Sunday, March 30, 2008

BERITA TERKINI - IKA DIUMUMKAN SEBAGAI PELAJAR YANG TERSINGKIR DALAM KONSERT MINGGU KEDUA AKADEMI FANTASIA MUSIM KEENAM PADA 29HB. MAC 2008



Setiap kali di penghujung Konsert Mingguan Akademi Fantasia 6, Pengacara mempunyai tanggungjawab yang berat untuk membuat penguguman siapakah di antara pelajar yang akan tersingkir di setiap konsert mingguan Akadem Fantasia.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumber klip video daripada pihak berkenaan untuk konsert musim keenam ini.

Dalam konsert minggu kedua ini AC Mizal membuat penguguman keputusan yang agak berlainan sedikit. Ketiga-tiga Pengkritik Konsert untuk minggu ini akan membuat pilihan salah seorang daripada 13 pelajar yang mereka fikirkan patut terkeluar kerana tidak mampu untuk membuat persembahan yang baik berbanding dengan pelajar yang lain.

Ning Baizura telah memilih Ika sebagai pelajar yang patut tersingkir.
Aidit pula pada mulanya memilih Ika tetapi bertukar fikiran dan memilih Naim.
Akhir sekali giliran Adlin Aman Ramli yang juga ingin memilih Ika tetapi dia diminta oleh Pengacara AC Mizal untuk memilih pelajar lain yang masih belum terpilih oleh kedua pengkritik tadi. Adlin memilih Alif.

Tetapi, semua ini adalah cuma pendapat Pengkritik. Keputusan di mana pelajar yang akan tersingkir adalah terletak dalam keputusan AFUNDI. Pelajar yang mendapat afundi yang terbawah akan disingkirkan di Akademi Fantasia.



Keputusan Afundi yang diterima di penghujung konsertlah yang menentukan segalanya. Dalam konsert minggu ini Alif diminta oleh Pengacara AC Mizal untuk membuat penguguman pelajar yang bakal disingkirkan.

Akhirnya Alif terpaksa mengumumkan pelajar yang tidak dapat kekal ke minggu seterusnya adalah Ika yang menyanyikan lagu "Malu Tapi Mahu" yang dipopularkan oleh Dina (seorang peserta yang telah menduduki tempat kedua dalam pertandingan lagu One In A Million musim pertama). Ika terpaksa akur dengan penguguman tersebut kerana dia tidak mendapat undi yang mencukupi untuk kekal dalam Akademi Fantasia 6 pada minggu yang berikut.

































Ika merupakan pelajar yang kedua tersingkir untuk Akademi Fantasia musim keenam. Pelajar yang tersingkir pada minggu lalu adalah Yana. Di penghujung konsert minggu kedua Akademi Fantasia 6 yang baru sahaja selesai yang disiarkan secara langsung dari Dewan Sivik MBPJ, jam 9 malam hingga lebih kurang 11.30 malam.



Pengacara AC Mizal telah meminta salah seorang pelajar untuk membuat penguguman pelajar yang tersingkir. Alif dengan berat hati mengumumkan Ika sebagai pelajar yang tersingkir dalam konsert minggu ini.

















0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by