Monday, July 21, 2008

SAMBUNGAN KISAH SINETRON "SALAH MENCINTA" EPISOD KE-10 PADA 21 JULAI 2008, ISNIN DI ASTRO ARUNA SALURAN 121 PADA JAM 1.00 HINGGA 2.00 PETANG


Episod 10 Sinetron "Salah Mencinta" pada 21 Julai 2008, Isnin jam 1.00 - 2.00 petang dan siaran ulangannya pada jam 11.00 malam.

Dibintangi oleh pelakon:

Nama: Ibnu Jamil
Tarikh Lahir: 30 April 1982
Umur: 26 tahun

Icha Nurbani,
Ichi Nuraini,
Maya Caroline

Lirik lagu Hanya Ingin Kau Tahu - Republik

Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo

Walaupun semua hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup

Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau pahami
Ku pikir ku salah mengertimu

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu

Tuk lalui waktu yang tersisa kini
Di setiap hariku
Di sisa akhir nafas hidupku

ow wooo wo wo wo wo wo wo wo wo

Episod 10

Akhirnya Sinta berjaya memastikan bahawa Santi telah menyamar sebagai dia selama ini dan merampas Fahri daripadanya. Fahri meminta maaf atas semua kesalahannya yang telah membuat Sinta terluka dengan kata-katanya yang kasar tempoh hari.

Santi memberitahu Dodi betapa gembiranya dia apabila Fahri telah menelefonnya untuk bertemu dan memulakan perhubungan mereka sebagai kekasih. Dodi tumpang gembira untuk Santi.

Iwan upah dengan seseorang untuk menyingkirkan Tia daripada hidup anaknya, Dodi. Tia sedih kerana Dodi tidak mahu berhenti walaupun Tia ternampaknya di jalan. Tia takut dikhianati oleh Dodi. Mira memujuk anaknya dan cuba menasihatinya supaya mengakhiri sahaja perhubungannya dengan Dodi. Tetapi masalahnya adalah Tia telah mengandungkan anak Dodi. Mira begitu marah dan sedih atas tingkah laku anaknyadan Mira meminta Tia untuk mencari Dodi hingga dapat dan berkahwin dengan segera.

Santi berjumpa dengan Fahri. Dia cuba memburuk-burukkan Sinta di depan Fahri tetapi Sinta muncul pada masa itu dan akhirnya Santi terus memberitahu Fahri dia akan cuba sedaya yang boleh untuk mendapatkan cinta Fahri kembali walau dengan cara apa sekalipun.

Santi pulang ke rumah dia masuk ke dalam kamar Sinta dan mencampak semua barang kepunyaan Sinta di merata tempat dan berjanji akan membuat hidup Sinta menderita. Mamanya cuba menasihatinya tetapi Santi enggan mendengar nasihat mamanya.

Sinta khuatir Santi tidak akan melepaskannya begitu sahaja dan pasti dia akan membalas dendam terhadapnya selepas apa yang telah berlaku. Fahri memujuk Sinta bahawa dia akan sentiasa berada di sisinya dan berjanji akan menjaga diri dengan baik.

Sinta mendapati kamarnya bersepah dibuat oleh Santi. Dia risau Santi akan membalas dendam terhadapnya. Fahri memberitahu mamanya dan adiknya bahawa apa yang telah berlaku kepada Sinta dan Santi. Mamanya tidak sangka Santi akan berkelakuan sebegitu terhadap saudara kembarnya sendiri.

Tia memberitahu Dodi dia telah mengandungkan anaknya dan Dodi berpura-pura ingin bernikah dengannya dengan segera. Dodi membubuh sesuatu dalam minuman Tia. Tidak lama kemudian Tia tidak sedarkan diri.

Santi tidak putus asa dan cuba memburukkan Sinta di depan Fahri tetapi Fahri tidak percayakan Santi lagi dan menghalaunya keluar dari pejabatnya. Sofi terus diugut oleh penyiasat peribadi Ferdi untuk memberi wang 40 juta rupiah supaya gambarnya tidak diedarkan.

Aryo terkejut bahawa Sofi sudah bersuami tetapi dia berjanji tidak akan meninggalkannya kerana dia amat menyayanginya. Dodi menunjukkan gambar Tia ditiduri oleh lelaki lain dan memberitahu Tia kemungkinan bayi yang dikandung Tia bukan dia yang punya.

Sinta memberitahu Tia bahawa gambar lelaki yang meniduri Tia adalah Andre yang pernah memikat Santi suatu ketika dahulu tetapi Santi tidak mencintainya. Sinta memujuk Tia dan mereka pergi berjumpa dengan Fahri tentang hal ini. Fahri mempunyai rancangan. Apakah rancangan Fahri? Terus ikuti sinetron Salah Mencinta dalam episod ke-11 pada 22 Julai 2008, Selasa pada waktu yang sama.

Sekian daripada sapphire blu untuk semua.

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by