Monday, October 5, 2009

EPISODE 74 - SAMBUNGAN SINETRON SEKAR PADA 1 OKTOBER 2009 PUKUL 2.00 PETANG DI ASTRO PRIMA SETIAP HARI ISNIN - JUMAAT


Sinetron Sekar mula menemui penonton pada 23 Jun 2009 pukul 2.00 petang dan 11.00 malam setiap hari Isnin hingga Jumaat dan siaran ulangannya pada keesokan hari pada pukul 4.00 petang - Episode 74 dari Isnin hingga Jumaat pukul 2.00 petang dan siaran ulangan pada 11.00 malam

**********************************************************************

Tema Pembukaan Baru Sekar

**********************************************************************


Profile/Biodata pelakon(pemain) sinetron Sekar
**********************************************************************






Gambar-gambar dari petikan Sekar Episode 74 (Sinopsis Sekar Episode 74 versi gambar)

Sambungan sinopsis Sekar Episode 74 pada 5 Oktober 2009

Syifa memberitahu Rimba Sekar menangis kerana dia masih rindukan Rendra dan kerana Rendra akan bertunang dengan mak ciknya, Talia. Rimba kemudiannya tanya Sekar adakah Rendra bekas suaminya? Sekar menceritakan apa yang sebenarnya telah berlaku antara dia dan Rendra. Rimba tidak sangka mereka semua sanggup melakukan semua itu terhadap Sekar.

Apabila Rimba nampak Sekar masih sedih mengenangkan hal Rendra, dia cuba menolong dengan meminta Sekar meluahkan masalahnya dengan cara menjerit dengan sekuat hari "Rendra Kamu Keterlaluan..." Sekar turuti kata-kata Rimba dan lakukan apa yang dinasihati Rimba. Akhirnya Sekar berasa lebih tenang dan lega selepas itu. Rendra yang sedang berlalu di situ terdengar jeritan Sekar. Sekar kata kepada Rimba, bahawa orang yang kasar seperti Rimba juga boleh berlembut hati. Sekar mengucapkan terima kasih kepada Rimba kerana telah menolongnya menjadi lebih lega.

Tibanya hari pertunangan Rendra dan Talia. Rimba tanya Sekar kenapa dia tidak menghadiri majlis pertunangan mereka. Kemudian Rimba minta Sekar pergi saja ke majlis tersebut. Sekar serba salah apakah dia harus lakukan. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pergi. Andrean dan Karina mengucapkan tahniah kepada Rendra dan Talia dan Karina terkejut melihat Sekar juga berada di situ. Rendra hairan siapa yang telah datang bersama Sekar. Sekar mengucapkan tahniah kepada mereka dengan ucapan semoga Rendra dan Talia akan bahagia. Syifa gembira melihat Sekar datang bersama Rimba. Suara hati Sekar berkata dia tidak sangka sama sekali dia akan menghadiri majlis pertunangan Rendra. Kisahnya bersambung...

**********************************************************************

Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 74 Part 1


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 74 Part 2


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 74 Part 3


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 74 Part 4


Sambungan kisah sinetron Sekar Episode 74 Part 5

**********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima, http://www.rcti.tv, Sinemart, http://id.wikipedia.org dan semua pihak atas semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Sekar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by