Wednesday, July 9, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-24 YANG DISIARKAN PADA 9 JULAI 2008, RABU PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3


EPISOD 24: ANAKKU BUKAN ANAKKU PADA HARI RABU, 9 JULAI 2008 DI TV3


GAMBAR PELAKON SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU


Video klip lagu tema Anakku Bukan Anakku Alhamdulillah - Opick feat. Amanda
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada syafiq7400 Channel)

Lirik Lagu Alhamdulillah [OST Sinetron Anakku Bukan Anakku]

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya

Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah

Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan

Dibintangi oleh:

Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi - Adel
Krisna Mukti - Nico
Raslina Rasidin - Vivian
Eeng Saptahadi - Bayu
Vicky Burki - Syaitan
Femmy Permatasari - Luci
Him Damsyik - Pengemis Buta
Ana Pinem - Rona
Boy Irshandi - Ian


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-24 bahagian pertama


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-24 bahagian ke-2


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku epssod ke-24 bahagian ke-3


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku epsiod ke-24 bahagian ke-4


Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-24 bahagian ke-5 (6 minit sebelum berakhirnya episod ke-24 sinetron Anakku Bukan Anakku Bukan Anakku

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada badaimimpi Channel untuk video klip episod ke-24 bahagian pertama hingga ke-5)

Episod ke-24

Bermula dengan Bayu pulang ke Jakarta dengan senyap-senyap. anaknya Timo mengagak pasti ada sesuatu yang tidak kena pada ayahnya. Bayu memberitahu Rona bahawa dia telah membunh Tatia dan mayatnya telah dibuangkannya ke dalam sungai. timo terdengar perbualan meeka di luar tingkap.

Rona kemudiannya terus pergi ke bilik Adel dan mereka gembira rancangan mereka telah berhasil. Semua orang yang berada di gunung berkumpul semula setelah mereka tidak berjaya menjumpai Tatia. Polis memberitahu mereka bahawa mereka terjumpa gelang Tatia di tepi sungai.

Mereka mengatakan bahawa kemungkinan besar Tatia telah di tolak oleh seseorang ke dalam sungai. Mereka diminta bertenang kerana masih belum ada bukti kukuh yang Tatia sudah mati. Semua orang berasa amat susah hati dan sedih terutama sekali Vivian kerana dia amat menyayangiTatia seperti anaknya sendiri.

Adel menerima panggilan daripada Vivian dan diberitahu Tatia mungkin sudah meninggal dunia. Mendapat berita buruk itu, Adel pura-pura pengsan dan diminta ibunya,Rona menjawab panggilan itu. Nico memberitahu Rona bahawa Tatia telah hilang. Rona pula pura-pura berasa teramat sedih dan melepaskan gagang telefon (Begitu pandai kedua Rona dan Adel berlakon sewaktu menjawab panggilan telfefon Nico dan Vivian).

Di mesjid, pengemis tua terus berdoa semoga Tatia akan terselamat. Dalam hujan lebat, terdapat seorang nelayan tua terjumpa dengan Tatia di tebing sungai dan cuba menyelamatkannya. Semua orang yang berada di gunung terus menunggu berita mengenai Tatia. Polis memberitahu mereka bahawa dengan keadaan cuaca yang buruk tidak mungkin Tatia dapat diselamatkan. Lagipun sudah melebihi 8 jam sejak kehilangan Tatia.

Setelah nelayan tua berjaya membawa Tatia di satu tempat yang selamat dia cuba menghangatkan badan Tatia dengan mengurut tangan dan kaki Tatia. Selepas beberapa ketika, Tatia tersedar dan dia menjerit dengan sekuat hatinya.

Di rumah Rona asyik ketakutan memikirkan tentang Tatia yang difikirnya sudah mati. Begitu juga Adel. Mereka khuartir Tatia akan menghantui mereka.

Setelah Tatia sedar, nelayan tua itu menanya siapakah Tatia sebenarnya. Tatia tidak dapat memberitahu nelayan tua yang baik hati itu kerna dia sudah hilang ingatan. Nelayan Tua dan Tatia terserempak dengan sekumpulan penjahat.

Nelayan tua risau mereka akan ternampak Tatia, dia menutupi kepalanya dengan kain agar mereka tidak dapat melihat rupa Tatia dengan jelas. Dia menipu mereka bahawa Tatia adalah anaknya dan juga mempunyai penyakit kusta sepertinya. Setelah mendengar akan hal ini penjahat itu meminta mereka beredar dengan segera.

Tetapi malangnya, kain yang menutupi wajah Tatia tertanggal dari kepala Tatia ditiup angin dan penjahat-penjahat itu terlihat wajah Tatia yang cantik lalu ingin menangkapnya. Tatia cuba melarikan diri dengan seberapa yang dia boleh. Nelayan tua itu cuma boleh berdoa agar dia selamat.

Tatia terjatuh dan pada waktu itulah penjahat-penjahat tersebut cuba mendekatinya. Episod ke-24 berakhir apabila Tatia diselamatkan oleh seseorang. Siapakah sebenarnya orang itu?

Jangan lupa untuk terus mengikuti sambungan kisah sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-25 pada hari esok 10 Julai 2008, Khamis di TV3 pada waktu yang sama.


"Berbahagialah Mereka yang Memiliki Kekayaaan hati dan Nurani".

Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September 2008.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by