Wednesday, August 6, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU YANG TERKINI DALAM EPISOD KE-40 YANG DISIARKAN PADA 6 OGOS 2008, RABU PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH TERKINI SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-40 YANG DISIARKAN PADA6 OGOS 2008, RABU PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3

Lirik Lagu Alhamdulillah [OST Sinetron Anakku Bukan Anakku

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan


Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Dude Harlino sebagai Taufan
Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta

EPISOD 40:

Nico bertanya kepada Adel kenapa Bayu dan Rona berada dalam kamarnya. Dia meminta Adel turun ke tingkat bawah untuk menemui mamanya, Vivian yang telah mula sedar semula.

Rakan-rakan Rafli memintanya untuk mencari Tatia dengan segera walaupun Rafli memberitahu mereka bahawa dia cuma akan pergi menemui Tatia esok pagi. Rafli memastikan mereka dia akan pergi bersama mereka untuk menjemput Tatia esok.

Doktor memberitahu Nico bahawa isterinnya telah mula sedar. Adel pula risau Vivian akan membocorkan rahsianya mengenai panggilan telefon antara dia dengan Luci mengenai Tatia yang masih hidup. Untuk mencegah daripada diketahui Nico mengenai hal ini, dia memikirkan apa yang harus dilakukannya.

Luci mengambil lampu suluh dari biliknya setelah suaminya tidur nyenyak dan masuk ke kamar Rafli dengan harapan untuk mendapatkan alamat di mana Tatia berada. Dia mencari dompet Rafli di laci tetapi tidak terjumpa tetapi akhirnya dia begitu gembira apabila menjumpai dompet Rafli di bawah bantalnya. Sewaktu Luci beredar dari bili Rafli dia tertinggal lampu suluhnya di situ.

Vivian sedar semula. Apabila Nico ingin memanggil Adel untuk bertemu dengannya, Vivian tidak mahu. Adel risau Vivian akan memberitahu mengenai halnya kepada Nico. Nico meminta Fatimah mengambil air untuk Vivian. Sewaktu di dapur, Fatimah memberitahu Adel bahawa Vivian ada sesuatu yang ingin diberitahunya kepada Nico hingga Vivian melarang Nico memanggil Adel bertemu dengannya.

Fatimah memberi air yang telah dibubuh ramuan ubat dengan dos dua kali ganda tinggi oleh Adel kepada Vivian dan meminta Vivian menghabiskannya dengan alasan bahawa dia memerlukan lebih air.

Ian pergi ke kamar Rafli untuk selimutkannya. Dia terlanggar lampu suluh di atas lantai dan mengesyaki bahawa Luci telah tahu sesuatu tentang alamat yang telah mereka dapatkan di balai polis untuk mencari Tatia.

Luci menelefon Adel dan memberinya alamat di mana Tatia berada. Selepas itu, dia pura-pura tidur untuk mengelakkan suaminya curiga terhadapnya. Nenek Taufan risau dengan keadaan Nur(Tatia) dan khuatir Tatia pasti akan meninggalkan mereka. Dia tidak mahu kehilangan Tatia begitu sahaja.

Adel memberi alamat Taufan/Tatia yang terletak di Bogor. Bayu berjanji kepada anaknya, Adel dia akan melakukan apa sahaja demi kebahagiaan Adel. Nico bertaya kepada doktor apakah sebenarnya sakit isterinya tetapi menurut doktor lagi, dia harus melakukan beberapa ujian dahulu sebelum mengetahui keputusannya.

Vivian cuba memberitahu memberitahu suaminya mengenai perbualan panggilan telefon yang dia telah terdengar sebelum dia pengsan tetapi badannya terlalu lemah dan dia pengsan selepas itu.

Tatia sedar semula dan ingat apa yang terjadi sebelum dia jatuh ke dalam sungai. Dia terkejut apabila kalendar menunukkan bahawa sudah 12 April sementara apa yang diingatinya adalah dia dan teman-temannya telah pergi ke puncak(gunung) pada 25 Februari. Ini bermakna masa sudah berlalu selama dua bulan lamanya.

Taufan menerima panggilan daripada doktor bahawa Nur(Tatia) sudah sedar semula. Edo, Rosi(syaitan) dan rakan-rakannya yang lain menyamar sebagai pekerja hospital dengan rancangan untuk menculik Tatia sebelum Taufan sampai di rumah sakit(hospital).

Dalam perjalanan keluar dari rumah mereka, Rafli tiba bersama-sama dengan rakannya yang lain dan dia memperkenalkan dirinya kepada Taufan. Episod 40 berakhir di sini dan akan bersambung dalam episod seterusnya pada hari esok di TV3 melalui slot sinetron Anakku Bukan Anakku.

Untuk mengetahui kisah selanjut ini, jangan lupa untuk terus mengikuti sinetron Anakku Bukan Anakku dalam episod 40 pada hari esok jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.



Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September 2008.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by