Wednesday, December 16, 2009

SINOPSIS EPISODE 5 - DRAMA LAGENDA "CUCU BETONG" MULA MENEMUI PENONTON PADA 14 DISEMBER 2009 SETIAP HARI ISNIN - KHAMIS DI TV3 & TV9


"Cucu Betong" sebuah Drama Lagenda yang mengandungi 20 episode terbitan J.S. Pictures mula bersiaran di TV3 & TV9 mulai 8 Disember 2009 - Episode 5 pada 15 Disember 2009

***********************************************************************

Barisan pelakon/Dibintangi oleh:

Ezany Nazarif sebagai Zaman
Fizz Fairuz sebagai Jagat
Sheila Ruslysebagai Malika
Mohd Naim Daniel sebagai Raqib (cucu betong)
Fimi Don sebagai Akmal
Daniel Zulkifle sebagai Irfan
Mohd Amir - Hafiz
Farisha Irwayu sebagai Melissa
Maya Matahari sebagai Naya
Sofia Jane sebagai Ratu Solowangi
Emilda Rosmila sebagai Katrina
Noorkhiriah sebagai Cikgu Diana
Shahrol Nizam sebagai Ustaz Shafie
Amir Raja Lawak siamang yang bernama Sayang
Ungku Faridah sebagai Ibu Melissa
Shanaross sebagai Bibik
Sheila Rusly kembali lagi memegang watak sebagai Malika dalam sambungan Drama Lagenda "Anak Betong" iaitu "Cucu Betong" - Pencarian Keris Bimasakti -

Kisah "Anak Betong" menceritakan Malika merupakan seorang manusia bertopengkan syaitan yang tidak pernah berputus asa untuk menghapuskan keturunan Hassan. Walaupun dia tidak berjaya memgpergunakan Jagat untuk melaksanakan rancangannya, Malika cuba mendekati dan mempergunakan anak Jagat pula, Raqib. Berjayakah Malika memiliki apa yang dihajatinya?

Sinopsis Drama Lagenda Cucu Betong

Malika meminta pertolongan daripada Ratu Solowangi untuk kembalikan wajah, tenaga dan ilmunya tetapi syarat yang diberikan oleh Ratu Solowangi sungguh berat. Malika terpaksa akur dengan syarat itu asalkan segala kemahuannya dapat dikembalikan.

12 tahun yang lalu, sikap Raqib (cucu betong) sungguh baik. Dia sering menjadi bahan buli oleh rakan rakan di sekolah yang diketuai oleh ketua pembuli iaitu Akmal. Ketika ini dia masih belum mempunyai ilmu silat. Malissa mengingatkan Zaman tentang perlunya menjaga Raqib betul betul sebagai pewaris Warisan Corp kerana keadaan mereka yang masih belum punya zuriat..
***********************************************************************
Sambungan sinopsis kisah Drama Lagenda Cucu Betong Episode 5

Permulaan Episode 5:

Bibik tidak faham kenapa kelakuan Raqib sudah berubah dan tidak seperti dulu lagi. Misalnya cawan bersepah saja setelah dia minum dan kebelakangan ini, Raqib menjadi semakin nakal, hati Bibik fikirkan lagi. Jagat masih lagi belum sihat.

Di sekolah:




Akmal, Hafiz dan Irfan dihukum oleh guru lagi apabila mereka tidak dapat menyiapkan kerja sekolah yang diberikan.


Hafiz mengoyakkan kertas lukisan Raqib apabila dia enggan menolongnya lagi.



Malika yang berada di situ ketika itu menolong Raqib menghalau mereka bertiga.





Malika memberitahu Raqib sekiranya dia ingin mempunyai kuasa sepertinya, caranya mudah saja iaitu menjadi kawan Malika dan Raqib tidak akan diganggu oleh sesiapapun lagi untuk seumur hidupnya.


Raqib memberitahu Malika bahawa papanya kata akan mengajarnya silat agar tidak ada orang yang akan buli dia. Malika tidak senang mendengar apa yang baru saja Raqib katakan. Malika ketawa dan mengatakan silat itu memenatkan dan membuang masa saja. Malika terus menyakinkan Raqib sekiranya dia ingin kuasa sepertinya senang saja iaitu pergi ke Danau Malika. Malika juga menggunakan kuasa mencantumkan semula lukisan Raqib yang telah dikoyakkan oleh Hafiz.



Selain daripada itu juga, Malika juga meminta Raqib seru nama mereka bertiga dan tepuk tangannya. Sesuatu akan berlaku pada mereka. Setelah Raqib mengikut apa yang dikatakan Malika, tiba-tiba titisan air keluar dan ini membuat Hafiz dan Irfan takut. Raqib gembira melihat gelagat mereka berdua. Jika Raqib ikut segala syarat Malika tiada sesiapapun yang akan menggangu Raqib lagi.Raqib bersetuju dan dia berjanji.

***********************************************************************





Gambar-gambar dari petikan Episode 5 "Cucu Betong" - sinopsis Cucu Betong Episode 5 versi gambar

***********************************************************************
Penghujung Episode 5:




Ratu Solowangi meminta Malika mencampurkan ramuan yang diberikannya ke dalam setiap hidangan Raqib.

Ratu Solowangi: Selagi ia sebati dengan tubuhnya, anak itu akan mendengar segala perintah kamu.




Di rumah Zaman:




Malika muncul dan tanya kepada Raqib adakah dia sudah bersedia untuk mengikutnya pergi ke Danaunya. Raqib kata ya dan dia akan habiskan kerja sekolah yang selebihnya pada waktu malam nanti. Raqib kata dia terpaksa pulang semula ke rumah sebelum mama dan papanya pulang dari pejabat. Malika bersetuju dan minta Raqib usah bimbang tentang hal itu. Katanya masa dan waktu bukan menjadi masalah di Danau Malika.








Menurut Malika Raqib boleh pulang ke rumah pada bila-bila masa dan yang pasti itu merupakan rahsia mereka berdua. Selepas itu Malika membawa Raqib menghilangkan diri dan menuju ke Danau Malika.




Bibik masuk ke bilik Raqib kerana curiga sesuatu yang tidak kena sudah berlaku. Tetapi Raqib tidak ada di dalam biliknya lagi. Bibik mulai berasa takut dan dia terasa bau itu datang lagi. Bibik menjadi takut dan keluar dari bilik itu.












Malika tanya Raqib adakah dia suka Danaunya? Raqib jawab dia suka dan Malika mengingatkan Raqib lagi bahawa tempat itu adalah rahsia mereka berdua.



Raqib minta kebenaran daripada Malika untuk mandi di sungai. Malika membenarkannya dan

Malika: Raqib mandi dahulu, sebentar saja lagi makanan akan Malika sediakan...






Sambungan kisah Drama Lagenda Cucu Betong pada 16 Disember 2009 dalam Episode 6

***********************************************************************
(Sumber: Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, http://www.tv9.com.my dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by