RCTI, adhie21: http://sinetron.forumco.com, luv cat: http://mforum.cari.com.my, http://sinetron.forumco.com, http://www.bigonblog.blogspot.com, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Intan)
JANGAN LUPA UNTUK TERUS MENONTON SINETRON INTAN BERSAMA-SAMA DENGAN SHINYSTAR SETIAP HARI ISNIN HINGGA JUMAAT JAM 11.00 MALAM DI ASTRO PRIMA
POSTER INTAN DAN RADO - CINTA MEREKA YANG TIDAK PERNAH PUDAR (Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarahdin Channel yang telah meluangkan masanya design dua poster "SINETRON INTAN" ini untuk shinystar)
Sambungan seterusnya kisah sinetron Intan yang bersiaran di Astro Prima pada 23 Mac 2009 jam 11.00 malam dan siaran ulangannya pada hari keesokannya pada jam 4.00 petang - Episode terkini:Sinopsis Intan terkini: Episode 199
Biodata/Profile Dude Harlino: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarah untuk poster Dude Harlino)
Nama Lahir: Dude Harlino (Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" yaitu tanggal kelahirannya - tanggal kelahirannya)
Tarikh Lahir: 2 Desember 1980 (umur 28) Tempat Lahir: Indonesia, Jakarta Tahun aktif: sejak 1999 - sekarang
Sinopsis sinetron Intan bersambung dalam Episode 199:
Gambar-gambar dari petikan sambungan sinetron Intan Episode 199
Rado dinasihati doktor supaya Intan menjalankan operasi dengan serta merta. Wina cemas mendengar panggilan telefon dari Rado bahawa Intan mengalami pendarahan. Nadine, Arman dan Wina terus ke hospital. Begitu juga Kasih. Mereka semua khuatirkan keselamatan Intan. Sewaktu di bilik pembedahan, Intan terdengar doktor berkata bahawa anaknya tidak normal. Nadine menuduh semua itu adalah disebabkan oleh Rado. Menurutnya lagi sekiranya dia tidak membenarkan Intan meneruskan kehamilan tersebut, Intan tidak akan seperti itu. Rado risau dia akan kehilangan Intan. Intan berjaya diselamatkan. Tetapi bagaimana pula tentang bayinya? Wina bertanyakan tentang keadaan cucunya yang baru dilahirkan. Wina terkejut mendapat tahu bahawa walaupun cucunya sihat, tetapi dia cacat. Wina tidak mahu menerima kenyataan bahawa cucunya cacat. Wina bercadang untuk bertukar bayi yang baru dilahirkan. Dia mengupah seseorang untuk mendapatkan bayi yang baru dilahirkan.
Intan tahu bahawa bayi itu bukan bayinya kerana bayinya cacat. Intan memberitahu Rado bahawa dia terdengar doktor berkata bahawa bayi mereka cacat. Apabila dia ditanya oleh Nadine nama apa yang dia hendak berikan kepada anaknya, Intan berkata pelangi supaya hari-harinya seperti pelangi. Dewa terjumpa bayi Intan di pinggir jalan dan dia hairan ada orang yang sanggup membuang bayi tersebut. Berjayakah Intan dan Rado mendapatkan kembali bayi mereka yang sebenar?
Sambungan kisah sinetron Intan Episode 199 Part 1
Sambungan kisah sinetron Intan Episode 199 Part 2
Sambungan kisah sinetron Intan Episode 199 Part 3
Sambungan kisah sinetron Intan Episode 199 Part 4
Sambungan kisah sinetron Intan Episode 199 Part 5
Sambungan kisah sinetron Intan Episode 199 Part 6
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima Saluran 105, http://www.sinemart.com, RCTI, adhie21: http://sinetron.forumco.com, luv cat: http://mforum.cari.com.my, http://sinetron.forumco.com, http://www.bigonblog.blogspot.com, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Intan)
JANGAN LUPA UNTUK TERUS MENONTON SINETRON INTAN BERSAMA-SAMA DENGAN SHINYSTAR SETIAP HARI ISNIN HINGGA JUMAAT JAM 11.00 MALAM DI ASTRO PRIMA
POSTER INTAN DAN RADO - CINTA MEREKA YANG TIDAK PERNAH PUDAR (Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarahdin Channel yang telah meluangkan masanya design dua poster "SINETRON INTAN" ini untuk shinystar)
Sambungan seterusnya kisah sinetron Intan yang bersiaran di Astro Prima pada 19 Mac 2009 jam 11.00 malam dan siaran ulangannya pada hari keesokannya pada jam 4.00 petang - Episode terkini:Sinopsis Intan terkini: Episode 196
Biodata/Profile Dude Harlino: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarah untuk poster Dude Harlino)
Nama Lahir: Dude Harlino (Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" yaitu tanggal kelahirannya - tanggal kelahirannya)
Tarikh Lahir: 2 Desember 1980 (umur 28) Tempat Lahir: Indonesia, Jakarta Tahun aktif: sejak 1999 - sekarang
Gambar-gambar yang diambil dari petikan sinetron Intan Episode 196 Part 1
Rado seperti kurang percaya yang Intan telah mengandung. Wina dan Nadine berasa sangat gembira mendengar berita itu. Rado memberitahu Intan bahawa dia hamil. Intan begitu terharu dan gembira sekali. Rado bertanyakan kepada doktor adakah Intan dapat meneruskan kehamilannya dengan sihat. Doktor menasihati Rado supaya kandungan itu harus digugurkan memandangkan kesihatan Intan yang sangat lemah. Rado serba salah.
Gambar-gambar yang diambil dari petikan sinetron Intan Episode 196 Part 2
Nadine memberitahu suaminya bahawa Intan telah hamil. Rena juga memberitahu Nia, mamanya tentang hal ini dan semua orang tumpang gembira. Nadine menelefon Kasih dan Kasih diberitahu bahawa Nadine akan buat majlis kejutan untuk Intan. Wina dan Nadine sama-sama merahsiakan tentang kejutan untuk Intan. Setibanya Intan di rumah, mereka semua meraikan kegembiraan tentang kehamilan Intan. Tetapi Rado sedih dan cuma berdiam diri kerana dia tahu keadaan Intan yang sangat lemah dan dia tidak sesuai untuk hamil. Romi dapat rasakan yang Rado menyembunyikan dari sesuatu.
Gambar-gambar yang diambil dari petikan sinetron Intan Episode 196 Part 3
Romi curiga bahawa pasti ada sesuatu yang tidak kena pada Rado kerana dia tidak kelihatan gembira tentang kehamilan Intan. Rena memintanya usah difikirkan terlalu banyak kerana mungkin Rado masih belum dapat menerima bahawa Intan telah hamil memandangkan suatu ketika yang lalu doktor telah memberitahu mereka bahawa Intan tidak dapat hamil. Rado serba salah bagaimana untuk menjelaskan perkara yang sebenar kepada Intan. Wina meminta orang untuk mengubah suai kamar untuk bayi yang bakal dilahirkan oleh Intan. Rado berkata masih terlalu awal untuk membuat rancangan seperti itu tetapi Wina berkata itu merupakan cucu pertamanya. Rado meminta mamanya usah terlalu berharap. Rado meminta pekerja memberhentikan ubah suai tersebut dan dia akan tetap membayar mereka. Wina hairan dengan sikap Rado.
Gambar-gambar yang diambil dari petikan sinetron Intan Episode 196 Part 4
Intan terkejut kerana Rado memintanya menggugurkan kandungannya. Intan berasa sedih dan menguncikan dirinya. Rado cuba memujuknya untuk berbicara baik-baik. Intan berasa kecewa dan dia memberitahu Rado keputusannya tetap sama. Wina yang berada di luar kamar mereka hairan dengan sikap mereka berdua. Untuk mengetahui kesudahan episode ini, jangan lupa untuk terus mengikuti video klip yang berikut.
Gambar-gambar yang diambil dari petikan sinetron Intan Episode 196 Part 5
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima Saluran 105, http://www.sinemart.com, RCTI, adhie21: http://sinetron.forumco.com, luv cat: http://mforum.cari.com.my, http://sinetron.forumco.com, http://www.bigonblog.blogspot.com, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Intan)
(Gambar pelakon-pelakon yang membintangi sinetron Intan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 11.00 malam di Astro Prima Saluran 105 - Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarahdin Channel yang telah meluangkan masanya buat poster ini untuk shinystar)
Sambungan seterusnya kisah sinetron Intan yang bersiaran di Astro Prima pada 5 Februari 2009 jam 11.00 malam dan siaran ulangannya pada hari keesokannya pada jam 4.00 petang - Episode terkini:Sinopsis Intan terkini: Episode 185
Biodata/Profile Dude Harlino: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarah untuk poster Dude Harlino)
Nama Lahir: Dude Harlino (Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" yaitu tanggal kelahirannya - tanggal kelahirannya)
Tarikh Lahir: 2 Desember 1980 (umur 28) Tempat Lahir: Indonesia, Jakarta Tahun aktif: sejak 1999 - sekarang
Doktor memaklumkan bahwa mereka tidak berjaya menyelematkan mama Kasih. Doa memberitahu amanat terakhir mama Kasih kepada Dr Frans, Intan dan Rado. Mama Kasih meminta supaya diberikan kedua matanya kepada Intan. Intantidak rela menerima permintaan itu. Intan ga bisa kerana dia bakal¡ melihat¡ ketiadaan mamanya. Doktor pun tidak memaksa dan memberi masasupaya Intan berfikir semula.
Majlis pengkembumian mama Kasihdiselubungi kesedihan. Kebanyakan ahli keluarga Intan berada di situ.Termasuk Kak Gery, Kak Sinta, Kak Jemy dan Bunga (yang agak lama tidak muncul).
Bintang akhirnya sadar. Ingatannya juga sudah pulih.Bintang bertanya keberadaan mama Kasih. Rado pun memberitahu kalau omaKasih sudah meninggal.
Dr Frans menonton video yang ditinggalkan Kasih untuknya. Di video itu Kasih memberitahu kalau sakit jantungnya sudah parah.
Intanteringat saat-saat permulaan dia mengenali mama Kasih. Intan sedihkarena dia merasakan seumur hidupnya dia hanya bikin mama Kasih bersedih. Rado bertanya apakah Intan ga mau merubah keputusannya untukmenerima donor mata dari mama Kasih. Intan tetap bingung.
Intandan Rado menjemput Bintang pulang. Bintang pinta supaya dibawa ke suatutempat- kubur oma Kasihnya. Bintang mengucapkan terima kasih kepada omaKasih.
Dr Frans datang bertemu Intan dan Rado untuk menyerahkan rekaman peninggalan mama Kasih. Di rekaman itu, mama Kasihmenyatakan hasratnya memberikan kedua matanya kepada Intan. Intan berasa sangat sedih.
Intan akhirnya menjalani operasi mata. Radodan Bintang meraikan ultah Intan di rumah sakit. Kali pertama dibuka balutan matanya, Intan ga bisa melihat apa-apa. Disuruh cuba skali lagi oleh doktor. Akhirnya Intan bisa melihat semula.
Dr Fransbertemu sama keluarga Nadine dan papa Fajar untuk membincangkan pestakejutan sempena ultah Intan. Pesta itu sebenarnya sudah dirancang olehmama Kasih.
Rado membawa Intan ke tempat pesta dan memberitahukalau ianya sengaja dirancang oleh mama Kasih. Saat itu juga rekamandari mama Kasih ditayangkan. Kesedihan menyelubungi lagi.
Semuamuncul dengan nyanyian lagu Happy Birthday buat Intan. Mama Wina danpapanya Rado juga ada! Bintang pun menyampaikan lagunya kepada mamanya.Sesudah itu dipanggil Intan ke pentas menyanyi bersama. Tiba-tibamuncul sang penyanyi sebenar Letto. Intan menjerit terperanjat. Semuapun menyanyi!
Intan melihat mama Kasih, Ello (!!!), nenek Lastri dan Rangga di atas langit melambai-lambai kepadanya.
Dokter Rado, Intan dan Bintang mengucapkan TERIMA KASIH SEMUA!! (review by:saeah85)
Orang di Utara bilang gunung itu indah, aku diam Orang di Selatan bilang laut itu indah, aku diam Orang di Timur bilang bintang itu indah, aku diam Orang di Barat bilang permata itu indah, aku diam Orang di Utara, Selatan, Timur, Barat diam, Aku bilang Intan yang indah.
Sambungan sinopsis/Review Episode 186 pada 5 Mac 2009, Khamis yang bersiaran pada jam 110.00 malam di Astro Prima Saluran 105:
Klip gambar dari sambungan sinetron Intan Episode 186 Part 1
Rado memberitahu mamanya memang benar dia ingin mempunyai anak tetapi dia tidak mahu "Kahwin Kontrak". Rado mengajak Intan pergi bersiar-siar, ke mana saja pun boleh. Rado menerima panggilan daripada mamanya tetapi Rado dimatikan hpnya kerana dia masih marahkan mamanya. Rado yakinkan Intan bahawa walaupun apa yang berlaku dia akan terus dan tetap menjaga Intan dan dia meminta Intan usah bersedih lagi dan inginkan dia bahagia.
Intan berkata itu adalah tangisan kebahagiaan, Rado ingin Intan sentiasa bersama-sama samada mereka mempunyai anak atau tidak. Wina bertanyakan kepada Rado kenapa handfonenya tidak diaktifkan (apakah agaknya jawapan Rado? Semuanya terjawab video Episode 186 Part 2)
Klip gambar dari sambungan sinetron Intan Episode 186 Part 2
Rena yang sedang mengandung teringin makan sushi dan dia meinta Romi mendapatkannya. Rado masih marahkan mamanya. Wina menemui Rado di pejabatnya. Dia meminta Rado berbincang dengan Intan mengenai "Kahwin Kontrak" dan dia pasti Intan akan bersetuju tetapi Rado enggan berbuat demikian kerana cintanya cuma untuk Intan dan dia inginkan anak dari rahim Intan dan bukannya dari perempuan lain. Intan terdengar perbualan Wina dan kawannya. Intan bertanyakan kepada Rado adakah benar Rado dikehendaki kahwin kontrak. Intan tidak rela tentang cadangan Wina. Rado memberi kepastian kepada Intan bahawa dia adalah satu-satunya isteri yang amat dicintainya dan dia tidak akan menurut kehendak mamanya. Intan.
Rado menyesal mamanya memaksanya Kahwin Kontrak dan katanya kepada papanya bahawa Intan semakin sedih memikirkan hal itu. Wina tetap berdegil dengan cadangan Kahwin Kontrak walaupun dinasihati oleh Dr. Ardi. Dr. Ardi memberitahunya Rado cuma mahu anak yang lahirkan oleh Intan.
Klip gambar dari sambungan sinetron Intan Episode 186 Part 3
Rena mengadu kepada Intan kenapa dia harus rasa mual dan mengidam. Intan berkata dia harus bersyukur kerana boleh mengandung. Intan menziarahi pusara Rangga. Wina berjumpa dengan Intan dan dia memberitahu Intan yang dia amat harapkan keturunan dalam keluarganya. Wina mohon supaya Intan setuju dengan "Kahwin Kontrak" yang telah dicadangkannya. Intan berkata dia tidak dapat memenuhi hasrat ibu mertuanya kerana dia juga adalah perempuan juga. Wina berasa marah dan menyesal kerana Intan enggan mendengar nasihatnya untuk membenarkan Rado berbuat demikian dan dia terus beredar dari restoran itu. Klip gambar dari sambungan sinetron Intan Episode 186 Part 4
Intan terkenangkan semula apa yang ibu mertua katakan kepadanya sebentar tadi di restoran dan dia terus menangis kesedihan. Intan menangis dalam pelukan Nadine. Nadine terkejut mendengar apa yang telah dicadangkan oleh Wina dan dia pergi berjumpa dengan Wina. Apabila dia berjumpa dengan Wina dia menamparnaya dan seterusnya mereka bergaduh kerana hal itu.
Nadine kesal dengan sikap Wina dan dia memberitahu Arman dan Arman turut terkejut mendengar hal itu. Nia, Rena dan Romi turut mengetahui hal itu dan mereka semua kasihankan Intan. Kasih menyalahkan dirinya lagi apabila Nia memberitahunya tentang hasrat Wina. Mereka memikirkan cara semoga Wina dapat membatalkan cadangannya itu.
Klip gambar dari sambungan sinetron Intan Episode 186 Part 5
Intan menerima panggilan bahawa mamanya jatuh. Intan pergi ke hospital bersama bersama Rado dan setibanya mereka di sana, mereka mendapat tahu Wina telah menderma darahnya kepada Kasih. Intan amat berterima kasih kepada Wina dan bertanyakan kepada Wina, ibu mertuanya apa yang harus dilakukannya untuk membalas budinya.
Gambar Wina dan Intan sewaktu di hospital. Adakah Intan akan bersetuju?
Wina inginkan persetujuan daripada Intan untuk mengizinkan anaknya Rado teruskan dengan cadangannya bagaimana keluarganya boleh mendapat keturunan lagi. Adakah Intan akan menurut kehendak Wina? Kisahnya bersambung dalam episode 187 yang akan bersiaran di Astro Prima pada hari esok, waktu yang sama.
Episode demi episode yang ditonton shinystar dalam sinetron Intan semakin mencemaskan dan menyayat hati. Shinystar tidak sabar lagi menunggu episode yang seterusnya dalam Episode 186 yang akan disiarkan pada hari Jumaat, 6 Mac 2009 pada jam 11.00 malam. Sekian kemas kini ringkas dari sambungan sinetron Intan Episode 185 daripada shinystar untuk semua. Hingga bertemu lagi dalam kemaskini yang akan datang.
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima Saluran 105, http://www.sinemart.com, RCTI, adhie21: http://sinetron.forumco.com, luv cat: http://mforum.cari.com.my, http://sinetron.forumco.com, http://www.bigonblog.blogspot.com, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Intan)
Sambungan seterusnya kisah sinetron Intan yang bersiaran di Astro Prima pada 31 Disember 2008 jam 11.00 malam dan siaran ulangannya pada hari keesokannya pada jam 4.00 petang - Episode terkini: Episode 143 dan 144
Biodata/Profile Dude Harlino:
Nama Lahir: Dude Harlino (Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" yaitu tanggal kelahirannya - tanggal kelahirannya)
Tarikh Lahir: 2 Desember 1980 (umur 28) Tempat Lahir: Indonesia, Jakarta Tahun aktif: sejak 1999 - sekarang
Ringkasan sinopsis Intan selepas Rado terpaksa meninggalkan Intan disebabkan dia tidak sampai hati melihat Intan yang semakin tenat akibat penyakit gagal ginjal.
Dibintangi oleh:
* Naysila Mirdad sebagai Intan * Dude Harlino sebagai Rado * Glenn Alinskie sebagai Ello * Ingka Noverita sebagai Lila * Meriam Bellina sebagai Nadine * Anwar Fuady sebagai Arman * Mathias Muchus sebagai Ardi * Ninok Wiryono sebagai Kasih * Nani Widjaya sebagai Lastri * Umar Lubis sebagai Dr. Frans * Rico Tampatty sebagai Fajar * Indah Indriana sebagai Rena * Rama Michael sebagai Romi * Manfreed sebagai Jemmy * Nunu Datau sebagai Wina * Ryan Maladi sebagai Rangga * Salma Paramitha sebagai Bintang * Alyssa Tardipa sebagai Tiara * Kevin Julio sebagai Kevin * Virgo Brody sebagai Mico * Ricardo Senzienz sebagai Bobby * Aura Crisitna Geithner sebagai Kassandra
Sinopsis sinetron Intan selepas Episode 140
Kisah sinetron Intan bersambung dengan babak yang mengisahkan Rado terpaksa meninggalkan Intan kerana dia tidak rela melihat keadaan Intan yang semakin tenat akibat penyakit ginjal yang dihidapinya.
Romi memujuk Intan supaya menerima ginjalnya dan menjalankan pembedahan pemindahan ginjal dengan segera untuk menyelamatkan nyawanya. Akhirnya, Intan bersetuju setelah ibu mertuanya menelefonnya. Selepas pemindahan ginjal, tibalah waktu untuk Intan bernikah dengan Romi kerana syarat untuk menerima ginjal Romi adalah bernikah dengannya atas kehendak ibu mertua Intan.
Romi sedih dan tidak sampai hati melihat keadaan Intan yang kesedihan kerana terpaksa bernikah dengannya. Romi sedar bahawa Intan tidak mencintainya dan dalam hati Intan cuma ada Rado. Demi cinta Romi terhadap Intan, dia telah meminta Intan untuk melarikan diri dengan membawa Rangga bersamanya. Intan menuruti segala yang disuruh oleh Romi dan membawa Rangga lari bersamanya.
Pada waktu yang sama, Rado berasa amat sedih dan merana kerana terlalu merindui Intan. Intan pergi ke rumah neneknya dengan harapan supaya diterima untuk tinggal bersama-sama dengannya. Makcik Intan, iaitu ibu Rena tidak bersetuju Intan tinggal bersama-sama dengan mereka dan dia melarang Intan menumpang tinggal di rumah mereka.
Nenek Intan yang begitu menyayangi Intan berasa sedih apabila Intan dihalau oleh makciknya lalu bercadang untuk mengikut Intan dengan meninggalkan rumah itu. Menurut nenek Intan lagi, dia ingin meninggalkan rumah itu kerana selama ini dia hidup dalam sengsara dan tidak pernah gembira di situ.
Setelah itu, Intan, Rangga dan neneknya telah menyewa sebuah rumah dan menetap di sana. Ketika Intan mencari kerja di luar, neneknya akan menjaga Rangga. Namun, pada suatu hari, ibu mertua Intan terserempak dengan nenek Intan dan Rangga. Mujurlah neneknya sempat mengelak daripada ibu mertua Intan. Setelah Intan mendapat tahu bahawa neneknya telah membawa Rangga keluar dari rumah, dia berasa sungguh marah dan berpesan kepadanya supaya tidak lagi membawa Rangga keluar kerana semua orang sedang mencari mereka. Akhhirnya, nenek Intan menjadi sedih dan pada suatu hari, dia tertidur. Hakikatnya, dia telah meninggal dunia dalam tidurnya.
Romi meminta Rado untuk mencari Intan kembali dan menurutnya dialah yang meminta Intan melarikan diri pada hari pernikahan. Tidak lama selepas itu, akhirnya Rado bersatu semula dengan Intan dan ibu mertua Intan juga merestui hubungan Rado dan Intan dan dia tidak menentang lagi perhubungan mereka.
Riview/sinopsis terbaru sinetron Intan:
Rado dan Intan bersatu semula dan mereka hampir bernikah. Tetapi Rado dan Rangga terlibat dalam kemalangan. Rangga meninggal dunia sementara Rado menjadi buta.Ibu mertua Intan menuduh Rado lah punca kematian cucu kesangannya, Rangga. sehingga menyebabkan Rado sentiasa menyalahkan dirinya sebab tidak layak untuk menjadi seorang papa yang baik kepada Rangga.
Lebih menyedihkan lagi apabila setelah Rado buta, dia terlibat dalam suatu kebakaran pula dan ini menyebabkan Rado hilang ingatan(amnesia). Kisahnya bersambung...
Jangan lupa untuk menonton kisah selanjut sinetron Intan bersama-sama dengan shinystar pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 11 malam di Astro Prima Saluran 105 dan siaran ulangannya adalah pada hari keesokannya, pada jam 4.00 petang.
Kisah sinetron Intan semakin menarik dan shinystar tidak sabar lagi menunggu episode yang seterusnya dalam Episode 145 yang akan disiarkan pada hari Rabu, 7 Januari 2009 pada jam 11.00 malam. Sekian kemaskini daripada shinystar untuk semua. Hingga bertemu lagi dalam kemaskini yang akan datang.
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima Saluran 105, http://www.sinemart.com, RCTI, adhie21: http://sinetron.forumco.com, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Intan)