Friday, December 18, 2009

DETIK SEHATI BERDANSA 3 MINGGU 9 PADA 14/12/09 - 17/12/09 & DI SEBALIK BERDANSA 3 PADA 18/12/09 - Pasangan Oshin & Firdaus mengundur diri : Minggu 9


TEMA UNTUK MINGGU KE-9 SEHATI BERDANSA 3 - ROMANTIK DAN MELAYU KONTEMPORARI

**********************************************************************
Berita terkini Sehati Berdansa 3 - Di Sebalik Sehati Berdansa 3 - Oshin dan Firdaus mengundur diri daripada Sehati Berdansa 3 Minggu 9

Terselamat selepas tersingkir dua minggu lalu melalui undian SB Masuk, namun sememangnya sudah tersurat bahawa pasangan Oshin dan Firdaus tidak dapat beraksi di Kemuncak Sehati Berdansa minggu hadapan.

Setelah penat menjalani latihan sepanjang minggu ini, pasangan Oshin dan Firdaus akhirnya tidak dapat mempersembahkan tarian mereka Sabtu ini. Oshin mengalami sedikit kecederaan dan terpaksa dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Berita yang mengejutkan ini akhirnya menyebabkan penyertaan Oshin dan Firdaus terpaksa dibatalkan. Sekaligus menandakan langkah tarian Oshin dan Firdaus terhenti di sini secara automatik.

Dengan pembatalan penyertaan pasangan Oshin dan Firdaus ini, secara rasminya kesemua talian undian mereka telah pun ditutup sejak malam tadi. Ini bermakna sebarang undian untuk pasangan Oshin dan Firdaus sejak malam tadi tidak diterima sama sekali.


**********************************************************************
Tugasan Minggu ke 9 untuk 3 pasangan selebriti pada Malam Sehati Berdansa 3 - 19 Disember 2009

Minggu kesembilan, tema romantik dan melayu kontemporari telah dipilih untuk menjadi asas kepada koreografi kesemua pasangan selebriti malam ini. Kesemua pasangan telah menerima lagu tugasan masing-masing di dalam Detik Sehati Berdansa yang disiarkan di Astro Ria (saluran 104) sebentar tadi.

Berikut adalah senarai lagu tugasan masing-masing untuk 3 pasangan selebriti:



Isma & Zul - Way back into love/ enjut



Sazzy & Nazril - In love with you/ watimang Landak



Sein & Nana - A whole new world / endang ya maulai

Bertemakan Romantik dan Melayu Kontemporari Malam Sehati Berdansa minggu ini dijangka bakal berlangsung dengan begitu meriah. Apatah lagi, minggu kesembilan ini menampilkan dua tema yang pastinya mencabar kreativiti semua koreagrafer Sehati Berdansa. Seperti musim-musim terdahulu, elemen-elemen kreatif di dalam koreografi masing-masing sememangnya dinanti-nantikan.


**********************************************************************

Detik Sehati Berdansa 3 Minggu 9 Pada 14 Disember 2009 - Tugasan


Detik Sehati Berdansa 3 Minggu 9 Pada 15 Disember 2009


Detik Sehati Berdansa 3 Minggu 9 Pada 16 Disember 2009


Detik Sehati Berdansa 3 Minggu 9 Pada 17 Disember 2009

**********************************************************************


Di Sebalik Sehati Berdansa 3 Minggu 9 Part 1


Di Sebalik Sehati Berdansa 3 Minggu 9 Part 2


Di Sebalik Sehati Berdansa 3 Minggu 9 Part 3

**********************************************************************
Sumber: Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://www.astro.com.my, Astro Ria dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by