Tuesday, August 5, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU YANG TERKINI DALAM EPISOD KE-39 YANG DISIARKAN PADA 5 OGOS 2008, SELASA PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


SAMBUNGAN KISAH TERKINI SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-39 YANG DISIARKAN PADA5 OGOS 2008, SELASA PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3

Lirik Lagu Alhamdulillah [OST Sinetron Anakku Bukan Anakku

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan



Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi sebagai Adel
Dude Harlino sebagai Taufan
Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Vicky Burki sebagai Syaitan
Femmy Permatasari sebagai Luci
Ana Pinem sebagai Rona
Boy Irshandi sebagai Ian
Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Him Damsyik sebagai Pengemis Buta




Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 39 bahagian 1-5


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 39 bahagian 2-5


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 39 bahagian 3-5


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 39 bahagian 4-5


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 39 bahagian 5-5

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada badaimimpi Channel atas sumber video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 39 bahagian 1 hingga 5)

Episod 39

Tatia sedar semula sewaktu dirawat di rumah sakit. Dia cuma teringat bahawa dia telah ditolah oleh seseorang ke dalam sungai dan juga Rafli sedang menunggunya di puncak. Tetapi dia langsung tidak ingat siapa Taufan dan semua orang yang telah menziarahinya ( yang telah tinggal bersamanya selepas dia diselamatkan oleh Taufan).

Doktor memberitahu Nico bahwa Vivian akan beransur pulih dan telah stabil keadaannya. Nico kemudiannya menceritakan kepada doktor tersebut apa yang telah menyebabkan Vivian pengsan. Adel khuatir apabila dia mendapat tahu Vivian pengsan akibat terdengar perbualannya dan Luci. Dia segera menelefon Bayu dan Rona untuk pergi ke kamarnya.

Setelah Tatia ditinggalkan bersendirian dengan seorang jururawat sahaja, Yosi(syaitan), Edo dan rakan-rakannya pergi ke tempat di mana Tatia sedang dirawat dan mempunyai rancangan untuk menculik dan membawa Tatia keluar dari situ. Tetapi rancangan mereka harus tergendala kerana jururawat masih berada di situ. JUrurwat tersebut juga memberitahu mereka bahawa Tatia tidak ingat lagi dengan orang yang dia tinggal bersama.

Di pejabat doktor, Taufan dan neneknya diberitahu bahawa kemungkinan Tatia akan ingat mereka semula apabila sedar esok pagi. Taufan ingin menemani Tatia tetapi doktor meminta mereka pulang sahaja kerana mengikut katanya, dia telah memberi suntikan dos ubat yang tinggi kepada Tatia dan dia cuma akan sedar esok pagi.

Fatimah dengan senyap pergi ke kamar Timo dan dia memberitahunya dia akan menolongnya. Adel dan Luci berbincang melalui telefon bimbit bagaimana hendak mendapatkan alamat Tatia.

Di balai polis, Rafli dan Ian, papanya berjaya mendapat maklumat mengenai alamat Taufan dari nombor plat kenderaannya. Mereka pulang dengan gembira. Papanya memberitahu Rafli menyimpan alamat itu di tempat yang selamat. Luci nampak Rafli menyimpannya di dompet dan dia bercadang untuk mengambil daripada Rafli setelah dia tidur nanti.

Bayu memberitahu Adel dia akan membunuh Tatia lagi untuk kali keduanya. Menurut Bayu Tatia harus mati. Dengan sombongnya dia memberitahu Adel bahawa sejak lahir dia adalah seorang yang berdarah sejuk. Walaupun dia harus berjuang dengan mengorbankan nyawa, Tatia mesti mati.

Sekali lagi Rona ternampak bayang seseorang di pintu kamar Adel. Bayu mengambil raket tenis dan membuka pintu tersebut. Dia seperti terpaku apabila melihat Nico di sana. Adakah Nico telah mendengar segala perbualan mereka?

Untuk mengetahui kisah selanjut ini, jangan lupa untuk terus mengikuti sinetron Anakku Bukan Anakku dalam episod 40 pada hari esok jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.



Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September 2008.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by