Tuesday, March 10, 2009

SAMBUNGAN KISAH SINETRON INTAN EPISODE 189 YANG BERSIARAN PADA 10 MAC 2009, ISNIN DI ASTRO PRIMA SALURAN 105 PADA JAM 11.00 MALAM



(Gambar pelakon-pelakon yang membintangi sinetron Intan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 11.00 malam di Astro Prima Saluran 105 - Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarahdin Channel yang telah meluangkan masanya buat poster ini untuk shinystar)

Sambungan seterusnya kisah sinetron Intan yang bersiaran di Astro Prima pada 10 Mac 2009 jam 11.00 malam dan siaran ulangannya pada hari keesokannya pada jam 4.00 petang - Episode terkini: Sinopsis Intan terkini: Episode 189


Biodata/Profile Dude Harlino: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada sarah untuk poster Dude Harlino)

Nama Lahir: Dude Harlino (Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" yaitu tanggal kelahirannya - tanggal kelahirannya)

Tarikh Lahir: 2 Desember 1980 (umur 28)
Tempat Lahir: Indonesia, Jakarta
Tahun aktif: sejak 1999 - sekarang

Biodata/Profile pelakon-pelakon (pemain) sinetron Intan
Sambungan sinopsis sinetron Intan Episode 189 yang bersiaran di Astro Prima pada 10 Mac 2009 jam 11.00 malam:


Gambar dari petikan Intan Episode 189 Part 1

Part 1 - Wina terus dengan cadangannya mencari calon untuk anaknya, Rado tanpa menghiraukan Rado suka atau tidak. Rado memberitahu Rena bahawa dia boleh pergi ke tempat makan itu untuk menemani Intan dan dia akan membayarkan bil itu bagi pihaknya walaupun makanan di situ adalah mahal.


Gambar dari petikan Intan Episode 189 Part 2

Part 2 - Wina menerima panggilan daripada orang tengah, yang bernama Susi bahawa dia sudah menjumpai calon yang sesuai untuk dijadikan isteri "Kahwin Kontrak" untuk Rado. Nita, gadis yang menjadi pilihan Wina memberitahu teman lelakinya tentang apa yang dia terpaksa lakukan untuk menyelesaikan hutang ayahnya. Teman lelakinya tidak bersetuju dan membuat keputusan untuk berpisah dengan Nita. Nadine mimpikan tentang Ello lagi. Nadine memberitahu Arman bahawa Ello berpesan kepadanya dalam mimpi untuk menjaga Intan. Nadine mengambil keputusan untuk menjaga Intan dan tidak mahu sesiapapun menyakiti Intan.


Gambar dari petikan Intan Episode 189 Part 3

Part 3 - Nadine nampak Rena rasa muntah-muntah dan dia pergi membeli vitamin untuknya. Dalam perjalanan dia nampak Wina sedang berbincang dengan seorang gadis mengenai "Kahwin Kontrak". Nadine berasa marah dan simbah air ke muka Nita. Wina memberitahu Intan bahawa dia telah menemui calon yang sesuai untuk Rado dan namanya Nita. Wina meminta Intan memujuk Rado untuk bertemu dengan Nita.


Gambar dari petikan Intan Episode 189 Part 4

Part 4 - Intan cuba memujuk Rado tentang "Kahwin Kontrak" lagi dan Rado marahkah Intan kerana Intan sanggup melihat Rado bernikah dengan gadis lain. Rado meninggalkan Intan di situ dengan perasaan kecewa. Intan berasa sedih dan tidak tahu untuk melakukan apa lagi kerana dia juga tidak sanggup dimadu. Intan bertemu dengan neneknya, Ello dan Rangga. Intan amat rindukan mereka dan dia kesal semua itu adalah mimpi lagi.


Gambar dari petikan Intan Episode 189 Part 5

Part 5 - Romi memberitahu Romi dia tetap sayangkan Rena walau apapun. Rado mengadu kepada ayahnya bahawa dia berasa begitu kecewa terhadap Intan. Dr. Ardi pula memberitahu Rado bahawa dia melakukan semua itu kerana ada alasan terdesak. Dr. Ardi memberitahu anaknya, bahawa Wina adalah seorang yang keras kepala dan semua yang Intan lakukan pasti atas paksaan Wina. Kedudukan Intan kini juga terseksa sepertimana yang Rado alami juga menurut Dr. Ardi, ayahnya lagi. Rado akhirnya sedar bahawa Intan juga rasa tertekan dan berasa sedih. Rado pulang ke rumah dan menjumpai nota meminta maaf daripada Intan untuknya mengatakan dia sangat mencintai Rado. Dr. Ardi menasihati Wina untuk membatalkan keinginannya untuk menimang cucu dengan cara tersebut. Wina menelefon Rado untuk mengajaknya keluar berjumpa dengan Nita. Tetapi Rado enggan menjawab panggilan mamanya kerana dia tahu niat nya. Intan membaca nota meminta maaf yang ditulis oleh Rado bahawa dia juga sangat mencintainya selamanya. Kisahnya bersambung...

Sambungan kisah sinetron Intan Episode 189 Part 1


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 189 Part 2



Sambungan kisah sinetron Intan Episode 189 Part 3


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 189 Part 4


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 189 Part 5

Episode demi episode yang ditonton shinystar dalam sinetron Intan semakin mencemaskan dan menyayat hati. Shinystar tidak sabar lagi menunggu episode yang seterusnya dalam Episode 190 yang akan disiarkan pada hari Selasa, 11 Mac 2009 pada jam 11.00 malam. Sekian kemas kini ringkas dari sambungan sinetron Intan Episode 189 daripada shinystar untuk semua. Hingga bertemu lagi dalam kemaskini yang akan datang.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima Saluran 105, http://www.sinemart.com, RCTI, adhie21: http://sinetron.forumco.com, luv cat: http://mforum.cari.com.my, http://sinetron.forumco.com, http://www.bigonblog.blogspot.com, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Intan)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by