Sunday, December 27, 2009

Pasangan Sein & Nana Juara Sehati Berdansa 3 - MALAM KEMUNCAK SEHATI BERDANSA MUSIM KE-3 PADA 26 DISEMBER 2009


TEMA MALAM KEMUNCAK SEHATI BERDANSA MUSIM KE-3: TARIAN MELAYU KONTEMPORARI & TARIAN LATIN(BATTLE) - PASANGAN SEIN & NANA MERUPAKAN JUARA SEHATI BERDANSA MUSIM KE-3

**********************************************************************
Ulasan Kemuncak Sehati Berdansa

Akhirnya Kemuncak Sehati Berdansa telah pun membuka tirainya. Malam yang sungguh gilang gemilang ini dimulakan dengan tarian daripada kesemua koreografer. Dan ketika ini Penasihat Tarian, Farah Sulaiman pula menunjukkan kehebatannya.

Untuk berita terkini mengenai Kemuncak Sehati Berdansa.. Teruskan bersama kami..

9.05pm - Kedudukan para peserta telah diumukan buat pertama kali. Pada ketika ini Sein telah mendahului pasangan Sazzy.

Juri-juri juga telah diperkenalkan. Joseph Gonzales selaku juri tetap, Linda Jasmin pengkritik tetap Sehati Berdansa musim pertama dan kedua, serta Lisda dan Fauzi.

9.15pm - Pasangan Sein dan Nana telah memberikan persembahan yang cukup memukau dan menerima pujian daripada keempat-empat juri. Lisda dan Fauzi memuji pakaian mereka yang cukup menarik dan bersesuaian. Bagi Linda persembahan mereka sememangnya persembahan pembukaan yang baik. Manakala Joseph memuji keyakinan mereka walaupun semestinya perasaan takut menguasai mereka.

9.20pm - Kehangatan malam Kemuncak Sehati Berdansa diteruskan lagi dengan persembahan pasangan Sazzy dan Nazril. Elemen Kelantan sememangnya diberi penekanan di dalam koreografi mereka. Bagi Fauzi aksi yang ditonjolkan sememangnya mencabar mereka sebagai Juara musim kedua dan Sazzy dan Nazril sememangnya pasangan yang Romantis. Bagi Linda kedua-dua mereka telah memberikan persembahan yang terbaik. Menurut Joseph pula mereka umpama penari professional kerana berjaya memasukkan kesemua elemen kesenian negeri Kelantan hanya dalam satu tarian.

9.25pm - Kemunculan Adam dan Stacy sebentar tadi sememangnya menhangatkan lagi suasana di PICC ketika ini. Irama lagu Mengegar Dunia yang disertai dengan tarian hebat daripada kedua-dua mereka sememangnya mengagumkan.

9.30pm - Bagi pusingan kedua yang berkonsepkan battle, pasangan Sazzy dan Nazril telah menunjukkan kreativiti mereka terlebih dahulu. Koreografi yang ditarikan sememangnya menghiburkan.

Pasangan Sein dan Nana juga tidak kurang hebatnya. Koreografi yang ditarikan sememangnya mempunyai elemen kretiviti yang berbeza berbanding pasangan Sazzy dan Nazril.

Pusingan kedua Sazzy dan Nazril meneruskan tarian mereka. Seperti biasa elemen stunt sememangnya menjadi elemen utama didalam tarian mereka.

Pasangan Sein dan Nana tampil berbeza apabila menukar pakaian yang dipakai oleh mereka. Tampil berbeza di pusingan kedua namun kedua-dua mereka tetap memberikan saingan yang hebat kepasa Sazzy dan Nazril.

9.35pm - Komen terakhir daripada juri, bagi Lisda dan Fauzi mereka memberi pujian kepada kedua-dua pasangan dan bagi mereka, sekiranya mereka bertanding di musim ini mungkin mustahil untuk mendapatkan gelaran juara.

Bagi Linda kedua-dua pasangan tampil dengan koreografi yang hebat. Namun keserasian antara pasangan Sein dan Nana sememangnya menarik perhatian Linda. Bagi pasangan Sazzy pula mereka sememangnya hebat.

Menurut pengkritik tetap Joseph kedua-dua mereka telah memberikan satu persembahan yang hebat dan kedua-dua mereka sememangnya layak beraksi di pentas Kemuncak Sehati Berdansa.

9.45pm - Fahrin telah mengumumkan bahawa talian undian telah pun ditutup secara rasminya dan sebentar lagi Juara Sehati Berdansa musim ketiga akan diumumkan. Sudah semestinya kedua-dua pasangan finalis ini sedang berdebar-debar menantikan keputusan yang akan diumumkan sebentar lagi. Teruskan bersama kami untuk mendapatkan jawapannya seketika nanti.

9.50pm - Kini buat kali terakhir kesemua pasangan selebriti bersatu mempersembahkan tarian bagi lagu tema Sehati Berdansa yang dinyanyikan oleh Hafiz Juara Akademi Fantasia 7.

9.52pm - Kini masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Sebentar sahaja lagi Juara Sehati Berdansa bakal diumumkan.

Juara Sehati Berdansa musim ini bakal membawa pulang kereta Audi A4 1.8, tiket percutian ke Itali, Trofi dan Wang berjumlah RM20000 buat badan amal yang mereka wakili.

Bagi Naib Juara musim ini, mereka akan memenangi sebuah trofi juga tiket percutian ke Australia serta wang berjumlah RM15000 buat badan amal yang mereka wakili.

9.55pm - Sein dan Nana Juara Sehati Berdansa musim ketiga, begitulah pengumuman yang telah diumumkan oleh Fahrin sebentar tadi. Dengan pengumuman tersebut ini bermakna Persatuan Albinisma Malaysia telah berjaya memperoleh dana sebanyak RM20000. Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada wakil badan amal tersebut iaitu, Cik Maizan Mohd Salleh.

Dengan penyerahan trofi dan hadiah tersebut, ini bermakna Sehati Berdansa musim ketiga telah pun melabuhkan tirainya. Segala memori sepanjang sepuluh minggu Sehati Berdansa musim ketiga berlangsung sememangnya akan tersemat di hati. Kepada pasangan Sein dan Nana jutaan tahniah diucapkan di atas kejayaan mereka.

Berikut adalah peratusan undian setelah undian ditutup:

PASANGAN SEIN & NANA - 83.66
PASANGAN SAZZY & NASH - 16.34


Sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://www.astro.com.my/)

**********************************************************************











Gambar-gambar saat kemenangan Juara & Naib Juara Sehati Berdansa Musim Ketiga - Pasangan Sein & Nana dan Pasangan Sazzy & Nash











**********************************************************************
Berikut adalah senarai lagu tugasan kedua-dua pasangan selebriti Sazzy & Nash dan Sein & Nana:

Tarian Melayu Kontemporari

PASANGAN SEIN & NANA - KURIK KUNDI (VERSI PERAK)
PASANGAN SAZZY & NAZRIL - KURIK KUNDI (VERSI KELANTAN)

Tarian Latin (Battle)

PASO DOBLE & ARRASANDO



Kemuncak Sehati Berdansa 3 Part 1


Kemuncak Sehati Berdansa 3 Part 2


Kemuncak Sehati Berdansa 3 Part 3


Kemuncak Sehati Berdansa 3 Part 4


Kemuncak Sehati Berdansa 3 Part 5


Kemuncak Sehati Berdansa 3 Part 6


Kemuncak Sehati Berdansa 3 Part 7

**********************************************************************

Sumber: Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://www.astro.com.my/sehatiberdansa/highlights.asp?an=318&bid=3731, Astro Ria dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by