Tuesday, September 2, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU YANG TERKINI DALAM EPISOD KE-55 YANG DISIARKAN PADA 2 SEPTEMBER 2008 SELASA PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH TERKINI SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-55 YANG DISIARKAN PADA 2 SEPTEMBER 2008, SELASA PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3

Lirik Lagu Alhamdulillah OST Sinetron Anakku Bukan Anakku

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan


Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Dude Harlino sebagai Taufan
Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta
Dinda Kenyadewi



Noni: Wajahnya... seperti aku. Siapa dia? Dia dah pergi?



Tatia: Ada orang memakai topeng seperti aku.

Sambungan kisah sinetron Anakku Bukan Anakku pada 2 September 2008, jam 2.30 petang hingga 3.30 petang di TV3 dalam slot sinetron:


Episod 55 - 1

Nico: Kenapa dengan awak Tatia?
Noni: Tak ada apa-apa.
Nico: Bagaimana awak boleh melepaskan diri semasa di landasan keretapi?
Noni: Landasan keretapi?
Nico: Ya, sewaktu Bayu memukul kepala awak.
Noni: Bayu?
Nico: Bayu yang melakukannya kan?
Vivian: Abang bersabarlah dahulu, mungkin Tatia masih kepenatan. Biar dia berehat dulu.
Vivian: Awak dah makan?
Noni: Saya tak lapar.
Vivian: Abang, tolong ambilkan makanan untuk Tatia.
Nico: Rasanya masih ada piza di oven. Abang akan ambilkannya.
Vivian: Abang, ambilkan air juga.
Nico: Baiklah sekejap.



Vivian: Syukurlah akhirnya awak pulang ke rumah ini... setelah berbulan-bulan lamanya. Tadi makcik terlalu risau. Makcik fikir Bayu telah membunuh awak. Tetapi syukurlah. Allah masih menjaga awak. Walaupun awak memakai topeng, namun makcik dapat melihat wajah awak di sebalik topeng ini. Malam nanti awak boleh membuka topeng. Semasa kita duduk berdua.


Tatia: Kasihan pada Mak Cik Vivian dan Pak Cik Nico. Mereka ingat gadis itu adalah saya.

Vivian dan Nico menyangka bahawa gadis itu adalah Tatia yang telah memakai topeng. Tatia terpaksa beredar dari situ selepas membuka topengnya.


Rona: Betul bang, sekarang dia berada berhampiran dengan api.
Bayu: Bagaimana sekiranya dia terbakar?
Rona: Itulah yang saya mahu. Saya mahu bakar dia hidup-hidup.
Bayu: Bagaimana sekiranya ada orang yang ternampak dia, Rona.
Rona: Bertenanglah. Percaya pada saya. Tiada sesiapapun yang ternampak. Tadi saya pukul dia sepantas kilat dan saya terus lari.
Bayu: Jadi, sekarang dia bersendirian berhampiran api itu.
Rona: Bang, jika dia tak mati dan tak terbakar, itu bermakna dia akan terus masuk ke hospital kan?


Rona memberitahu Bayu bahawa Vivian mungkin telah mati terbakar di dapur akibat perbuatannya. Mereka terkejut melihat bahawa sebenarnya Vivian masih hidup lagi.


Bayu: Saya tak dengar jeritan sesiapa.
Rona: Mungkin tiada orang tahu dia dah terbakar. Abang sendiri tahu kan... Nico sentiasa tutup rapat pintu biliknya. Adel pula, memang pemalas.
Bayu: Bagaimana yang satu lagi?
Rona: Tadi saya nampak dia keluar mencuci kereta Nico.


Rona: Abang, kenapa menghidu-hidu seperti anjing?
Bayu: Saya hidu ada bau terbakar atau tidak.
Rona: Apa bang?
Bayu: Kalau sesuatu terbakar mesti kita terhidu baunya.
Rona: Betul juga, bang.
Rona: Tak mungkin secepat itu. Mungkin tangannya baru terbakar.


Bayu terdengar jeritan Adel dari dapur dan dia cepat-cepat turun ke bawah bersama Rona untuk melihat sekiranya Vivian telah mati terbakar. Mereka berdua berasa hampa apabila apa yang mereka lihat di dapur cumalah Adel yang sedang makan piza. Nico dan Vivian keluar dari kamar mereka untuk melihat apa yang telah berlaku setelah mendengar jeritan bising.

Adel hampir sempat mengejar Tatia yang cuba lari dari pandangannya dengan memakai topeng. Tetapi Tatia terselamat dari dikejar oleh Adel.

Gadis yang mempunyai wajah yang serupa dengan topeng Tatia hairan siapakah Tatia. Vivian mengetuk pintu bilik air bertanyakan khabar Tatia yang masih berada di dalam bilik air. Vivian dan Nico tidak mahu sesiapapun termasuk Bayu tahu bahawa Tatia memakai topeng.


Episod 55 - 2


Episod 55 - 3

Vivian bertanya bilakah masanya mereka baru boleh menghalau Bayu dan Rona dan menurut Nico dia sedang berusaha dalam hal itu. Vivian tidak sabar lagi menantikan saat itu hingga dia berlinangan air mata. Vivian khuatir Rona dan Bayu akan mengambil alih rumah itu. Gadis itu terus berbisik pada dirinya kenapa dia harus berada di situ dan kenapa Nico dan Vivian menganggapnya Tatia.

Bayu mengintip dari jendela kamar Nico dan dia menyangka bahawa pencuri itu adalah Tatia. Tatia terdengar Bayu bercakap sendirian bahawa dia telah tahu bahawa Tatia memakai topeng. Bayu membawa Adel pergi ke jendela kamar Nico dan Adel terkejut bagaimana Tatia boleh berada di dalam kamar Nico dan telah bertukar pakaian begitu cepat.


Episod 55 - 4

Luci tertanya-tanya apakah keuntungan yang boleh Bayu dan Rona perolehi sekiranya Adel berkahwin dengan Rafli dan kenapa pula dia begitu harapkan anaknya, Tatia mati. Luci terkenang kembali masa silam kenapa mereka sanggup membunuh anak mereka sendiri. Luci mendapatkan kesimpulan bahawa adakah mereka akan mendapat keuntungan daripada semua ini dan dia bercadang untuk menanya Adel tentang hal ini.

Luci menelefon Adel dan Adel memberitahu Luci bahawa Tatia masih hidup dan sekarang dia berada bersama Nico dan Vivian. Dia berkata bahawa Tatia bertuah dan berjaya terselamat.Luci ingin memberitahu Adel sesuatu mengenai Bayu. Luci menipu Adel Bayu meminta wang daripadanya dengan alasan Bayu ingin memberitahunya tentang Adel. Ian mencuri dengar perbualan Luci dengan Adel dan dia ingin memberitahu Rafli tentang hal ini.

Rafli menerima panggilan daripada papanya dan dia diberitahu bahawa Tatia berada di rumah Nico. Rafli gembira mendapat berita tersebut dan dia memandu ke rumah Nico. Bayu memberitahu Rona bahawa dia ingin menangkap dan memotong leher Tatia. Bayu menunggu masa waktu Tatia untuk keluar dari kamar Nico. Pencuri itu bercadang untuk menyelinap keluar dari kamar Nico sewaktu Vivian telah tidur dan Nico sedang mandi.

Adel ternampak gadis(yang disangka Adel adalah Tatia) itu keluar dari kamar Nico dan dia memberitahu Bayu mengenai hal itu. Nico mengejutkan Vivian dan bertanya di mana Tatia berada. Vivian berkata tadi dia berada bersamanya. Vivian khuatir Bayu akan mendapat tahu tentang hal ini tetapi menurut Nico Bayu masih belum tahu tentang topeng itu.


Tatia dan gadis itu bertembung sekali lagi.

Noni: Kamu...
Tatia: Ya, ini aku.
Tatia: Aku Tatia.
Tatia: Kamu siapa?
Noni: Aku Noni.

Selepas Noni memperkenalkan dirinya, tiba-tiba Tatia memberi satu tamparan ke arah muka Noni. Adakah Noni akan membalas dengan satu tumbukan ke arah Tatia juga?





Untuk mengetahui kisah selanjutnya jangan lupa untuk mengikuti sinetron Anakku Bukan Anakku dalam episod 56 pada hari Rabu, 3 September 2008, jam 2.30 petang hingga 3.30petang.

Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September, 18 September 2008

Sekian daripada sapphire blu untuk semua.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada tv3.com.my)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by