Tuesday, April 8, 2008

DIARI AKADEMI FANTASIA MUSIM KEENAM MINGGU KEEMPAT HARI KEDUA PADA 8 APRIL 2008


Diari Akademi Fantasi 6 Minggu Keempat Hari Kedua, jam 6 petang dan 9 malam


Hos Diari AF 6 dari Isnin - Jumaat, Sarimah Ibrahim

Helo kita bertemu lagi dalam ulasan diari hari kedua Akademi Fantasia 6 minggu keempat. Dalam diari hari ini kita dapat saksikan kisah tentang beberapa pelajar di akademi.

Faisal masih mempunyai masalah untuk memperbaiki vokalnya dan hari ini sudah masuk hari kedua. Cikgu Shafi dan Pengetua sendiri memberi latihan tambahan kepadanya semoga dia dapat mempertingkatkan prestasinya dalam nota dan melodi yang dia cuba sampaikan dalam lagunya. Faisal kelihatan agak takut dan kerisauan juga dapat dirasakan dalam dirinya apabila berhadapan dengan Pengetua, Bolehkah Faisal mengatasi semua ini? Buat sementara waktu dia berada di kedudukan yang paling rapuh dalam Afundi terkini.










Selepas menjamu selera, Rina berasa pening dan tidak bermaya. Residen di akademi dan rakan-rakannya memapah Rina ke kerusi untuk berehat. Apakah sebenarnya yang menyebabkan Rina tiba-tiba berasa pening ye!! Jangan lupa ikuti siaran ulangannya esok pada jam 12 tengahari di Astro Ria sekiranya anda tidak menonton diari petang tadi.

Cik Kutip juga turut berasa sedih dengan keadaan Rina dan ingin menolong. Begitulah kisahnya Cik Kutip dengan Rina.














Stacy begitu gembira mendapat tugasan untuk menyanyi lagu barunya dalam konsert keempat nanti. Lagu yang akan disampaikannya adalah "Cinta Terlarang" lagu baru Stacy sendiri. Bersama-sama dengan ini saya sertakan lirik lagunya untuk anda.

Pertama kali saya dengar lagu ini sewaktu dia berlatih menyanyi di klip video di laman web dari sharimie (terima kasih di atas sumber klip yang diberikan) saya telah tertarik dengan lagu tersebut.



Cinta Terlarang - Stacy (Stacy)

Asal lahirnya impian ku
Bila terpandang wajah mu
Lirik senyuman kilauan mata
Memikat jiwa kalbu ku

Ingin aku menyapa
Mahu ku kenali hati mu
Ku sedari ini bukan biasa
Tak dapat aku lindungi perasaan
Engkau impian yang aku idamkan

Kau yang ku puja
Kau yang ku sanjung
Kau yang ku perlukan (di hati ku)
Kau yang ku sayang
Kau yang ku cinta
Kau lah satu cinta terlarang

Engkau lafazkan perasaan mu
Tulus hati jiwa mu
Penuh keikhlasan penuh bermakna - too many - keikhlasan
Memikat hati naluri ku

Walau kau sedari
Kau tetapkan perasaan mu
Kau berikan cinta yang terlarang

Tak dapat aku lindungi perasaan
Engkau impian yang aku idamkan

Kau yang ku puja
Kau yang ku sanjung
Kau yang ku perlukan di hati ku
Kau yang ku sayang
Kau yang ku cinta
Kau lah satu cinta yang terlarang

Walau ku tahu kita tak mungkin bersama
Tetap ku sanjungi cinta mu yang suci agong terlarang







Bagaimana pula dengan Stanly? Dalam konsert minggu keempat ini, dia akan menyanyikan lagu Faizal Tahir. Dia begitu berlatih dengan bersungguh-sungguh dan saya sedang menunggu persembahannya nanti kerana lagu "Kasih Tercipta" yang dipopularkan oleh Faizal Tahir adalah salah satu lagu kegemaran saya.



Kasih Tercipta - Faizal tahir (Stanly)

Kasih hilang tiada bicara
Setelah cintaku kau puja
Rintihan rindu terus melanda
Redup cahaya oo hati lara
Bisiklah kiranya aku bersalah
Sedetik tersirat rasa
Kau cipta kasih yang kumiliki
Cintaku jujur selama ini…ooooo…
Carilah aku dalam hatimu
Sayang sebutlah kau rindu ooooo
Hanya…pintaku
Kasihmu kekal setia
Usah biarku ooo terus terluka
Mesra suaramu… kini berbeza
Gagal sembunyi sedih
Kenangan lalu menusuk jiwa
Manis seindah berganti pedih

Ooo..kasih tercipta..
Ooo..carilah ku sayang
Carilah aku dalam hatimu
Sayang sebutlah kau rindu ooooo
Hanya pintaku
Kasihmu kekal setia
Usah biarku ooo terus terluka
Pabila bersamamu..debaran
Darah arus mengalir cinta
Lahir selamanya
Berilah kucupan sayang
Biar terukir wajah..
Kasih tercipta..
Berilah kucupan sayang
Biar terukir wajah..
Kasih tercipta..
Ooo..kasih tercipta..
Kini kumengerti..
Walau berbisa..
Kurela kiranya kau bahagia…









10 pelajar akademi terus mendapat nasihat daripada Cikgu tarian Linda Jasmine dalam lagu "Menuju Puncak"


Encik Pungut memberitahu Nubhan ada dua orang pelajar yang tidak sukakannya? Betulke?



Dalam diari bahagian kedua, nampaknya Faisal mempunyai sedikit peningkatan dalam melodi lagu yang disampaikannya dalam lagu tugasan barunya.





Selain daripada itu, Pengetua juga amat mengambil berat tentang lagu tugasan baru para pelajar dan sering berjumpa mereka di kelas latihan untuk meneliti perkembangan nyanyian mereka.






Begitulah sedikit sebanyak ulasan daripada sapphire blu untuk anda semua dalam Diari Akademi Fantasia 6 untuk minggu keempat di hari pertama, jam 6 petang dan 9 malam.

Selamat malam. Hingga kita berjumpa lagi esok dalam kemaskini Diari Minggu Keempat Hari Kedua, 9 April 2008.

Tangga kedudukan Pelajar dalam Afundi Terkini, 11:10 pagi, 9 April 2008

STACY 15%
NADIA 12%
SAIDA 12%
ALIF 12%
STANLY 11%
NUBHAN 9%
RIZ 9%
TOI 8%
RINA 7%
FAISAL 5%

Terus afundi pelajar kegemaran anda supaya mereka berada di tangga kedudukan yang kukuh. Sekian.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by