Wednesday, December 10, 2008

TUGASAN BARU UNTUK TIGA PASANGAN YANG MASIH KEKAL DALAM SEHATI BERDANSA MUSIM KEDUA UNTUK MINGGU KELAPAN - 8 DISEMBER 2008, ISNIN


Berita terbaru Detik Sehati Berdansa pada 8 Disember 2008:

Kini cuma tinggal tiga selebriti bersama pasangan masing-masing akan teruskan perjuangan dan cabaran mereka untuk menari pada hari Sabtu ini, 13 Disember 2008 setelah pasangan Sasha dan Salyo tersingkir semalam iaitu pada 7 Disember 2008 .

Detik Sehati Berdansa pada 8 Disember 2008 - Apakah tugasan 3 pasangan Sehati Berdansa pada minggu ini?

Di bawah yang berikut adalah tugasan baru bagi tiga pasangan yang masih kekal dalam Sehati Berdansa


Video klip Detik Sehati Berdansa pada 8 Disember 2008 - Tema Minggu Kelapan

Dalam Detik Sehati Berdansa yang disiarkan di Astro Ria (Saluran 104), cabaran untuk minggu kelapan telah diketahui. Minggu ini, pasangan diberi dua cabaran untuk mempersembahkan tarian Broadway dan Ballroom. Menariknya, mereka cuma ada tiga (3) hari untuk berlatih melaksanakan tugasan ini!

Berikut adalah lagu tugasan yang mengiringi persembahan mereka minggu ini:


Pasangan Amyza
Semalam (Sean Ghazi)
Bahasa Cinta (Vina PanduWinata)


Pasangan Khai
Kalis Rindu (Elyana)
Kasidah Cinta (Dewa)


Pasangan Lisda
Rahsia Perempuan (Dewa)
Gema Rembulan (Amy Mastura)

Untuk mengetahui samada tiga pasangan yang masih kekal ini mampu menggalas cabaran mereka, jangan lupa untuk terus Detik Sehati Berdansa setiap hari Isnin hingga Khamis, 6.00 petang dan 9.00 malam hanya di Astro Ria Saluran 104.


(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Ria, http://www.astro.com.my dan semua sumber atas maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by