Friday, April 25, 2008

DIARI AKADEMI FANTASIA 6 MINGGU KEENAM HARI KELIMA PADA 25 APRIL 2008


Diari Akademi Fantasia 6 Minggu Keenam Hari Kelima


Sarimah Ibrahim Hos Diari Mingguan setiap hari Isnin - Jumaat, jam 6 petang dan 9 malam


Cikgu Genervie berkata kepada Stacy "Bila you nyanyi lagu ini, you put yourself straight into this imagination, to help you bring out your emotion. If you have the correct feel it is automatic that your voice all come together down".


Nampaknya Stacy begitu selesa sewaktu menyanyikan lagu tugasannya di depan cikgu Genervie. Pada pendapat saya, Stacy sudah bersedia untuk konsert yang akan diadakan esok.


Mama Rina, Stanly dan Alif terpaksa pergi ke hospital semula untuk rawatan.




Stanly memberitahu doktor specialist yang merawatnya bahawa apabila dia pusing lengannya ke belakang ada bunyi "snap"


Mengikut Stanly tiada lebam dibahunya walaupun beberapa hari selepas itu.Doktor memberitahu Stanly bahawa terdapat sedikit kecederaan pada otot Stanly. Tidak begitu serius kata doktor kepada Stanly.




Doktor risau mungkin terdapat jangkitan tulang tetapi x-ray menunjukkan tiada gejala jangkitan tersebut.


Mama Rina memberitahu doktor bahawa terdapat nanah di tempat kecederaan kakinya untuk empat atau lima bulan.







Alif mendapat rawatan fisio pada lututnya. Harap dia akan sembuh cepat ye!!


Stanly dah okey tetapi Alif dan nama Rina terpaksa mendapat rawatan fisio sebelum pulang ke Akademi.





Sekian, serba sedikit diari Akademi Fantasia 6 buat kali ini. Selamat malam hingga berjumpa lagi esok dalam kemaskini daripada sapphire blu yang akan datang.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by