Episod 32 Sinetron Putri Yang Terbuang yang disiarkan di Astro Prima Saluran 105 pada jam 4.00 petang hingga 5.00 petang setiap hari Jumaat hingga Ahad
Gambar Marshanda sebagai Putri dan Rionaldo Stokhorst sebagai RajaGambar Rionaldo Stokhorst sebagai Raja dalam sinetron Putri Yang TerbuangDibintangi oleh Pelakon:
Marshanda sebagai Putri
Rionaldo Stokhorst sebagai Raja
Raya Kohandi sebagai Linda
Chacha Frederica sebagai Tabitha
Gading Marten sebagai Febian
Meriam Bellina sebagai Asti
Dina Lorenza sebagai Yuna
Drg Fadli sebagai Carlos
Ria Probo sebagai Susan
Leily Sagita sebagai Rima
Yadi Timo sebagai Yudi
Episod 32:Asti menyalahi Yuna yang telah bertukar anak dengannya dan kini Raja telah mendapat tahu bahawa Yuna sebenarnya bukan ibu kandungnya. Asti berasa begitu sakit hati sekali apabila dia menceritakan kembali hal ini kepada Yuna. Yuna cuba memujuknya tetapi tidak diendahkannya. Yuna cuba meminta maaf daripada Asti tetapi menurut Asti dia tidak akan memaafkannya lalu beredar dari kediaman Yuna.
Raja masih enggan menceritakan apa yang telah berlaku kepada Putri walaupun ditanya berulang kali cuma berkata dia masih terkejut dengan apa yang telah terjadi ke atas dirinya dam teris berkata bahawa dia dan Putri mempunyai nasib yang sama. Putri tidak faham apa yang dimaksudkan Raja. Akhirnya Raja memberitahu Putri bahawa dia bukan anak kandung Carlos dan Yuna dan lebih menyedihkan Raja lagi adalah Yuna telah tahu mengenai hal ini sejak dulu lagi. Dia memberitahu Putri bahawa dia tidak layak untuk di panggil Raja.
Putri seterusnya memujuknya dan menjelaskan bahawa Raja seharusnya bersyukur dengan apa yang dia ada selama ini berbanding dengannya yang telah dibuang di dalam tong sampah.
Sewaktu makan malam, Carlos asyik bertanya kepada Yuna ke mana perginya Raja yang masih pulang. Setibanya Raja di rumah Carlos berasa gembira begitu juga dengan Yuna.
Apabila diajak makan bersama Raja enggan dan terus naik ke atas.
Di halaman rumah, Raja bertanya tentang waktu kelahirannya. Papanya, Carlos memberitahunya bahawa dia dilahirkan di rumah sewaktu dia sedang sibuk bekerja dan tidak sempat untuk menghantar mamanya ke rumah sakit. Setibanya di rumah Raja sudahpun dilahirkan. Setelah mendapat kepastian daripada papanya dalam hati Raja berkata seandainya dia tidak dilahirkan di rumah sakit ini bermakna dia tidak ditukarkan di rumah sakit. Raja bertambah lebih hairan mengenai hal ini.
Carlos bertanya kepada Yuna kenapa Raja seperti berkelakuan aneh sejak kebelakangan ini dan memberitahu Yuna Raja tiba-tiba ingin tahu di rumah sakit manakah dia dilahirkan. Yuna berasa bimbang selepas mengetahui hal ini.
Doktor memberitahu Yuna bahawa suaminya mendapat penyakit sakit jantung. Carlos tidak mahu memberitahu Yuna sebelum ini tentang penyakitnya kerana risau isterinya akan menjadi cemas. Carlos meminta Yuna menyembunyikan mengenai penyakitnya dari Raja.
Raja pergi ke rumah Yudi kerana ingin mendapat kepastian samada dia adalah anak kandung mereka? Apabila Yudi tidak mengaku, Raja terus menjelaskan kepada Yudi bahawa orang yang telah membidannya sewaktu dia dilahirkan berkata bahawa Yuna tidak ada anak lelaki. Walaupun begitu, Yudi terus enggan menerima kenyataan bahawa Raja adalah anak kandung mereka.
Asti terdengar perbualan mereka dan dia terus berdepan dengan Raja lalu memberitahunya bahawa mungkin Raja akan malu dan terkejut mempunyai seorang ibu sepertinya tetapi itulah kenyataan yang harus diterima oleh Raja.
Asti mengaku dia adalah ibu kandung Raja dan dia meminta Raja percaya yang selama ini dia amat menyayangi Raja dan dia amat merinduinya. Seterusnya dengan berlinangan airmata Asti menyatakan bahawa dia tidak layak menjadi ibunya. Raja memeluk ibu kandungnya, Asti dan memanggilnya ibu buat pertama kali.
Asti meminta anaknya, Raja pulang ke rumah mereka sebagaimana yang dia telah impikan selama ini. Asti terus menanya Raja samada dia mahu pulang ke rumah mereka tetapi Raja cuma berdiam diri.
Episod ke-32 berakhir apabila Raja pulang ke rumah Yuna dan terdengar perbualan mereka mengenai Linda adalah anak kandung Yuna(Yuna masih belum tahu bahawa Putri barulah anak kandungnya dan bukannya Linda).
Kisah sinetron Anak Yang Terbuang akan bersambung dalam episod ke-33 pada 12 Julai 2008, Sabtu pada jam 4.00 petang di Astro Prima Saluran 105.
0 comments :
Post a Comment