Monday, July 21, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON PUTRI YANG TERBUANG: EPISOD 38 , 39 & 40 PADA 25 HINGGA 27 JULAI 2008, JUMAAT HINGGA SABTU JAM 4.00 PETANG - 5.00 PETANG


Episod 38 , 39 dan 40 Sinetron Putri Yang Terbuang yang disiarkan di Astro Prima Saluran 105 pada jam 4.00 petang hingga 5.00 petang setiap hari Jumaat hingga Ahad


Gambar Marshanda sebagai Putri dan Rionaldo Stokhorst sebagai Raja


Rionaldo Stokhorst sebagai Raja dalam Sinetron Putri Yang Terbuang

Dibintangi oleh Pelakon:

Marshanda sebagai Putri
Rionaldo Stokhorst sebagai Raja
Raya Kohandi sebagai Linda
Chacha Frederica sebagai Tabitha
Gading Marten sebagai Febian
Meriam Bellina sebagai Asti
Dina Lorenza sebagai Yuna
Drg Fadli sebagai Carlos
Ria Probo sebagai Susan
Leily Sagita sebagai Rima
Yadi Timo sebagai Yudi

Sedikit sedutan daripada episod 38 pada hari Jumaat, 25 Julai 2008

Yuna mendapat tahu bahawa Linda sudah mula boleh berjalan semula dan masih bersembunyi hal ini daripadanya. Dia tidak tahan akan perangai Linda yang masih berpura-pura lumpuh lalu terus memberitahunya bahawa dia bukan mamanya.

Asti dan Yudi risau mereka akan dipenjarakan kerana telah menipu Yuna dan tanpa membuang masa lagi mereka pergi berjumpa dengan Carlos dan memberitahunya bahawa Raja adalah sebenarnya anak kandung mereka berdua. Mendengar apa yang dikatakan oleh Asti, Carlos berasa amat terkejut. Kisah sinetron bersambung dalam episod 39.

Episod 39

Carlos seperti tidak percaya apa yang telah didengarnya tetapi Asti terus memberi kepastian kepadanya bahawa semua yang dikatakannya adalah kenyataan dan Raja adalah anak kandung mereka bukannya anak Carlos dan Yuna.

Carlos dengan perasaan yang amat marah membuat panggilan kepada Yuna dan meminta dia pulang dengan segera. Setibanya Yuna di rumah, Carlos dengan tegas bertanya kepada Yuna apakah benar Raja bukanlah anak kandung mereka. Dengan suara yang cemas, Yuna menjelaskan bahawa Raja adalah anak kandung mereka. Carlos pula terus menegaskan bahawa sekiranya Raja betul-betul adalah anak kandung mereka, kenapa pula Asti dan Yudi berkata bahawa mereka adalah ibu kandung Raja.

Sewaktu di rumah Putri, Raja mendapat panggilan daripada papanya, Carlos untuk pulang ke rumah dengan segera. Carlos kemudiannya meminta doktor menguji darah mereka bertiga di kediaman. Raja berasa hairan atas tingkah laku papanya yang tiba-tiba ingin darah mereka diuji. Sebelum Carlos sempat melihat keputusannya, Yuna dengan hati yang berat mengaku bahawa Raja bukanlah anak kandung mereka.

Carlos menghalau Yuna dari kediaman mereka kerana dia telah menipunya selama ini. Pada mulanya Carlos tidak sedar bahawa Raja juga mengetahui hal ini tetapi setelah dia tahu, Raja juga turut dimarahinya dan Raja tidak dibenarkan memanggilnya papa kerana menurutnya dia bukanlah anaknya. Raja dan Yuna dihalau keluar.

Raja berjanji untuk menjaga mamanya. Raja dan Yuna terpaksa bermalam di kaki lima berdekatan dengan surau untuk semalam dan pada masa itu, Yuna terkenangkan masa silam dan apa yang telah terjadi dan kata-kata Carlos kepadanya.

Pada keesokan hari, Raja mengantuk di dalam kelas. Putri yang lalu di situ nampak Raja tertidur. Putri bertanya kepada Raja untuk mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku menyebabkan Raja tidak mendapat rehat yang mencukupi.Raja menjelaskan bahawa Carlos telah mendapat tahu bahawa dia bukanlah anak kandungnya.

Mendengar hal ini, Putri memberi wang kepada Raja untuk keperluan sementara. Pada mulanya Raja enggan menerimanya daripada Putri tetapi setelah Putri meminta wang itu hanyalah pinjaman sahaja, Raja bersetuju. Yuna yang sudah biasa hidup dalam kemewahan tidak biasa dengan cara kehidupan baru seperti orang miskin. Walau bagaimanapun Raja tetap melayan dan menjaga mamanya, Yuna dengan prihatin.

Sewaktu di sekolah, Putri mengajak Raja dan Yuna tinggal di rumah mereka sahaja tetapi Yuna enggan. Bukan itu sahaja, Yuna juga mempunyai prasangka buruk terhadap Putri. Episod ke-39 berakhir di sini dan bersambung dalam episod ke-40.

Episod 40

Raja gembira Putri tidak berasa kecil hati walaupun Yuna telah mempunyai prasangka buruk terhadapnya. Malah dia memberitahu Raja bahawa dia akan terus menerima dengan hati yang terbuka apabila Raja dan Yuna ingin tinggal bersama kelak.

Asti membuat panggilan ke kediaman Carlos dan dia berasa senang hati apabila mendengar pembantu rumah di situ mengatakan bahawa Yuna telah meninggalkan rumah itu sejak beberapa hari yang lalu.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by