Friday, March 27, 2009

SAMBUNGAN SINOPSIS KISAH DRAMA LAGENDA : JULIA JULI YANG BERSIARAN PADA 26 MAC 2009 JAM 4.30 PETANG DI TV3 DALAM EPISODE 15



JANGAN LUPA UNTUK MENGIKUTI SEBUAH LAGI DRAMA BARU BERJUDUL "JULIA JULI" (Jula Juli Bintang Tiga) MELALUI SLOT LAGENDA DI TV3 MULAI 3 MAC 2009 JAM 4.30 PETANG SETIAP HARI ISNIN - KHAMIS/TV9 SETIAP HARI ISNIN - KHAMIS JAM 8.30 MALAM - EPISODE 15

Barisan pelakon yang membintangi "Julia Juli" adalah:

Misha Omar sebagai Julu
Sayiddah sebagai Jula
Dynaz sebagai Juli
Zed Zaidi
Danny X-Factor
Abby Abadi
Rahim Jailani
Syawal AF5
Aqasha
Imuda
Irene Tan

Sinopsis ringkas melalui gambar-gambar dari petikan Drama Lagenda: Julia Juli Episode 15 pada 26 Mac 2009 yang telah disiarkan di TV3 dalam slot lagenda setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang:



Kisah Lagenda Julia Juli bermula dengan Remy membawa Julu menemui Julia untuk menukar imagenya. Julu kini berambut pendek. Jula memberitahu Izwan bahawa dia mempunyai masalah dengan Diana di rumah kerana rakan serumahnya itu tidak sukakannya. Ayah Remy meminta Hani tunggu Remy pulang ke rumah kerana terdapat sesuatu yang ayah Remy ingin umumkan. Apabila Jula memberitahu Diana sekiranya dia tidak dapat bertolak ansur dengannya, lebih baik dia pindah saja dan Diana pula menjawab"keluarlah".

Remy dan Julu sampai ke rumah dan ayahnya memberitahu Remy bahawa mereka akan membuat majlis secara besar-besaran. Remy terkejut mendengar berita itu. Dalam satu babak yang lain, Jula menelefon Julia memberitahunya bahawa dia ingin berjumpa dengannya kerana dia tension dan ingin bercakap dengan seseorang. Julia memintanya pergi ke rumahnya pada waktu itu . Julu sedih mengenangkan apa yang telah diumumkan oleh ayah Remy, dia menangis dalam biliknya apabila dia mendapat tahu bahawa Remy telah dijodohkan dengan Hani gadis pilihan ayah Remy.

Remy berkata ayahnya sepatutnya berbincang dengannya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan tetapi menurut ayahnya itu adalah yang terbaik untuknya dan apa lagi yang ditunggu dan Hanipun dah cukup bersedia. Sambung ayahnya lagi bahawa Remypun makin tua dan layak menjadi bapa. Walaupun Remy menganggap Hani macam adik sendiri tetapi ayahnya berkata itu boleh berubah. "Sepupupun boleh berkahwin, bukan tak boleh" - Hani meminta ayah Remy memberi waktu untuk Remy dan tidak perlu tergesa-gesa. Mulai saat itu, Remy diminta oleh ayahnya kurangkan aktivitinya dengan Julu sebab dia kena fikirkan yang dia akan berkahwin dengan Hani tidak lama lagi. Dia tidak mahu Remy asyik bersama dengan Julu. Hani tersenyum mendengar hal itu.

Apabila Remy ingin menyambungkan kata-katanya, ayahnya berkata dia ingin masuk tidur. Setelah ayah Remy naik ke atas, Hani memeluk Remy dari belakang dan berkata nampaknya mimpi mereka menjadi nyata tetapi menurut Remy mereka tidak mempunyai impiannya dan itu adalah impian Hani seorang sahaja.

Walaupun ibu Remy lebih suka sekiranya Julu menjadi menantunya tetapi, itu adalah keputusan ayah Remy yang mahukan Remy berkahwin dengan Hani. Julu berkata dia faham dengan situasi tersebut dan Ju juga sedar siapa dirinya. Dia cuma angan-angan nak kahwin dengan Remy. Ibu Remy menganggap Ju seorang yang istimewa. Selepas itu Ju menangis dalam pelukannya.

Di kayangan, ibu Julu risau melihat keadaan Julu yang sedang bersedih. Ayahnya berkata mungin Julu mempunyai masalah tetapi mereka tidak boleh membuat kesimpulan. Ibunya berpendapat mungin Julu rindukan mereka. Ayah Julu berkata mungkin ada hikmah di sebalik semua cubaan itu.

Julia ingin Jula tinggal serumah dengannya kerana setelah dia balik dari kerja dia rasa sunyi sahaja tinggal seorang diri. Jula gembira kerana dapat tinggal bersama Julia. Julia mengajak Jula untuk bermalam di rumahnya.


Connie pergi ke rumah Arif untuk mengajaknya makan bersama tetapi menurut Arif Freddie lebih sesuai untuknya. Walaupun Connie memberitahu dia ingin meluangkan masa bersamanya, kerana itulah dia pergi ke rumahnya dan merekakan close? Tetapi Arif menjawab dia close dengan semua staffnya. Arif tidak mahu berceloteh dengan lebih panjang lagi dan memberitahu Connie dia sudah mengantuk dan ingin tidur jadi Connie terpaksa beredar dari rumahnya.

Pada keesokan harinya, Julia memberitahu Arif dia telah bertemu dengan seseorang yang boleh menemaninya di rumah. Arif berkata "Sayake" tetapi menurut Julia bukan dan orang itu adalah Sofia(Julu) yang datang bersama Izwan hari itu. Julu menelefon Julia untuk bertemu dengannya.


Julu membuat temu janji dengan Julia. Dia memberitahu Julia tentang masalahnya dan menurutnya lagi dia tidak ada tempat tinggal yang lain lagi selain dari rumah Remy. Saudara-marapun tiada. Julia berkata tidak mengapa kerana dia ada kerjaya yang bagus. Dan Julia yakin dia tiada masalah untuk hidup berdikari. Julia berkata mereka adalah wanita dan akan menyelesaikan masalah bersama-sama dan mempunyai kekuatan pada diri sendiri untuk terus majukan masa hadapan mereka. Nasihat daripada Julia untuk Julu adalah dengan meminta Julu untuk keluar daripada rumah itu dan dia rasa dia boleh tolong Julu dalam hal itu kerana tempat yang dia tinggal kini masih ada ruang untuk seorang lagi. Julu mengucapkan terima kasih kepada Julia yang sudi menolongnya. Sewaktu bertemu dengan Arif, Julia memberitahunya bahawa terdapat seorang lagi yang akan tinggal bersamanya iaitu "Juzulaika"(Julu). Arif kata meriahlah kalau begitu. Julia minta Arif usah risau kerana dia akan minta sewa daripada Julu dan Jula. Arif kata Julia pandai buat bisnes. Julia menjawab "mestilah".





Sekian daripada shinystar untuk semua. Hingga bertemu lagi pada hari Isnin, 30 Mac 2009 dalam Episode 16 Drama Lagenda: Julia Juli. Semoga terhibur.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, TV9 dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar "Julia Juli")

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by