Thursday, April 17, 2008

DIARI MINGGU KELIMA HARI KEEMPAT AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-6 PADA 17 APRIL 2008


Diari Akademi Fantasia Isnin hingga Jumaat, jam 6:00 petang dan 9:00 malam


Hos Diari Akademi Fantasia: Sarimah Ibrahim bersama kita semua lagi pada jam 6 petang dan 9 malam


Stanly berasa gelisah mengenai ibunya yang masih sakit


dua rakan Stanly terus memberi sokongan dan memujuk Stanly yang masih berduka sekembalinya ke Akademi. Dapatkah dia menumpukan perhatiannya dalam lagu tugasan yang diberikan?


Ibu Fauziah memberitahu Stanly bahawa ibunya sudah lena tidur dan memintanya jangan terlalu risau mengenai keadaan ibunya. Semoga Stanly akan tabahkan hati dan terus memberi perhatian dalam tugasannya. Konsert Akademi cuma tinggal dua hari sahaja dan latihan mesti diteruskan oleh Stanly sekiranya dia ingin membuat persembahan yang baik.


Siapa pula yang datang melawat para pelajar. Rupa-rupanya Pengetua mereka yang datang memberi sesuatu kepada mereka? Ibu Fauziah Nawi memberitahu Pengetua yang mereka takutkannya. Tetapi Pengetua tersenyum dan mengatakan kalau garang tak bagi mereka benda. Pada pendapat saya, seorang Pengetua mesti tegaskan? Barulah pelajar boleh mendapat peningkatan dalam prestasi. Semuanya terdapat dalam diari jam 6 petang.


Jasmi Rejab memberi jadual peningkatan berat badan mereka untuk dikaji dan menegur pelajar yang mengalami peningkatan dalam berat badan mereka. Dia juga cuba menerangkan kepada mereka apakah kesan kepada penampilan sewaktu 9 pelajar membuat persembahan di atas pentas nanti.



Dalam diari jam 9 malam, nampaknya ada pelajar yang mendapat teguran daripada Pengetua kerana mendapati kesukaran untuk memahami pelajaran yang mudah seperti lagu "Happy Birthday". Sewaktu kelas Fauziah Nawi pula pelajar mengadu masalah yang dialami masing-masing. Mereka seperti terasa keyakinan kepada diri sendiri semakin pudar.





Pengetua terpaksa memberi latihan vokal "one to one" dengan para pelajar akademi. Pengetua meminta mama Rina buang tabiat "habit" lama dengan gaya nyanyiannya yang sudah menjadi kebiasaan kepada mama Rina selama 25 tahun. Dapatkah mama Rina belajar semua ini. Masih sempatkah dia mengubah "habit"nya itu?



Nampaknya Cik Kutip pun fasih dalam Bahasa Inggeris dengan para pelajar di Akademi. Begitu menghiburkan hati apabila mendengar celotehnya bersama mereka.

Kepada peminat Faisal iaitu pelajar yang baru sahaja tersingkir dalam konsert keempat minggu lalu, anda boleh bersembang dengannya di Karpet @15 di Saluran 109 mulai jam 8:00 malam.

Tangga kedudukan terkini 9 pelajar yang masih kekal hingga minggu kelima Akademi Fantasia ke-6 pada 17 April 2008

STACY 15%
TOI 12%
ALIF 12%
STANLY 12%
RIZ 11%
NUBHAN 11%
NADIA 11%
SAIDA 9%
RINA 7%

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by