EPISOD 23: ANAKKU BUKAN ANAKKU PADA HARI SELASA, 8 JULAI 2008 DI TV3
GAMBAR PELAKON SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU
Video klip lagu tema Anakku Bukan Anakku Alhamdulillah - Opick feat. Amanda
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada syafiq7400 Channel)
Lirik Lagu Alhamdulillah [OST Sinetron Anakku Bukan Anakku]
Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasan-Nya
Semoga dirimu semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmat-Nya
Setiap napasmu seluruh hidupmu
Semoga diberkahi Allah
Alhamdulillah wasyukurillah
Bersyukur pada Mu ya Allah
Indah dalam kebersamaan
Hilanglah sebuah perbedaan
Dibintangi oleh:
Roger Danuarta sebagai Rafli
Nabila Syakieb sebagai Tatia
Raya Kohandi - Adel
Krisna Mukti - Nico
Raslina Rasidin - Vivian
Eeng Saptahadi - Bayu
Vicky Burki - Syaitan
Femmy Permatasari - Luci
Him Damsyik - Pengemis Buta
Ana Pinem - Rona
Boy Irshandi - Ian
Sambungan Kisah Sinetron Anakku Bukan Anakku daripada episod 22 pada 7 Julai 2008 Ke-23 pada 8 Julai 2008 jam 2.30 petang.
Episod 23:Rafli menjumpai Tatia dan mereka bersama untuk seketika sahaja dan telah ditangkap oleh Edo dan rakan-rakannya selepas itu. Semua orang yang berada di gunung(puncak juga meneruskan pencarian Tatia dan Rafli. Nico dan Vivian terdengar jeritan mereka dari jauh. Luci cemas dan pengsan mendapat tahu Rafli berada dalam hutan.
Edo dan rakan-rakannya mengikat Rafli dan kemudiannya memukul Rafli dengan Teruk dan Tatia pula ditangkap mereka. Sementara itu, Nico dan vivian mendapat mereka tertipu oleh Puan Yosi yang memberitahu mereka Tatia telah diselamatkan. Mereka juga terus mencari Tatia dan terjumpa dengan Edo dan rakan-rakannya yang sedang cuba membunuh Rafli dan Tatia. Vivian berjaya melarikan diri bersama Tatia dan meminta Tatia terus selamatkan dirinya sebelum dia ditangkap lagi.
Rafli akhirnya dapat diselamatkan oleh polis yang pada waktu itu Luci juga bersama dengan mereka. Dalam satu babak yang lain menceritakan bagaimana Rona dan Adel telah pergi mencari bomoh dan memintanya menyingkir dan membantu Bayu membunuh Tatia.
Tatia terjumpa kembali gelang yang sentiasa melindunginya sewaktu dia berada dalam kesusahan. Malangnya sebelum dia sempat memakai balik gelang itu dilengannya, dia terserempak dengan ayahnya, Bayu. Tatia tahu Bayu pergi ke sana bukan untuk membawanya pulang sebaliknya ingin membunuhnya.
Tatia memberitahu ayahnya, Bayu dia ikhlas dan rela dibunuh olehnya seandainya begitulah kehendak Bayu. Namun Bayu teragak-agak untuk membunuh Tatia apabila dia terkenangkan bagaimana dia telah membesarkan Tatia selama 16 tahun dan juga Tatia pernah bermanja dengannya sewaktu kecil.
Tetapi bisikan syaitan telah menyuruhnya terus membunuh Tatia kerana itu adalah satu-satunya peluang untuk Adel(anak kandung Bayu dan Rona) mencapai apa yang dia inginkan. Seminit sebelum episod ini tiba di penghujungnya, Tatia terkena pisau Bayu lalu terus jatuh dan hanyut dibawa arus sungai yang deras.
Adakah Tatia akan terselamat atau sebaliknya? Jangan lupa untuk terus mengikuti sambungan kisah sinetron Anakku Bukan Anakku episod ke-24 pada hari esok 9 Julai 2008di TV3 pada waktu yang sama.
"Berbahagialah Mereka yang Memiliki Kekayaaan hati dan Nurani".
Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September 2008.
0 comments :
Post a Comment