Time and tide waits for no man. To capture time, treasure every moment in your life and let the time that slowly slips away memorable and worthy to be kept as sweet memories.
SAMBUNGAN KISAH SINETRON ANAKKU BUKAN ANAKKU EPISOD KE-30 YANG DISIARKAN PADA 21 JULAI 2008, ISNIN PADA JAM 2.30 PETANG DI TV3
Lirik Lagu Alhamdulillah [OST Sinetron Anakku Bukan Anakku]
Bersujud kepada Allah Bersyukur sepanjang waktu Setiap napasmu seluruh hidupmu Semoga diberkahi Allah
Bersabar taat pada Allah Menjaga keikhlasan-Nya Semoga dirimu semoga langkahmu Diiringi oleh rahmat-Nya
Setiap napasmu seluruh hidupmu Semoga diberkahi Allah
Alhamdulillah wasyukurillah Bersyukur pada Mu ya Allah Indah dalam kebersamaan Hilanglah sebuah perbedaan
Episod 29
Setelah Nico memeriksa nadi Bayu, dia terus menefon doktor dan selepas itu, sewaktu Nico mengambil ubat untuk diberikan kepada Bayu, Bayu memberitahu isterinya, Rona bahawa Tatia masih hidup dan Rona turut pengsan. Adel terkejut melihat Bayu dan Rona yang masih pengsan. Vivian menjelaskan bahawa Bayu berkeadaan begitu setelah mendapat panggilan dari puncak (gunung). Adel seperti terkejut mendengar penjelasan mamanya.
Doktor memberitahu Bayu dan Rona begitu kerana terlalu terkejut dan menyebabkan dia mendapat darah tinggi. Nico membenarkan mereka tinggal di tingkat atas tetapi Bayu mengatakan supaya rancangan untuk tidur di tingkat atas ditangguhkan dahulu.
Badai yang telah mabuk masuk ke dalam kamar Tatia. Dia membangunkan Tatia dan memberitahunya bahawa dia tahu tentang asal-usul Tatia yang merupakan seorang perempuan murahan dan menuduh Tatia cuma berpura-pura hilang ingatan.
Sewaktu Badai cuba untuk mengajak Tatia yang berada dalam ketakutan untuk melakukan perkara yang tidak senonoh, Taufan telah muncul sebelum dia sempat mengapa-apakan Tatia. Taufan menyelamatkan Tatia sekali lagi.
Ketiga-tiga Rona, Bayu dan Adel sentiasa berada dalam keadaan takut memikirkan hal tentang Tatia yang mungkin masih hidup.
Bisikan syaitan mengatakan oleh sebab Rona dan Bayu adalah termaasuk dalam keluarga syaitan, dia akan membantu untuk mencari Tatia supaya mereka boleh membunuhnya. Rafli melawat Adel dan meluahkan perasaan cintanya terhadapnya. Dalam waktu yang sama, Adel menerima panggilan dari gunung. Dia terus pengsan.
Adakah panggilan yang diterimanya sama dengan Bayu ataupun sebaliknya?
Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 30 bahagian pertama
Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 30 bahagian ke-2
Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 30 bagian ke-3
Video klip sinetron Anakku Bukan Anakku episod 30 bahagian ke-4
Episod 30
Bermula dengan selepas menerima panggilan bagi pihak Bayu, Adel turut pengsan. Setelah Adel sedar semula dia pura-pura tidak faham apa yang ditanya oleh Vivian dan Rafli mengenai panggilan dari puncak.
Vivian memberitahu Rafli, dalam hatinya berkata Tatia masih hidup lagi dan dia pasti akan kembali suatu hari nanti. Rona terdengar perbualan mereka dan ini lebih membimbangkannya. Seandainya Tatia benar-benar belum mati apakah yang akan berlaku.
Pembantu rumah Taufan membawanya ke kamar Tatia. Mereka terkejut melihat Taufan tidur di situ bersama Tatia lalu dia terus membangunkan Taufan. Tatia menjelaskan apa yang sebenarnya telah berlaku dan menambahkan lagi bahawa Taufan telah menyelamatkannya. Nenek Taufan tersenyum dan bertanya kepada Tatia bilakah pula giliran Tatia untuk membalas budi baik Taufan. Tatia cuma tersenyum.
Rona takut sekiranya Tatia masih hidup. Bayu berkata sekiranya itu benar-benar berlaku mereka pasti akan masuk ke penjara. Sewaktu Bayu hendak keluar dari rumah, dia terdengar suara anaknya Timo membuat panggilan yang sama seperti yang diterimanya selama ini. Dia berasa lega apabila mendapat tahu semua ini adalah angkara Timo dan bukannya daripada orang yang tidak dikenalinya dari puncak.
Bayu terus berpura-pura tidak mengetahui bahawa Timolah orang yang selalu menelefon mereka. Di kediaman Nico, Bayu dengan angkuhnya meminta kunci kamar tingkat atas untuk diberikan kepada mereka. Nico dan Vivian menuruti kehendak mereka walaupun keberatan.
Tatia melarang Taufan daripada minum arak dan mengambil botol minuman itu daripadanya. Dalam pergelutan untuk mengambil kembali botol arak itu daripada Tatia, tiba-tiba botol tersebut jatuh di atas lantai lalu pecah. Taufan menampar Tatia dengan kuat tanpa berfikir panjang kerana terlalu marah.
Taufan rasa bersalah atas apa yang telah berlaku dan akhirnya memberitahu Tatia bahawa dia mencintai Tatia tetapi khuatir cinta itu adalah mimpi semata-mata kerana suatu hari nanti pasti Tatia akan meninggalkannya setelah ingatannya kembali pulih.
Tatia menerima cinta Taufan dan mengatakan kepadanya bahawa mereka hidup untuk hari ini dan hari esok Tuhan yang menentukannya. Syaitan menemui Tatia dan dia merancang untuk terus membinasakan hidup selagi dia masih ada.
Kisah sinetron Anakku Bukan Anakku episod 31 akan bersambung pada hari esok, 22 Julai, 2008, Selasa. Jangan lupa untuk terus mengikuti sinetron yang pasti akan lebih mencerikan petang anda.
Berbahagialah Mereka yang Memiliki Kekayaaan hati dan Nurani".
Pelakon yang membintangi sinetron Anakku Bukan Anakku setiap hari Isnin hingga Khamis jam 2.30 petang
Gambar Roger Danuarta sebagai Rafli
Gambar Nabila Syakieb sebagai Tatia
Gambar Raya Kohandi sebagai Adel
Gambar Dude Harlino sebagai Taufan
Gambar Krisna Mukti sebagai Nico
Raslina Rasidin sebagai Vivian
Gambar Eeng Saptahadi sebagai Bayu
Gambar Vicky Burki sebagai Syaitan
Gambar Femmy Permatasari sebagai Luci
Gambar Ana Pinem sebagai Rona
Gambar Boy Irshandi sebagai Ian
Gambar Marini Burhan A.S. sebagai nenek Taufan
Gambar Him Damsyik sebagai Pengemis Buta
Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Sinetron Anakku Bukan Anakku yang pasti akan lebih menceriakan petang anda terdiri daripada 65 episod akan tamat pada pertengahan bulan September 2008
0 comments :
Post a Comment