Saturday, March 29, 2008

KEPUTUSAN KONSERT MINGGU KE 2 AKADEMI FANTASIA 6 YANG BERLANGSUNG DI DEWAN SIVIK MBPJ DI ASTRO RIA - SIAPAKAH YANG TERSINGKIR?


13 Pelajar membuat persembahan terakhir "Menuju Puncak" sepertimana yang dilakukan meeka sebelum keputusan penguguman pelajar yang akan disingkirkan dipenghujung konsert.








Pengacara Konsert Akademi Fantasia 6 AC Mizal mula membuat penguguman keputusan konsert untuk minggu kedua ini. Degupan jantung semakin kuat dapat dirasai olah orang ramai.


Konsert Minggu Kedua Akademi Fantasia baru sahaja tiba di penghujungnya dan keputusan sudahpun diumumkan. Pelajar kedua yang tersingkir dalam Konsert Akademi Fantasia musim ke enam ini adalah Ika.

Pada minggu lepas, Yana diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir. Pada minggu ini adalah Ika yang menerima nasib seperti Yana. Adakah penonton terlupa untuk mengundi Ika atau persembahan Ika dalam konsert minggu ini tidak cukup baik?

Nama Pelajar : Ika
Lagu Konsert 2 : MALU TAPI MAHU
Penyanyi Asal : DINA


Oh apa harus ku simpan saja
Cinta yang bermain di jiwa
Tak mampu lagi ku tunggu
Ku malu tapi ku mahu cinta mu
Terpana aku,dikau menuju
Di depan mata,memanggil nama ku
Menyapa mesra,berbisik nada manja
Diri, rasa bagai nak melayang
Di hati mula, tertanya tanya
Resah gelisah di setiap masa
Apakah benar ku sudah tergoda
Ku malu untuk menyatakan nya
Ku malu mengaku, kau dihatiku
Ku malu merindu, kau takkan tahu
Ku malu bertemu, menatap mata mu
Ku malu kupendam, rahsia hatiku
Oh apa harus ku simpan saja
Cinta yang bermain di jiwa
Tak mampu lagi ku tunggu
Ku malu tapi ku mahu cinta mu
Diriku bukanlah pujangga
Yang bijak bermadah kata
Haruskah ku diam saja
Ku malu tapi ku mahu cinta mu
Berdebar debar tidak ku sabar
Menanti saat –kita bersua
Hendak ku khabarkan hasrat di jiwa
Namun pasti diri ku terkaku
Di hati mula, tertanya tanya
Resah gelisah di setiap masa
Apakah benar kusudah sedia
Masih ku malu menyatakan nya
Oh kasih yang tercipta
Pasti tiada tandingannya
Bimbang hati ini jika
Kau tak membalas cinta ku yang ada
Makin terseksa di jiwa
Tiap kali ku mencuba
Melagu kata namun lidah ku kelu tak berdaya

Pengacara AC Mizal meminta tiga orang pengkritik untuk memilih pelajar yang mereka fikir patut disingkirkan dalam konsert minggu ini.


Ning Baizura memilih Ika
Aidit memilih Naim
Adlin memilih Alif



Tetapi penyinkiran bukan terletak dalam kuasa pengkritik. Pengundi yang mempunyai kuasa sepenuhnya dalam memilih siapakah yang layak untuk terus kekal di Akademi Fantasia Musim Keenam ini kerana afundi yang menentukan segalanya.





Akhirnya tanpa membuang masa Pengacara AC Mizal meminta pelajar yang bernama Alif mengumumkan pelajar manakah yang telah tersingkir. Dengan hati yang berat Alif terpaksa mengumumkan Ika sebagai pelajar yang tersingkir dalam Konsert Minggu Kedua Akademi Fantasia 6 kali ini.


Ika merupakan pelajar yang telah tersingkir dalam Konsert Mingguan Akademi Fantasia 6yang kedua di penghujung konsert ini yang telah disiarkan secara langsung dari Dewan Sivik MBPJ di Astro Ria Saluran 104.





0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by