Dibintangi oleh pelakon:
Nama: Ibnu Jamil
Tarikh Lahir: 30 April 1982
Umur: 26 tahun
Icha Nurbani,
Ichi Nuraini,
Maya Caroline
Sinopsis Salah Mencinta:
Saudara kembar yang bernama Shinta dan Shanti telah jatuh cinta pada pria yang sama bernama Fahri, namun Fahri tidak menyadari bahawa dia telah menjalin hubungan dengan saudara kembar tersebut. Siapakah yang akan memenangi hatinya akhirnya? Jangan lupa untuk terus mengikuti sinetron yang menarik ini.
It´s a story about Shinta and Shanti, twin sister who fall in love with the same guy named Fahri, but the guy himself doesn´t realized that he have a relationship with the twin sister. What will happen next? Who will win his heart ?
(Thank you and credits to: www.astro.com.my untuk maklumat Salah Mencinta).
Episod 1 "Salah Mencinta":
Kisah "Salah Mencinta" dimulakan dengan Shanti memakai baju sekolah kakak kembarnya, Shinta yang telah siap di gosokdan membiarkan baju sekolah yang ronyok untuk dipakai oleh kakaknya. Selepas itu sebelum pergi ke sekolah, Shanti menyamar sebagai shinta untuk mendapat wang belanja yang berlebihan daripada ayahnya.
Kelakuan kedua adik-beradik kembar Shanti dan Shinta amat berbeza. Shinta merupakan anak yang baik berbanding dengan Shanti. Sewaktu peperiksaan dijalankan, Shanti tidak tahu menjawab soalan. Sebaliknya shinta yang sudah siap menjawab semua soalan meminta izin daripada guru mereka untuk pergi ke bilik air. Sekembalinya dikelas, shinta mendapati Shanti telah duduk di tempatnya. Shati juga cemburu denga segala kejayaan yang diperolehi oleh Shinta.
12 tahun kemudian:
Walaupun dua belas tahun sudah berlalu namun kelakuan Shanti masih tidak berubah. Segala apa yang ada pada shinta pasti shanti akan cuba merampasnya. Dalam majlis Tahun Baru juga, teman Shinta dipikat oleh Shanti.
Pada suatu hari, seorang jejaka yang bernama Fahri ingin membeli lukisan shinta tiga kali ganda iaitu sebanyak 15 juta rupiah. Setelah membeli lukisan Shinta, Fahri ingin belanja Shinta makan tengahari sempena merayakan kejayaan Shinta menjual lukisan tersebut kepadanya tetapi Shinta menolak dengan alasan ada hal lain yang harus diuruskannya.
Ayah adik beradik kembar tersebut, tergesa-gesa keluar setelah menerima panggilan daripada seorang perempuan. Mungkinkah ayah mereka mempunyai perempuan simpanan di luar? Ibu Shanti menunggu kepulangan suaminya hingga lewat malam. Ayah Shanti pulang dalam keadaan mabuk. apabila ditanya oleh isterinya, katanya sebagai seorang isteri dia tidak boleh selalu mempunyai perasaan curiga. Ibu Shanti begitu kecewa apabila dia terjumpa seurat rambut wanita lain di baju suaminya.
Di dalam bilik, Shanti dengan sombongnya memberitahu kakaknya yang dia telah menemui lelaki idamanya(Fahri) tanpa mengetahui bahawa sebelum ini Shinta telah menjualkan satu lukisannya kepada Fahri dan Shinta sendiri juga telah tertarik kepada jejaka yang sama.
Fahri amat suka dengan lukisan Shinta. Fahri menemani Shinta pulang ke rumah. Ibu Fahri menya Fahri berkenaa dengan lukisan-lukisan yang telah dibelinya di pameran lukisan dan telah mengagak anaknya menaruh hati terhadap pelukis itu selain daripada lukisannya.
Episod pertama kisah "Salah Mencinta" berakhir apabila Fahri bertembung dengan Shinta di sebuah tempat makan. Apakah yang akan berlaku selepas itu.
Episod ke-2
Kisah "Salah Mencinta" yang disiarkan di Astro Aruna pada 9 Julai 2008 jam 1.00 petang menceritakan Fahri memberi satu cd kepada Sinta meluahkan perasaan terhadapnya tetapi sinta terus mematikan cd tersebut lalu mengambilnya dan terus keluar dari kereta Fahri.
Apabila Sinta tiba di rumah, dia mainkan kembali cd tersebut dan tersenyum seorang diri. Adakah Sinta akan membalas cinta Fahri? Di pejabat Encik Aryo, ayah kepada Sinta dan Santi ingin bertemu dengan peremuan simpanannya dan dia meminta rakan kongsinya untuk menggantikan tempatnya untuk menghadiri satu mesyuarat yang dianggap penting dengan wakil dari Australia mengenai perniagaan mereka. Tetapi rakan kongsinya pula membatalkan mesyuarat tersebut.
Santi meminta pertolongan daripada Tia, rakan karib Santi untuk memperkenalkan teman lelaki Sinta kepadanya dan memberi hadiah dan gelangnya sebagai ganjaran. Tia mengambil hadiah tersebut daripada Sinta tetapi bercadang untuk memperkenalkan teman lelaki yang palsu kepada Sinta. Namun begitu, rancangan Tia gagal dan Santi anggap itu adalah angkara Santi dan ingin membalas dendam terhadapnya.
Santi mendapat tahu Sinta akan memasuki pertandingan pameran lukisan pada hari keesokandan terlintas di hatinya untuk membuat sesuatu supaya Santi tidak akan menang.
Pertandingan pameran lukisan dimulakan dan tibalah giliran Sinta untuk membuka lukisannya. alangkah terkejutnya dia apabila lukisan tersebut telah ditukarkan dengan lukisan lucah. Sinta berasa malu dan dia diusir dari tempat pertangingan itu.
Fahri yang sedang memandu lalu di situ lalu turun dari kereta dan memujuknya sambil memberi sokongan moral kepadanya supaya dia tidak sedih lagi.
Ibu Sinta dan Santi cuba menegur Aryo, suaminya tentang hubungan sulitnya dengan perempuan lain. Sebaliknya Aryo pula yang menengkingnya meminta dia supaya diam.
Santi memperbodohkan Sinta apabila dia ingin mengikut adiknya ke kampus. Sewaktu menghadiri kelas, Sinta menerima sms daripada teman lelakinya, Fahri lalu meminta izin untuk keluar dengan alasan sakit kepala. Sinta berja dengan Fahri di luar dan diberinya hadiah sehelai baju merah yang cantik. Apabila Santi menanya Sinta siapa teman lelakinya, Santi enggan memberitahu Santi dan ini membuat Santi ingin lebih tahu lagi.
Setibanya di rumah, Santi mencuri baju pemberian Fahri kepada Sinta dan memakainya keluar berjalan-jalan di kompleks. Fahri ternampak Santi dan disangkanya Sinta yang memakai baju pemberiannya. Dengan perasaan yang gembira dia terus mendekati Santi dan mencium dahinya.
Santi begitu gembira apabila lelaki idamannya, Fahri telah menciumnya.
Episod ke-3:
Sinta mencari hadiah gaun merah pemberian Fahri kepadanya di merata tempat dalam kamar tidurnya. Mama Sinta memberitahunya yang dia ternampak adiknya Santi memakai gaun tersebut keluar rumah tadi. Sinta menunggu Santi pulang dalam bili Santi dan apabila Sinta meminta kembali gaunnya daripada Santi, didapatinya gaun tersebut telah terkoyak akibat perbuatan Santi.
Aryo kurang senang hati apabila rakan seperniaggannya, Iwan memberitahunyabahawa anaknya Dodi akan bekerja dalam syarikat mereka. Perhubungan Dodi dan Fahri adalah sepupu dimana Iwan adalah adik kepada ayah Fahri. Fahri mengikut ibunya pergi melawat Dodi apabila mendapat tahu Dodi baru sahaja pulang dari seberang laut tetapi kedatangan mereka sia-sia sahaja dan mereka telah diusir oleh Iwan, ayah Dodi.
Sofi keluar rumah dengan alasan ingin berjumpa dengan doktor dan meminta suaminya, Ferdi menemani anak mereka, Fino untuk berenang. Ferdi terasa sesuatu yang tidak kena pada isterinya lalu menelefon doktor untuk mendapat kepastian samada Sofi benar-benar pergi berjumpa dengannya. Dia hampa apabila terbukti Sofi telah menipunya. Ferdi juga berasa sesuatu yang ganjil mengenai kelakuan isterinya sejak kebelakangan.
Fahri pergi ke rumah Sinta memabawa kek dan hadiah untuk Sinta lewat malam kerana dia mahu menjadi orang yang pertama menyambut Hari jadi Sinta sepertimana yang telah dijanjikannya kepada Sinta. Santi begitu gembira dengan kedatangan Fahri.
Ibu Tia sakit tenat dan Tia terpaksa membatalkan hasratnya untuk menghadiri majlis Hari Jadi Sinta. Dodi pula tiba-tiba melamar Sinta di majlis Hari Jadi Sinta dan Santi. Apakah yang akan berlaku selepas ini? Adakah Santi akan menerima lamaran Dodi yang tidak pernah dia ketahui sebelum ini?
Kisah sinetron Salah Mencinta berakhir di sini dan akan bersambung pada hari keesokannya pada waktu yang sama. Jangan lupa untuk terus mengikutinya untuk mengetahui apakah reaksi Dodi seandainya Sinta menolak lamarannya nanti?
Episod ke-4
Sinta begitu sedih dan menangis teresak-esak sekembalinya ke kamar tidurnya kerana Aryo, ayahnya telah menerima lamaran Dodi. Santi meminta Dodi usah risaukan Sinta yang tiba-tiba meninggalkan majlis harijadi mereka. Menurutnya lagi, pasti Santi akan menerima lamaran Dodi itu.
Iwan gembira anaknya, dodi berjaya membuat Argo menerima lamarannya kepada Sinta. Sofi terserempak dengan Ferdi, suaminya berdekatan dengan kediaman keluarga Aryo dan kerana ketakutan suaminya akan mengesyaki mengenai perhubungan sulitnya dengan Aryo dia cepat-cepat beredar dari situ.
Sinta membuat satu perjanjian pertemuan dengan Dodi sebelum dia ke kampus. Dalam pertemuan itu, dia telah meminta Dodi memutuskan lamaran perkahwinannya kepadanya kerana dia mencintai lelaki yang lain. Dodi kurang senang hati mengenai hal ini. Dodi terjumpa telefon bimbit yang telah Santi tinggal sewaktu tergesa-gesa meninggalkan tempat itu. Dodi mendapat tahu sememangnya Sinta telah mempunyai seorang kekasih yang lain dan mempunyai rancangan sendiri untuk merosakkan perhubungan ini.
Sementara waktu pula, Ferdi telah mengupah seorang penyiasatan(detektif) peribadi untuk mengawasi gerak-geri isterinya, Sofi. Tia sahabat karib Santi jatuh hati kepada Dodi secara senyap.
Episod 5
Santi memikirkan satu rancangan bagaimana untuk mencegah Sinta dan Fahri daripada terus berhubung. Sinta mencuri telefon bimbit Sinta dan apabila ibunya nampak dia keluar dari bilik Sinta dia membohongi ibunya bahawa dia berasa bersalah terhadap Sinta dan ingin meminta maaf daripadanya tetapi mendapati Sinta telah tidur.
Ibu Tia menasihati Tia agar dia tidak jatuh ke dalam perangkap Dodi tetapi Tia tidak mengendahkan kata nasihat ibunya sebaliknya dia membuat janji temu. Santi menelefon Fahri lewat malam berkenaan dengan hasratnya ingin bertemu dengan Fahri.
Keesokan harinya, Sinta mencari telefon bimbitnya yang telah hilang. Dia baru sedar akan kehilangan telefon bimbitnya apabila dia tidak mendapat sebarang berita daripada Fahri.
Apabila Sinta ingin mengambil balik telefon bimbitnya daripada Santi, Santi tidak mengaku dan sebaliknya menghalaunya dari kamarnya.
Aryo mengajak Sofi untuk pergi bercuti bersamanya di puncak. Sofi terpaksa memberi alasan agar Ferdi, suaminya tidak mencurigainya.
Tia dan Dodi keluar bersama tetapi Dodi tidak menaruh hati kepada Tia dan cuma ingin mempergunakannya sebagai kekasih sampingan.
Sementara waktu pula, Fahri terkejut dan seakan tidak percaya kerana Sinta(Santi yang menyamar sebagai kakak kembarnya, Sinta) telah bertukar menjadi seorang yang berperwatakan lain daripada Sinta yang dikenalinya selama ini.
Episod ke-6
Santi terus menyamar dan merosakkan imej Sinta dengan menghantar sms yang membangkitkan kemarahan Fahri yang mengandungi unsur-unsur Shila bukannya seorang gadis yang baik seperti yang disangkakan oleh Fahri.
Santi menerlefon Dodi untuk janji temu dengan memberitahu Dodi ada hal mustahak yang ingin dibincangkannya. Apabila ditanya ayah Dodi yang dia boleh menjadikan Sinta sebagai isteri dan Santi sebagai teman wanitanya, Dodi berkata, Santi bukanlah gadis sebarangan.
Fahri memeberitahu ibunya dia tidak menyangka bahawa Sinta yang difikirkan seorang gadis pemalu terbukti mempunyai perangai sebaliknya dan dia membiat keputusan tidak akan bertemu dengan Sinta lagi. Ibunya menasihati anaknya, Fahri supaya tidak menilai sesuatu daripada zahir sahaja tetapi lebih menitik beratkan dari semua sudut kerana semua insan di dunia ini tidak sempurna.
Aryo menjelaskan kepada isterinya dia mempunyai mesyuarat penting yang harus dihadiri selama dua hari apabila ditanya ke mana dia mahu pergi. Aryo kurang gembira apabila isterinya seperti tidak mempercayainya. Apabila berserempak dengan ayahnya, Santi meminta ayahnya mempercepatkan lagi perkahwinan kakaknya Sinta dengan Dodi.
Fino tidak rela mamanya, Sofi meninggalkannya di rumah selama dua hari. Ferdi meminta sofi teruskan perjalanannya dan waktu yang sama meminta nombor telefon kawan Sofi supaya dia dapat menghubunginya. Sebaliknya Sofi mengatakan dia boleh dihubungi dengan handfone sahaja.
Sewaktu makan malam, Santi tidak mengaku bahawa dia telah mengunci Sinta dalam kamar. Selain itu dia terus berdalih yang dia mengambil handfone Sinta. Sinta dan mama mereka tidak percaya lalu memeriksa kamar Santi tetapi tidak menjumpai handfone Sinta. Sebenarnya Sinta telah menyembunyikan handfone untuk terus menghubungi Fahri
Episod ke-7
Kisah hari ini bermula dengan Tia memberitahu mamanya bahawa dia telah menemui cinta sejati dan kebahagiaannya bersama Dodi.Pada mulanya mamanya agaka terkejut apabila mengetahui lelaki yang dimaksudkan Tia adalah Dodi tetapi apabila dia melihat betapa gembiranya Tia, dia terpakasa turut tumpang gembira.
Santi membawa pulang gaun pengantin dan menunjukkan kepada mamanya dan Sinta. Santi yang yang berjiwa jahat itu mengatakan bahawa gaun pengantin itu adalah tempahan untuk perkahwinan Sinta dengan Dodi.
Santi menyamar sebagai Sinta dan menelefon Dodi di depan Fahri di sebuah kafetaria. Fahri berasa marah mendengar perbualan mengenai kata-kata buruk mengenainya, Fahri marah dan terus memukul Dodi. Nin meminta abangnya, Fahri meninggalkan Jakarta supaya dapat melupakan Sinta. Tetapi menurut Fahri dia boleh buktikan bahwa dia dapat melupakan Sinta tanpa pergi dari Jakarta.
Untuk mengelakkan daripada Sinta bertemu dengan Tia yang ingin memberitahunya tentang masalah cintanya dengan Fahri, Dodi membuat janji temu dengan Tia pada waktu yang sama lalu dengan memberitahu Tia bahawa ada "surprise" (kejutan)untuknya. Apabila Tia bertemu dengan Dodi, Dodi menghadiahkan seutas kalung yang cantik untuk Tia. Tia begitu terharu dan gembiran sewaktu menerimanya dan ingat bahawa Dodi benar-benar mencintainya.
Encik Iwan melawat keluarga Sinta dan menjemput mereka sekeluarga makan malam bersama. Sinta terpakasa pergi juga walaupun agak keberatan. Selepas selesainya makan malam di rumah Dodi, Dodi meminta kebenaran mama Sinta untuk menunjukkan tempat kediamannya kepada Sinta. Mama Sinta memberi kebenaran. Walaupun tidak suka, Sinta terpaksa menurut kehendak Dodi.
Apabila mereka berada di dalam bilik Dodi, Dodi cuba mencium Sinta tetapi sewaktu bergelutan Sinta berjaya melepaskan diri daripada Dodi dan terus keluar dari kamar tersebut. Kejadian ini dilihat begitu sahaj oleh Santi yang cuma berdiam diri.
Fahri diserang oleh sekumpulan penjahat yang diupah oleh Dodi dalam perjalanan pulang. Adiknya risau akan abangnya yang masih belum pulang walaupun sudah subuh. Apabila Fahri tersedar, dia mendapati dirinya berada di hospita(rumah sakit) dan menurut jururawat yang sedang merawatnya, mujur ada seorang gadis yang sempat menyelamatkannya. Apabila Fahri mendapat tahu gadis yang telah menyelamatkannya adalah Santi dia amat berterima kasih kepadanya.
Episod Ke-8 dan ke-9
Fahri dan ibunya memuji Santi seorang yang baik setelah Santi menyelamatkah Fahri tempoh hari. Sofi dan Aryo masih bercuti di puncak. Sewaktu mereka sedang bermesra apabila gambar mereka diambil oleh seseorang.
Aryo kelihatan risau sekembalinya dari puncak. Dia begitu risau tentang perhubungan nya dengan Sofi dikesan. Sinta meminta papanya menunda tarikh perkahwinannya dengan Dodi sehingga dia telah tamat darikuliah. Tetapi dengan perasaan marah Aryo mengatakan bahawa perkahwinan itu harus diteruskan dengan segera untuk mengelakkannya daripada bergaul dengan lelaki jahat (Fahri yang disangka papanya jahat akibat kata-kata buruk daripada Santi mengenainya)
Mama Fahri menyambut kedatangan Santi dengan gembira dan memberitahu Santi bahawa walaupun Sinta dan Santi adalah saudara kembar tetapi perwatakan mereka amat berbeza dimana Santi jauh lebiah baik daripada Sinta yang telah melukakan hati Fahri dengan dalam.
Iwan dan Aryo berbincang mengenai perkahwinan Dodi dengan Sinta. Sinta yang sedang bersedih memberitahu mamanya bahawa dalam hatinya cuma ada Fahri dan dia tidak mahu berkahwin dengan Dodi dan dia lebih rela mati daripada mengahwininya.
Tia tidak berada di rumah sewaktu Sinta melawatnya. Mira, mama Tia menjelaskan bahawa Tia telah keluar kota. Santi yang jahat itu memburuk-burukkan tentan mamanya didepan Fahri dengan mengatakan bahawa Sinta menghidapi penyakit mental hasil gen daripada mama mereka. Dengan beitu senang sahaja Fahri mempercayai kata-kata bohong daripada Santi.
Sinta hairan melihat Tia dan mamanya, Mira di pusat membeli belah sedangkan dia diberitahu oleh Mira bahawa Tia telah keluar kota. Sinta terus hairan dengan sikap Tia yang menjauhinya. Asti berjumpa dengan ibu Fahri mengenai perhubungan Sinta dan Fahri tetapi menurut mama Fahri perhubungan mereka sudah putus dan dia tidak mahu masuk campur dalam soal cinta anaknya, Fahri.
Sinta sedih apabila semua orang seperti menghindari daripadanya termasuk Tia. Pada mulanya Fahri dan kini Tia pula. Mira melawat Sinta dan sewaktu lawatan tersebut, Sinta telah memberitahu Mira yang dia tidak mahu mengahwini Dodi yang akan berlangsung dalam 10 hari lagi. Mira memberitahu hal ini kepada anaknya, Tia dan Tia tidak dapat menerima kenyataan yang Dodi cuma mempermainkannya dan cuma tergila-gilakan Sinta seorang sahaja.
Santi memberi satu kejutan kepada Fahri dengan mengadakan sambutan Hari Kelahiran Fahri antara mereka berdua di sebuah restoran. Fahri amat berterima kasih dan terharu dengan sambutan itu.
Di luar restoran Sinta ternampak Santi dan Fahri berpelukan dan dia begitu sedih. Setelah Sinta beredar dari situ, dia meminta Fahri untuk memberinya 2 minit sahaja untuk menjelaskan tentang mereka berdua tetapi Fahri enggan mendengar apa jua yang hendak dilafazkan oleh sinta lagi dan terus memandu pergi dari tempat itu.
Dalam pertengahan mesyuarat, Tia meluru masuk dan ingin Dodi menjelaskan kepadanya kenapa dia harus mengahwini Sinta. Dodi memberi Tia berbagai alasan yang dia cuma mencintai Tia seorang dan dia telah dipaksa berkahwin dengan Sinta supaya Aryo, papa Santi akan mengembalikan wang kembali yang sepatutnya kepunyaan papanya sekiranya dia berjanji untuk berkahwin dengan Sinta. Dodi juga memberitahu Tia dia akan mengahwini dia setelah wang tersebut telah dikembalikan kepada papanya, Iwan. Tia mempercayai Dodi yang sedang berbohong dengannya.
Sinta menulis surat kepada Fahri kerana dia tidak ingin bersua muka dengannya. Oleh itu, mamanya, berkata dengan cara itu sahaja yang akan buat Fahri mengerti setelah membaca suratnya. Sebelum sempat suratnya diposkan, Santi telah mengambilnya daripada satpam mereka. Santi menyamar sebagai Fahri dan membalas surat tersebut dengan isi kandungan bahawa perhubungan Fahri dan Sinta terpaksa ditamatkan kerana Fahri telah jatuh hati kepada Santi.
Akhirnya Fahri menerima cinta Santi setelah mendapat sokongan daripada adiknya dan mamanya.
Sinta menangis teresak-esak setelah membaca surat itu tetapi pada suatu hari dia mendapati bahawa tulisan surat itu adalah berbeza daripada tulisan sebenar Fahri. Dia terpaksa menyamar sebagai Santi supaya dia boleh berjumpa dengan Fahri. Fahri tidak dapat mengecamnya dan Sinta memberi Fahri surat yang diterimanya tempoh hari.
Fahri mengatakan bahawa dia tidak pernah menulis surat tersebut. Sinta menjelaskan kepada Fahri bahawa dia adalah Sinta yang telah menyamar sebagai adiknya Santi untuk berjumpa dengannya dan terus menjelaskan lagi bahwa Santi telah menyamar sebagainya dan melakukan sesuatu yang tidak baik menyebabkan Fahri benci kepadanya.
Episod 10
Akhirnya Sinta berjaya memastikan bahawa Santi telah menyamar sebagai dia selama ini dan merampas Fahri daripadanya. Fahri meminta maaf atas semua kesalahannya yang telah membuat Sinta terluka dengan kata-katanya yang kasar tempoh hari.
Santi memberitahu Dodi betapa gembiranya dia apabila Fahri telah menelefonnya untuk bertemu dan memulakan perhubungan mereka sebagai kekasih. Dodi tumpang gembira untuk Santi.
Iwan upah dengan seseorang untuk menyingkirkan Tia daripada hidup anaknya, Dodi. Tia sedih kerana Dodi tidak mahu berhenti walaupun Tia ternampaknya di jalan. Tia takut dikhianati oleh Dodi. Mira memujuk anaknya dan cuba menasihatinya supaya mengakhiri sahaja perhubungannya dengan Dodi. Tetapi masalahnya adalah Tia telah mengandungkan anak Dodi. Mira begitu marah dan sedih atas tingkah laku anaknyadan Mira meminta Tia untuk mencari Dodi hingga dapat dan berkahwin dengan segera.
Santi berjumpa dengan Fahri. Dia cuba memburuk-burukkan Sinta di depan Fahri tetapi Sinta muncul pada masa itu dan akhirnya Santi terus memberitahu Fahri dia akan cuba sedaya yang boleh untuk mendapatkan cinta Fahri kembali walau dengan cara apa sekalipun.
Santi pulang ke rumah dia masuk ke dalam kamar Sinta dan mencampak semua barang kepunyaan Sinta di merata tempat dan berjanji akan membuat hidup Sinta menderita. Mamanya cuba menasihatinya tetapi Santi enggan mendengar nasihat mamanya.
Sinta khuatir Santi tidak akan melepaskannya begitu sahaja dan pasti dia akan membalas dendam terhadapnya selepas apa yang telah berlaku. Fahri memujuk Sinta bahawa dia akan sentiasa berada di sisinya dan berjanji akan menjaga diri dengan baik.
Sinta mendapati kamarnya bersepah dibuat oleh Santi. Dia risau Santi akan membalas dendam terhadapnya. Fahri memberitahu mamanya dan adiknya bahawa apa yang telah berlaku kepada Sinta dan Santi. Mamanya tidak sangka Santi akan berkelakuan sebegitu terhadap saudara kembarnya sendiri.
Tia memberitahu Dodi dia telah mengandungkan anaknya dan Dodi berpura-pura ingin bernikah dengannya dengan segera. Dodi membubuh sesuatu dalam minuman Tia. Tidak lama kemudian Tia tidak sedarkan diri.
Santi tidak putus asa dan cuba memburukkan Sinta di depan Fahri tetapi Fahri tidak percayakan Santi lagi dan menghalaunya keluar dari pejabatnya. Sofi terus diugut oleh penyiasat peribadi Ferdi untuk memberi wang 40 juta rupiah supaya gambarnya tidak diedarkan.
Aryo terkejut bahawa Sofi sudah bersuami tetapi dia berjanji tidak akan meninggalkannya kerana dia amat menyayanginya. Dodi menunjukkan gambar Tia ditiduri oleh lelaki lain dan memberitahu Tia kemungkinan bayi yang dikandung Tia bukan dia yang punya.
Sinta memberitahu Tia bahawa gambar lelaki yang meniduri Tia adalah Andre yang pernah memikat Santi suatu ketika dahulu tetapi Santi tidak mencintainya. Sinta memujuk Tia dan mereka pergi berjumpa dengan Fahri tentang hal ini. Fahri mempunyai rancangan. Apakah rancangan Fahri?
0 comments :
Post a Comment