Pemain Sinetron Aliya
- Dhea Anissa sebagai Aliya
- Afifa Syahira sebagai Marina
- Irwansyah sebagai Galang/Gilang
- Jihan Fahira sebagai Bu Shinta
- Restu Sinaga sebagai Pak Wisnu
- Natasha Dewanti
- Marchia Caroline sebagai Bu Mutia
- Primus Yustisio sebagai Pak Hendri
- Billy Davidson sebagai Faris
- Sean Hasyim sebagai Dana
- Shandy Ishabella sebagai Dita
- Gege Elisa sebagai Gisha
- Shenny Andrea sebagai Bu Sandra
- Gunawan sebagai Anjar
- Adipati Dolken sebagai Rueben
Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Periode Tayang: Mulai 12 Desember 2011
Jadwal Tayang: Setiap Hari pukul 19.00 WIB
Penghargaan:
Januari 2012 : Sinetron Paling Berkilau
Judul : Aliya
Episode : Global
Pemain : Dea Anissa, Irwansyah, Jihan Fahira, Gunawan, Restu Sinaga, Primus Yustisio, Billy Davidson, Afifa Syahira, Natasha Dewanti, Marini Burhan, Marchia Caroline, Epi Kusnandar, Ivanka Suwandi, Sean Hasyim, Gege Elisa
Tayang : Setiap Hari
Pkl. 19:30 - 21:oo WIB
Sinopsis Global
ALIYA adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.
Gadis malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia cintai.
Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?
Temukan jawabannya hanya di saluran Satu untuk Semua. (Cn)
Sinetron Aliya mulai Episode 1 - Malay subtitle/sarikata Bahasa Malaysia
Sila klik di sini untuk mengikuti video klip sinetron Aliya mulai Episode 1
Sinetron Aliya Episode 97 pada 8 Mei 2013
Sinetron Aliya Episode 97 Part 1
Sinetron Aliya Episode 97 Part 2
Sinetron Aliya Episode 97 Part 3
Sinetron Aliya Episode 97 Part 4-4
Sinopsis ringkas Aliya Episode 98
Sambungan kisah Aliya mengisahkan tentang doktor memberitahu ahli keluarga Pak Hendri bahawa kondisi Pak Hendri sudah mula membaik dan dia telah melalui detik kritikalnya.. Faris mengucapkan terima kasih pada Aliya kerana mahu bertunang dengannya. Sandra mahu menemui Wisnu di kantor tetapi Wisnu sedang meeting dan tidak mahu diganggu. Sandra terpaksa menunggu Wisnu di ruang menunggu. Sandra menunjukkan penguji kehamilan pada Wisnu. Wisnu tanya Shinta apakah dia hamil. Sambung Wisnu lagi bukankah dia baru keguguran. Wisnu tanya Shinta apakah dia hamil lagi setelah keguguran itu. Shinta serba salah. Jawab Shinta dia belum tahu tentang hal itu. Menurut Shinta dia tidak rasakan dia hamil. Wisnu semakin hilang kesabarannya dan mahu tahu tentang kebenaran apakah Shinta hamil.
Sandra menghasut Wisnu dengan mengatakan kalau Shinta hamil siapa yang telah menghamili dia. Shinta cuba yakinkan Wisnu dia tidak curang pada Wisnu. Sandra suruh Shinta jangan berdalih lagi dan jangan bohong. Wisnu mahu Shinta uji sekali lagi pada waktu pagi apakah dia benar-benar hamil atau tidak.
Mutia masih marahkan pada Anjar yang telah minta untuk berpisah dengannya dan dia juga memberitahu Aliya bahawa dia tidak akan pernah menghadiri pernikahan Aliya dan Faris. Jawab Aliya bukankah mamanya yang mahu dia dan Faris cepat menikah. Namun jawab Mutia itu adalah dulu sebelum dia tahu Aliya bukan anak kandungnya. Kata Mutia lagi suka hati apa mereka berdua lakukan sekarang kerana Mutia sudah tidak mahu pedulikan tentang Aliya dan Anjar lagi. Mutia meninggalkan Aliya dan Anjar lalu pergi dari situ. Apa yang Anjar dapat katakan pada Aliya cuma minta Aliya bersabar saja.
Wisnu mendapat tahu tentang Shinta yang jatuh dari balkoni dan tentang kejadian di sungai. Sandra tidak dapat berkata apa-apa dan cuba menafikannya setelah Shinta memberitahu semuanya pada Wisnu. Sandra pula menuduh Shinta hamil dan tidak tahu siapa yang meneyebabkan kehamilannya itu. Laila minta Shinta usah takut sekiranya Shinta tidak bersalah.
Wisnu mahu lihat hasil pemeriksaan dari doktor tentang kehamilan Sandra. Wisnu memberi Sandra tempoh sehari untuk melihat hasil pemeriksaan tersebut. Sandra semakin bimbang.
Dana masuk ke ruangan Hendri dengan rancangan ingin membunuhnya dengan bantal. Jururawat yang berada di situ sempat mengelak Dana dari berbuat begitu. Dana keluar dari ruangan Hendri. Dana memukul Faris dan pergi dari situ.
Shinta membuat pemeriksaan kehamilan lagi dan dia berasa amat sedih apabila mengetahui bahawa dia benar-benar hamil. Sandra mengetuk pintu kamar air untuk mengetahui hasilnya. Wisnu menunggu dengan cemas. Wisnu senang hati apabila mendapat tahu hasilnya menunjukkan Shinta tidak hamil. Wisnu menuduh Sandra mereka cerita tentang Shinta dan dia juga suruh Sandra jangan cakap yang bukan-bukan tentang Shinta kerana dia bukan perempuan murahan seperti yang Sandra sangkakan dan apapun yang Sandra buat untuk memburukkan Shinta, Shinta akan tetap ceraikan Sandra. Kata Wisnu lagi dia pasti akan ceraikan Sandra setelah bayi Sandra lahir nanti.
Putra dalam keadaan bahaya. Dana beritahu Marina bahawa Zaki telah membawa pergi Putra. Dalam babak lain menceritakan doktor memberitahu Shinta bahawa pemeriksaan menunjukkan Shinta memang hamil. Shinta tidak tahu bagaimana dia boleh hamil.
Shinta menangis dalam pelukan ibunya dan terus bertanya bagaimana dia boleh hamil. Laila mohon pada Shinta jangan menolak bayi dalam kandungannya. Laila juga mohon Shinta terus bertenang dan jangan fikir macam-macam tentang hal itu
Wisnu tanya Shinta pulang dari mana. Shinta berasa terkejut menyebabkan hasil uji kehamilannya tercicir daripada tangannya. Sandra ternampak hasil tersebut lalu dirampasnya dari tangan Wisnu dan berkata itu adalah hasil pemeriksaannya yang telah tercicir tadi. Shinta dan Laila hairan melihat sikap Sandra yang mengakui hasil pemeriksaan tersebut adalah miliknya. Sandra masuk ke kamarnya.
Sandra berasa senang menemui hasil pemeriksaan tersebut jadi Wisnu tidak akan berasa curiga dengannya. Kemudian Sandra terfikir hasil pemeriksaan tersebut kepunyaan siapa dan kenapa ia boleh berada di rumah itu. Sandra syaki itu adalah kepunyaan Shinta dan ini bermakna Shinta benar-benar hamil.
Aliya memperkenalkan papanya, Anjar pada Hendri. Apabila Hendri melihat Anjar dia teringat tentang masa silam di mana Anjar telah mengecewakan Shinta, adiknya. Hendri langsung memberitahu Faris bahawa dia tidak dapat merestui hubungan Faris dengan Aliya. Hendri memberitahu anaknya bahawa Anjar adalah seorang lelaki jahat dan tidak bertanggungjawab dan dia tidak mahu menjadi besan lelaki jahat seperti Anjar. Sambung Hendri lagi, Anjar telah besalah pada Shinta dengan menikahi Shinta lalu mengkhianati Shinta. Anjar juga telah menghancurkan hati Shinta. Hendri minta maaf kerana Faris harus membatalkan pertunangan itu. Hendri mengusir Anjar dari situ.
Aliya keluar dari ruangan Hendri sambil terkenang semula tentang apa yang telah dikatakan Hendri sebentar tadi. Aliya menangis dalam pelukan papanya. Anjar minta maaf pada Aliya kerana semua itu disebabkan masa silamnya. Tetapi menurut Aliya itu bukannya salah papanya. Namun Anjar telah rasa bersalah dan minta maaf pada Aliya. Suara hati Aliya berkata apakah itu bererti dia dan Faris tidak berjodoh. Hendri tidak mahu Faris menjadi sebahagian dalam keluarga Anjar. Ibu puspa juga menasihati Faris untuk mendengar cakap papanya.
Anjar pergi menemui Shinta. Tetapi dia diusir oleh Laila. Laila tetap mahu Anjar pergi dari situ. Shinta sempat menemui Shinta. Anjar menjelaskan pada Shinta tentang Hendri. Anjar mohon pada Shinta untuk berbincang dengan Hendri tentang Aliya bahawa Aliya tidak akan menyakiti Faris kerana Aliya seorang uyang baik. Shinta minta kebenaran untuk bercakap dengan Hendri. Shinta mohon pada Laila agar dia setuju.
Shinta minta Anjar bawa dia menemui Hendri. Sandra hairan kenapa mantan suami Shinta boleh berada di situ. Bersambung...
Sinetron Aliya Episode 98 pada 9 Mei 2013
Sinetron Aliya Episode 98 Part 1
Sinetron Aliya Episode 98 Part 2
Sinetron Aliya Episode 98 Part 3-3
Sinopsis ringkas Aliya Episode 99
Sandra hairan kenapa Anjar boleh berada di depan rumah mereka. Shinta ikut Anjar pergi menemui Hendri. Shinta minta Hendri jangan benci pada Anjar kerana dia yang telah meminta Anjar bawanya ke situ. Shinta ke situ untuk berbincang dengan Hendri mengenai hubungan Faris dan Aliya. Hendri menuduh Anjar telah mengadu pada Shinta katanya dia harus memisahkan Faris dengan Aliya kerana Hendri tidak mahu berbesan dengan Anjar. Shinta terus memujuk dan menasihati Hendri agar merestui hubungan Aliya dan Faris. Namun Hendri tidak mahu mengorbankan anak kandungnya, Faris. Hendri menganggap Aliya pasti sejahat ayahnya. Shinta terus berpihak pada Aliya dengan mengatakan Aliya itu adalah anak yang baik. Hendri minta Shinta hargai keputusannya. Kata Hendri keputusannya sudah muktamad iaitu Faris dan Aliya tidak boleh menikah. Hendri mahu tahu kenapa Shinta terus membela Anjar. Kata Shinta dia juga ingin mereka jangan libatkan masa silam mereka dengan Aliya dan Faris.
Gisha terdengar perbualan mereka di luar ruangan Hendri. Shinta janji pada Hendri bahawa dia akan pujuk Ibu Puspa untuk menerima Gisha sebagai cucunya. Tetapi Hendri harus janji yang dia tidak akan pisahkan Aliya dan Faris. Hendri belum sempat menjawab pertanyaan Shinta dan Shinta dan Anjar diberitahu bahawa waktu melawat telah tamat dan pesakit harus berehat.
Anjar berterima kasih pada Shinta kerana telah cuba menyakinkan Hendri. Gisha beritahu Shinta bahawa dia tahu bahawa dia tidak menyayanginya kerana Shinta telah menjadikannya umpan demi pernikahan Faris dan Aliya. Sambung Gisha lagi dia rasa seperti dia telah jadi barang pertukaran demi Aliya. Kata Gisha mamanya tidak pernah sayangkannya. dan Gisha bencikan mamanya. Gisha keluar meninggalkan Shinta.
Mutia ternampak Anjar dan Shinta bersama. Katanya pada dirinya sejak dia pergi kelihatannya Anjar dan Shinta semakin mesra. Mutia tanya kenapa dia berdua-duaan dengan suaminya. Mutia mencekik leher Shinta dengan perasaan marah dan tanya apakah dia mahu mencari masalah dengannya. Shinta kesukaran untuk bernafas. Tiba-tiba sewaktu Shinta cuba membela dirinya dengan tidak sengaja dia menyebabkan Mutia kemalangan dan berdarahan. Mutia pengsan. Shinta tanya kenapa Mutia tidak dibawa ke rumah sakit sahaja tetapi jawab Aliya dia boleh merawat mamanya di rumah sajhaja. Shinta meminta maaf pada Aliya kerana telah melukai Mutia. Aliya tahu Shinta tidak bersalah dan dia cuma mahu bela dirinya sahaja. Aliya minta Shinta pulang sahaja kerana dia tidak mahu mamanya dan Shinta terus bertengakar. Terus ikuti kisah selanjutnya dalam babak-babak seterusnya.
Sinetron Aliya Episode 99 pada 13 Mei 2013
Sinetron Aliya Episode 99 Part 1
Sinetron Aliya Episode 99 Part 2
Sinetron Aliya Episode 99 Part 3
Sinetron Aliya Episode 99 Part 4-4
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/
SenCy_TVkoe: http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
lynnalynn01 Channel
azmitabalkis13 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
0 comments :
Post a Comment