Friday, March 21, 2008

PERSIAPAN TERAKHIR MENJELANG KONSERT MINGGU PERTAMA DI DEWAN SIVIK MPPJ, SELANGOR PADA 22HB. MAC 2008, JAM 9 MALAM YANG DISIARKAN SECARA LANGSUNG.




Sewaktu saya menonton Diari Akademi Fantasia 6 minggu pertama bahagian ke 2 pada jam 9 malam, pelajar akademi telah cuba menyanyikan lagu tugasan mereka yang pertama yang akan disampaikan pada konsert minggu pertama di Dewan Sivik MPPJ pada keesokan hari, 22hb. Mac 2008 pada jam 9 malam yang disiarkan secara langsung ke Astro Ria saluran 104 dan 109 untuk tontonan orang ramai.

Jangan lupa untuk terus afundi pelajar kegemaran anda supaya mereka tidak akan tersingkir esok dan akan terus kekal pada minggu yang kedua. Siapakah yang akan tersingkir esok di Konsert Minggu Pertama? Kejutan mungkin akan berlaku sekiranya kita lupa untuk afundi pelajar kegemaran kita.

Sedikit sebanyak kisah tentang pelajar di Akademi Fantasia 6. Toi rindukan keluarga tersayangnya dan berasa agak bimbang dengan keadaan isterinya yang sudah cukup tempoh untuk bersalin.

Stacy yang berasal dari Sabah pula rindukan anak saudaranya. Stanly berasa bimbang dan rindukan ibunya yang masih sakit, satu-satunya ibu angkat yang telah menjaganya sejak dia masih bayi.

Adakah kebimbangan serta kerinduan pelajar-pelajar tersebut akan menjejaskan persembahan mereka pada hari esok?

Apa apapun, jangan lupa untuk terus afundi pelajar kegemaran kita di Akademi Fantasia 6.


Debaran dan demam sudah bermula menunggu konsert minggu pertama pada hari esok.


Terima kasih kerana klik iklan nuffnang di sebelah kiri blog ini.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by