Friday, March 27, 2009

SAMBUNGAN KISAH SINETRON INTAN EPISODE 202 YANG BERSIARAN PADA 27 MAC 2009, JUMAAT DI ASTRO PRIMA SALURAN 105 PADA JAM 11.00 MALAM


JANGAN LUPA UNTUK TERUS MENONTON SINETRON INTAN BERSAMA-SAMA DENGAN SHINYSTAR SETIAP HARI ISNIN HINGGA JUMAAT JAM 11.00 MALAM DI ASTRO PRIMA


POSTER INTAN DAN RADO - CINTA MEREKA YANG TIDAK PERNAH PUDAR
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarahdin Channel yang telah meluangkan masanya design dua poster "SINETRON INTAN" ini untuk shinystar)

Sambungan seterusnya kisah sinetron Intan yang bersiaran di Astro Prima pada 23 Mac 2009 jam 11.00 malam dan siaran ulangannya pada hari keesokannya pada jam 4.00 petang - Episode terkini: Sinopsis Intan terkini: Episode 202


Biodata/Profile Dude Harlino: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarah untuk poster Dude Harlino)

Nama Lahir: Dude Harlino (Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" yaitu tanggal kelahirannya - tanggal kelahirannya)

Tarikh Lahir: 2 Desember 1980 (umur 28)
Tempat Lahir: Indonesia, Jakarta
Tahun aktif: sejak 1999 - sekarang

Biodata/Profile pelakon-pelakon (pemain) sinetron Intan

Sinopsis/Review sambungan kisah sinetron Intan Episode 201:

Nadine dan Intan terkejut kerana Rado menjawab Nadine dengan nada yang tinggi. Sewaktu memandu, emosi Rado juga tidak baik. Nadine masih ambil hati dengan cara Rado menjawabnya. Rado mengemaskan barang dan keberatan untuk meninggalkan rumah sakit itu. Dia juga menerima bil RM125 juta untuk rawatan Wina. Dia tidak tahu bagaimana caranya untuk membayar bil sebanyak itu.




Gambar-gambar dari petikan sinetron Intan Episode 202

Bintang jatuh sakit dan badannya panas. Dewa membawanya ke rumah sakit. Intan tiba-tiba rasa seperti sesuatu yang tidak kena dan dia tidak tahu kenapa. Dewa diberitahu doktor bahawa Bintang kena demam berdarah. Dia memerlukan darah jenis O. Intan menelefon Dewa dan Dewa memberitahu Intan bahawa dia memberitahu Intan bahawa Intan kena demam berdarah.

Rado tidak suka Intan melawat anak orang lain kerana anak mereka juga perlu dijaga. Rado akhirnya bersetuju untuk menghantar Intan ke rumah sakit tetapi Wina tidak membenarkannya kerana menurutnya, tiada orang menjaga Pelangi di rumah. Intan terpaksa naik teksi ke rumah sakit. Intan mendermakan darahnya kepada Bintang. Intan sedih melihat keadaan Bintang. Dewa mengejutkan Intan yang tertidur di rumah sakit sementara menunggu perkembangan terbaru dari Bintang. Dewa hairan kenapa Intan yang cemas dengan keadaan Bintang sementara dia barulah ayah angkat kepada Bintang. Dewa memberitahu Intan buat pertama kali dia menemui Bintang dia sudah jatuh cinta dan sayangkan Bintang. Dewa asyik memikirkan bahawa Bintang dan Intan adalah ibu dan anak.

Intan dimarahi Wina kerana menguruskan anak orang lain sementara Pelangi perlu dijaganya. Rado juga marahkan Intan mengenai hal itu. Intan menjelaskan bahawa dia tidak rela melihat Bintang ditinggalkan dan dibuang oleh kedua ibubapanya. Rado menegaskan lagi Pelangi barulah anak mereka. Intan tetap menegaskan bahawa dia cuma teringatkan bagaimana keadaannya sendiri sewaktu dia masih kecil. Akhirnya Rado akur dan membenarkan Intan terus melawat Bintang.



Rado tidak tahu bagaimana hendak berterus terang dengan Intan bahawa dia tidak bekerja di rumah sakit sebagai doktor lagi. Persatuan Penyolek Indonesia mencadangkan bahawa Intan masuk pertandingan yang telah dianjurkan peringkat Antarabangsa. Intan berasa sungguh gembira mendapat peluang itu. Rado ingin memberitahu Intan mengenai masalahnya sebelum Intan mendapat tahu dari orang lain. Apakah perasaan Intan apabila mengetahuinya nanti atau apakah Rado akan berasa berat hati untuk memberitahu Intan?


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 202 Part 1


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 202 Part 2


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 202 Part 3


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 202 Part 4

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima Saluran 105, http://www.sinemart.com, RCTI, adhie21: http://sinetron.forumco.com, luv cat: http://mforum.cari.com.my, http://sinetron.forumco.com, http://www.bigonblog.blogspot.com, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Intan)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by