Time and tide waits for no man. To capture time, treasure every moment in your life and let the time that slowly slips away memorable and worthy to be kept as sweet memories.
Episod 36 dan 37 Sinetron Putri Yang Terbuang yang disiarkan di Astro Prima Saluran 105 pada jam 4.00 petang hingga 5.00 petang setiap hari Jumaat hingga Ahad
Gambar Marshanda sebagai Putri dan Rionaldo Stokhorst sebagai Raja
Video klip lagu tema sinetron Putri Yang Terbuang: Kenangan Terindah - Samsons
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada gransaze Channel)
Lirik lagu tema sinetron Putri Yang Terbuang - Kenangan Terindah - Samsons
Aku yang lemah tanpamu Aku yang rentan karena cinta yang tlah hilang darimu yang mampu menyanjungku
Selama mata terbuka Sampai jantung tak berdetak selama itu pun aku mampu tuk mengenangmu
Bila yang tertulis untukku Adalah yang terbaik untukmu Kan kujadikan kau kenangan Yang terindah dalam hidupku Namun takkan mudah bagiku Meninggalkan jejak hidupku Yang telah terukir abadi Sebagai kenangan yang terindah
Bila yang tertulis untukku Adalah yang terbaik untukmu Kan kujadikan kau kenangan Yang terindah dalam hidupku Namun takkan mudah bagiku Meninggalkan jejak hidupku Yang telah terukir abadi Sebagai kenangan yang terindah
Rionaldo Stokhorst sebagai Raja dalam Sinetron Putri Yang Terbuang
Dibintangi oleh Pelakon:
Marshanda sebagai Putri Rionaldo Stokhorst sebagai Raja Raya Kohandi sebagai Linda Chacha Frederica sebagai Tabitha Gading Marten sebagai Febian Meriam Bellina sebagai Asti Dina Lorenza sebagai Yuna Drg Fadli sebagai Carlos Ria Probo sebagai Susan Leily Sagita sebagai Rima Yadi Timo sebagai Yudi
Sedikit sedutan daripada episod ke-35 pada Hari Jumaat, 18 Julai 2008
Carlos meminta maaf daripada Yuna dan memberitahunya samapai bila-bila masapun Raja adalah anaknya. Adel meluahkan perasaannya kepada Raja tetapi cintanya ditolak oleh Raja. Sewaktu Linda ingin menuju ke arah Raja yang berada di seberang jalan, dia dilanggar kereta dan dimasukkan ke hospital.
Episod 36
Raja cuba menghubungi Asti tentang kemalangan Linda tetapi setelah mendengar suara Asti yang telah menjawab panggilan tersebut, Raja tidak sanggup untuk memberitahu Asti tentang apa yang telah terjadi.
Yuna begitu cemas melihat keadaan Linda di hospital. Raja memberitahu Yuna kemungkinan kakai Linda tidak boleh bergerak lagi dan katanya menurut dokotor lagi Linda akan lumpuh.
Putri terkejut terdengar perbualan Yuna memberitahu Linda walau apapun yang terjadi, Linda tetapa anak kandungnya. Sewaktu di rumah Putri terus termengu memikirkan apa yang telah dilafazkan oleh Yuna kepada Linda awal tadi di hospital.
Asti berasa amat sedih mendengar keadaan Linda yang tenat daripada Raja. Raja juga berkata bahawa segala kos hospital akan dibiayai oleh Yuna. Sewaktu jururawat menyerahkan laporan kesihatan Linda kepada Yuna, dia kelihatan terkejut kerana kumpulan darah Linda dengannya adalah berbeza.
Adakah Linda akan terus menerima Linda sebagai anak kandungnya? Semua ini akan dapat di saksikan dalam episod 37 sinetron Putri Yang Terbuang yang disiarkan pada 20 Julai 2008 pada waktu yang sama.
Episod 37
Yuna pergi mencari Asti untuk mendapat kepastian apakah sbenarnya hubungan Linda dengannya. Asti terkejut melihat Yuna di depan pintu rumahnya. Yuna menapar Asti kerna telah menipunya selama ini. Yudi yang berada di situ pada waktu itu meminta supaya darah Linda diuji sekali lagi sebelum Linda melaporkan kepada polis kerana telah tertipu oleh Asti tentang Linda adalah anak kandungnya.
Sewaktu di hospital menunggu keputusan darah Linda keluar, Yuna ternampak Asti di luar makmal bersama pengawak keselamatan hospital. Astinya mengaku kepada Yuna bahawa Linda bukanlah anak kandung Yuna. Yuna ingin melaporkan hal ini kepada polis tetapi setelah dirayu oleh Raja, Yuna akhirnya melepaskan Asti begitu sahaja.
Raja dan Putri melawat Linda di hospital tetapi Linda tidak mengendahkan Putri yang amat dibencinya. Yuna cuba bertanya kepada Ast di mana anak kandungnya tetapi Asti membohonginya bahawa anaknya telah diculik di taman permainan sewaktu bayi lagi.
Asti juga meminta Yuna terus menganggap Linda sebagai anak kandungnya sendiri kerana tidak sanggup memberitahu Linda hal yang sebenar memandangkan kakinya yang lumpuh (Yuna masih tidak tahu langsung bahawa Linda telah mengetahui bahawa dia bukannya anak kandung kepada Yuna sejak dulu lagi).
Susan masuk pertandingan dangdut tanpa diketahui oleh Putri. Asti meminta Linda terus menyayangi Yuna untuk memenagi hatinya. Linda menghadiahkan sarung bantal yang kononnya dijahitnya dengan tangan sahaja kerana tidak dapat menggunakan mesin jahit dalam keadaan lumpuh. Yuna begitu terharu sewaktu menerima pemberian hadiah tersebut daripada Linda.
Sewaktu tidur, Yuna termimpi akan Putri. Sewaktu dia terjaga, dalam hatinya berkata kenapa dengan tiba-tiba dia mendapat mimpi seperti itu. Yuna tertanya-tanya samada Putri adalah anak kandungnya?
Kisah sinetron Putri Yang Terbuan episod ke-37 berakhir di sini dan kisahnya akan bersambung dalam episod ke-38 yang disiarkan di Astro Prima Saluran 105 pada minggu hadapan hari Jumaat, 25 Julai 2008 pada waktu yang sama.
Sekian daripada sapphire blu untuk semua. Hingga bertemu lagi dalam kemaskini yang lain.
0 comments :
Post a Comment