Pemain Sinetron Aliya
Dea Annisa sebagai Aliya
Irwansyah sebagai Gilang/Galang
Billy Davidson sebagai Faris
Afifa Syahira sebagai Marina
Gege Elisa sebagai Gisha
Shandy Isabella sebagai
Jihan Fahira sebagai Shinta
Restu Sinaga sebagai Wisnu
Gunawan sebagai Anjar
Natasha Dewanti sebagai Winda
Marini Burhan sebagai Laila
Lagu Tema: Menyambut Janji
Penyanyi: Letto
Cerita & Skenario: Ina Rosamaya
Sutradara: Maruli Ara & Doddy Djanas
Produser: Titin Suryani
Produksi: Verona Pictures © 2011
Periode Tayang: Mulai 12 Desember 2011
Jadwal Tayang: Setiap Hari pukul 19.00 WIB
Penghargaan:
Januari 2012 :
Sinetron Paling Berkilau
Judul : Aliya
Episode : Global
Pemain :
Dea Anissa, Irwansyah, Jihan Fahira, Gunawan, Restu Sinaga, Primus
Yustisio, Billy Davidson, Afifa Syahira, Natasha Dewanti, Marini Burhan,
Marchia Caroline, Epi Kusnandar, Ivanka Suwandi, Sean Hasyim, Gege
Elisa
Tayang : Setiap Hari
Pkl. 19:30 - 21:oo WIB
Sinopsis Global
ALIYA
adalah sosok gadis baik dan jujur yang lahir dari pernikahan Anjar dan
Shinta. Sayang, kisah hidup Aliya tidaklah semanis wajahnya. Berbagai
konflik selalu menghiasi perjalanan hidup Aliya, termasuk masalah
keluarga dan cerita kisah cintanya yang tragis.
Gadis
malang itu harus merasakan kehidupan dalam penjara, karena dituduh
membunuh Gilang, kekasihnya. Aliya menganggap lika liku kehidupan itu
adalah sebuah pengorbanan untuk ibundanya. Di sisi lain, karena Gilang
telah tiada, Aliya menganggap tidak ada lagi laki-laki lain yang dia
cintai.
Bagaimana kisah selanjutnya? Apakah Aliya
akhirnya mengetahui bahwa Shinta adalah ibu kandungnya? Mungkinkah
Shinta akan kembali bersatu dengan Anjar? Lantas, kepada siapa Aliya
akan melabuhkan cintanya? Fariz yang benar-benar mencintainya atau
Galang yang mirip Gilang mantan kekasih Aliya?
Temukan jawabannya hanya di saluran Satu untuk Semua. (Cn)
Sambungan sinopsis Aliya Episode 9
Gisha terkejut mendapat tahu ibunya mendapat kanser dan kini berada dalam keadaan kritikal. Kata doktor pada Gisha ibunya harus menjalani kemoterapi dan rawatan lain. Aliya tanya doktor untuk menjalani rawatan tersebut berapa biayanya. Gisha harus menyediakan wang sebanyak Rp50juta. Gisha sedih kerana ibunya merahsiakan penyakitnya daripadanya.
Aliya menunjukkan kalung itu pada papanya, Anjar. Anjar terkenang pada suatu ketika dahulu dia dan Shinta juga membeli kalung mirip kalung yang ditunjukkan Aliya padanya. Anjar nasihati Aliya agar simpan kalung temannya itu baik-baik.
Aliya bertembung dengan mama Galang, lelaki yang mirip Gilang.
Galang masih belum sedarkan diri. Mamanya kesedihan dan katanya pada Galang dia tidak mahu kehilangan anak lagi.
Marina marah-marah apabila dia mendapat tahu kalung Gisha hilang. Katanya pada Gisha yang tadi adalah satu peluang emas untuk Gisha menjadi anak orang kaya. Namun Gisha terus tanya pada Marina apakah dia itu anak Ibu Shinta kerana ibunya tidak pernah cerita padanya yang dia bukan anak kandungnya.Sambung Marina lagi sudah jelaslah ibunya nggak akan cerita kerana itu akan menyakiti perasaan Gisha.
Marina beritahu Gisha sekiranya dia menemui kalung itu, dia boleh jadi anak orang kaya. Katanya lagi mereka itu terlalu kaya. Mereka ada banyak hotel dan apartmen di seluruh Indonesia. Gisha boleh jadi warin kekayaan mereka. Namun Gisha tak pernah mengharapkan itu. Apa yang Gisha mahukan adalah ibunya sembuh. Itu saja sudah mencukupi. Marina pura-pura perihatin tentang penyakit Atikah, katanya itu satu-satunya cara untuk mendapatkan wang buat biaya rumah sakit. Walau macam manapun jelas Gisha lagi kalung itu sekarang sudah tidak ada lagi. Dia cuma tidak mahu meninggalkan ibunya yang sedang sakit parah. Gisha tak terbayang kalau ibunya dengar mengaku sebagai anak Ibu Shinta. Dengan itu, penyakit ibunya tentu semakin parah.
Gisha mahu meminjam wang daripada Marina tetapi menurut Marina dia tidak punya duit dan sekarang ini Marina sedang cari caranya bagaimana untuk mendapatkan wang tersebut. Satu-satunya cara untuk dapatkan wang adalah dengan menemukan kalung itu. Kalau misalnya sudah ketemu, dia boleh yakinkan Ibu Shinta bahawa Gisha adalah anak kandungnya.
Sedang Hendri memikirkan di mana Atitah, dia hampir menabarak sebuah seseorang yang menaiki motor. Hendri turun dari mobilnya lalu menuju ke arah orang itu. Hendri tanya kenapa Faris berada di situ pada waktu itu sedangkan dia seharusnya sedang bekerja. Faris menjelaskan pada Hendri yang dia sudah dipecat.
Aliya terkenang semula tentang Marina yang memberitahunya tentang Gilang yang menyebabkannya hamil. Aliya amat berharap alangkah baiknya sekiranya orang yang ditemuinya (iaitu Galang) itu adalah Gilang jadi dia boleh jelaskan hal itu padanya.
Faris suruh Aliya kalau kerja jangan mengelamun. Aliya begitu senang hati melihat Faris di situ. Tanya Aliya kenapa dia di situ sambil tersenyum riang. Faris menjelaskan pada Aliya bahawa dia bekerja di hotel itu semula. Kata Faris lagi, Pak Hendri yang menerima dia bekerja di situ lagi. Faris tanya apakah masalah Aliya kerana dari tadi dia memanggil nama Aliya tetapi Aliya tidak dengar. Namun Aliya enggan mencerita dengan lebih lanjut lagi tentang hal itu. Kata Aliya dia mahu sambung kerjanya.
Dana marah-marah tanya pada papanya kenapa menerima Faris bekerja di situ lagi tetapi menurut Hendri, bukankah sebaliknya dia yang harus tanya pada Dana kenapa dia pecat Faris tanpa berbincang dengan papanya terlebih dahulu.
Hendri: Dana, kamu kan tahu peraturan, kamu harus berbincang dengan papa sebelum mengupah atau memecat seorang penyelia.
Dana: Tapi pa, Faris itu banduan. Buat apa dia bekerja di sini? Dia boleh menjejaskan nama baik hotel kita, pa.
Hendri: Yang nama banduan itu, orang yang masuk penjara. Faris cuma seorang suspek. Bahkan dia terbukti tidak besalah. Sudahlah kamu itu tak perlu mencari masalah. Lebih baik kamu itu bekerja di sini dengan baik dan benar. Kalau perlu kamu belajar dari Faris walaupun dia bawahan kamu.
Dana: Aku hairan sama papa. Kenapa papa selalu membela Faris. Sebenarnya anak papa itu siapa. Aku atau Faris.
Hendri: Dana, kamu omong apa sih? Sekarang kamu kembali bekerja daripada kamu merapu.
Gisha menjenguk ibunya lalu ditanya Gisha apa betul dia bukan anak kandungnya. Gisha menjelaskan pada Atikah yang pagi tadi, Marina datang bersama seorang wanita yang mengaku Gisha adalah anak kandungnya.
Atikah: Siapa dia, kenapa dia berani-berani bilang seperti itu sama kamu?
Gisha: Gisha tidak kenal siapa orang itu, bu. Tapi yang pasti Marina bilang kalau Gisha anak orang itu karna kalung yang dikasi oleh ibu.
Kemudian Atikah teringat ketika dia telah mengambil kalung itu yang seharusnya diaberikan pada bayi yang dititipkan padanya daripada seorang wanita untuk diberikan pada keluarga lain. Gisha tanya ibunya kenapa mengelamun. Suster memberitahu Gisha bahawa Atikah harus berisirahat. Gisha diminta keluar terlebih dahulu. Gisha menasihai ibunya istirahat sementara mereka sambung perbualan mereka nanti, Gisha minta diri untuk pergi bekerja dahulu. Dia akan ke hotel minta cuti setengah hari untuk menemani ibunya.
Di penghujung episode Shinta mendapat tahu yang Anjar adalah supir suaminya. Shinta berfikir sendirian dalam teksi, kenapa Anjar harus muncul lagi dalam kehidupannya. Apabila Wisnu menelefon isterinya tanya kenapa dia tidak mengikut Anjar pulang dan kenapa dia sedang menaiki teksi, Shinta beritahu suaminya yang dia mahu Anjar dipecat.
Shinta menemui Aliya di rumah sakit, tanpa berkata apa-apa dia terus memeluk Aliya. Shinta menceritakan pada Aliya bahawa kalau anaknya masih hidup, dia seumur dengan Aliya. Sambung Shinta lagi walaupun dia sudah punya Gilang, tetapi Shinta tetap tidak boleh melupakan anaknya. Apa lagi sekarang setelah Shinta tahu kalau anaknya masih hidup. Shinta begitu merindui anaknya dan peluk dia. Kata Shinta lagi dia begitu ingin peluk dia sampai dia tidur. Shinta ingin bisik di telinganya bahawa Shinta mencintainya. Tetapi Shinta tidak tahu di mana dia berada sekarang.
Aliya cuba memujuk Shinta agar tidak sedih lagi. Menurut Aliya dia yakin yang Shinta pasti dapat menemukan dengan anaknya lagi. Walaupun Aliya jauh dibandingkan dengan anak Shinta, tapi Aliya ikhlas kalau Shinta mahu anggap dia sebagai anak Shinta.
Aliya: Aliya akan di sini kalau tante butuhkan pelukan Aliya.
Shinta memeluk Aliya sambil berlinangan air mata.
Faris menemui Marina sewaktu dia ingin membeli susu buat ayahnya. Marina tanya bukankah dia masih berada di penjara. Faris menjelaskan pada Marina kerana mengikut kata polisi dia dinyatakan tidak bersalah kerana polisi telah menemukan orang yang bersalah itu supir trak.
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana terdapat banyak kesilapan
dalam ejaan, struktur ayat dan tatabahasa sewaktu saya menulis sinopsis
ini. Terima kasih kepada semua yang telah singgah di sini.
Sinetron Aliya Episode 9
Sinetron Aliya Episode 9 Part 1a
Sinetron Aliya Episode 9 Part 1b
Sinetron Aliya Episode 9 Part 2
Sinetron Aliya Episode 9 Part 3
Sinetron Aliya Episode 9 Part 4-4
sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.sctv.co.id
http://www.tv3.com.my/
http://id.wikipedia.org/
SenCy_TVkoe: http://www.lautanindonesia.com/
http://clorofilawards.wordpress.com
http://pangeran229.wordpress.com/
http://niazuramaria.blogspot.com/
azmitabalkis13 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)
0 comments :
Post a Comment