Sunday, November 9, 2008

PASANGAN JAMAL DAN FARIDAHTERSINGKIR DALAM DEBARAN SEHATI BERDANSA YANG BARU DIUMUMKAN DALAM DEBARAN SEHATI BERDANSA PADA 9 NOVEMBER 2008 DI ASTRO RIA


Berita terbaru Debaran Sehati Berdansa:

Debaran Sehati Berdansa bahagian pertama

Debaran Sehati Berdansa bahagian kedua

Debaran Sehati Berdansa bahagian ketiga

Debaran Sehati Berdansa bahagian keempat


Tujuh pasangan mengucapkan selamat tinggal kepada Pasangan Jamal dan Faridah yang telah tersingkir dalam Debaran Sehati Berdansa yang baru selesai ditayangkan sebentar tadi pada 9 November 2008 jam 9.00 hingga 9.30 malam di Astro Ria Saluran 104.

Setelah terselamat daripada penyingkiran selama dua minggu, pasangan penyampai radio Jamal Jamaluddin dan Noor Faridah akhirnya terpaksa meninggalkan cabaran Sehati Berdansa musim kedua apabila diumumkan tersingkir pada Debaran Sehati Berdansa yang disiarkan di Astro Ria (Saluran 104) sebentar tadi.

Ini bermakna, mereka menjadi pasangan ketiga tersingkir mengikuti jejak pasangan Ashed, Shima dan Shahril, Noraini yang tersingkir sebelum ini. Pasangan Rina dan Sharin yang turut berada di kedudukan terbawah mengikut markah juri walaubagaimanapun terselamat daripada disingkirkan

Mereka yang mewakili Persatuan Kebangsaan Austime Malaysia turut menyampaikan cek berjumlah RM3000 kepada wakil badan amal itu, Siti Roslina Mohd Kamil

Berikut adalah kedudukan keseluruhan pasangan selebriti Sehati Berdansa selepas undian ditutup tadi

Amyza - 59%
Khai - 52%
Lisda - 51%
Sasha - 45%
Mazin - 45%
Ani - 45%
Rina - 42%
Jamal - 41% - tersingkir dalam Debaran Sehati Berdansa yang telah disiarkan pada 9 November 2008 sebentar tadi.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://astro.com.my/sehatiberdansa)



Pasangan Khai


Pasangan Amyza


Pasangan Lisda


Pasangan Mazin


Pasangan Ani


Pasangan Rina


Pasangan Sasha

Kini cuma tingga 7 pasangan yang akan kekal dalam minggu keempat. Untuk mengetahui apakah tugasan baru mereka dalam Malam Sehati Berdansa
yang akan disiarkan pada 15 November 2008, jangan lupa untuk terus mengikuti Detik Sehati Berdansa bersama shinystar pada malam esok, 10 November 2008. Sekian, daripada shinystar. Selamat malam.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Ria/www.astro.com.my, http://mistakeninsanity.blogspot.com dan semua sumber untuk maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by