Episod 30 dan 31 Sinetron Putri Yang Terbuang yang disiarkan di Astro Prima Saluran 105 pada jam 4.00 petang hingga 5.00 petang setiap hari Jumaat hingga Ahad
Marshanda dan Rionaldo Stokhorst dalam Sinetron Putri Yang Terbuang
Dibintangi oleh Pelakon:
Marshanda sebagai Putri
Rionaldo Stokhorst sebagai Raja
Raya Kohandi sebagai Linda
Chacha Frederica sebagai Tabitha
Gading Marten sebagai Febian
Meriam Bellina sebagai Asti
Dina Lorenza sebagai Yuna
Drg Fadli sebagai Carlos
Ria Probo sebagai Susan
Leily Sagita sebagai Rima
Yadi Timo sebagai Yudi
Episod 30 dan 31:Raja pulang untuk berjumpa dengan mamanya, Yuna yang sedang sakit tenat. Tanpa disedari Yuna telah membongkar rahsia bahawa Raja bukan anak kandungnya. Raja terkejut dan melepaskan daripada pelukan mamanya. Raja terkenangkan apa yang telah diberitahu mamanya kepadanya.
Yuna meminta maaf daripada Raja dan memberitahunya bahawa apa yang dikatakannya sebentar tadi adalah tidak benar. Tetapi Raja tidak mahu mempercayainya.
Putri menulis diarinya dengan perasaan gembira dia dapat bertunang dengan Raja walaupun Yuna masih tidak menerimanya. Raja pergi berjumpa dengan Putri dan memberitahunya bahawa mereka mungkin mempunyai nasih yang sama.
Selepas pulang dari sekolah, Raja masuk ke dalam kamar tidur Yuna untuk mencari bukti samada dia adalah anak kandung mereka. Yuna pulang ke rumah dan ternampak Raja di dalam biliknya. Raja memberi alasan yang lain kenapa dia masuk bilik mamanya dan terus keluar dari situ.
Yuna mendapati laporan keputusan darah sudah hilang. Ianya telah diambil oleh Raja dan terbukti kepada Raja bahawa dia bukanlah anak kandung mereka. Raja begitu sedih bahawa selama ini dia hidup mewah dan begitu terlindung dalam keluarga ini dan akhirnya ternyata dia sebenarnya bukan anak kandung mereka.
Setelah Asti mendapat tahu berita mengenai Raja meninggalkan rumah Carlos dan Yuna, dalam hati Asti dia telah teragak yang Raja sudah tahu hal yang sebenar dan dia terus pergi untuk mendapat kepastian.
Episod ke-31 berakhir di sini dan bersambung di episod ke-32 pada hari Jumaat 11 Julai 2008 pada jam 4.00 petang hingga 5.00 petang.
0 comments :
Post a Comment