Monday, October 26, 2009

EPISODE 16 - SINETRON SETINGGI BINTANG PADA 23 OKTOBER 2009 DI ASTRO ARUNA PUKUL 6.00 PETANG - DIBINTANGI OLEH NIKITA WILLY & HAPPY JANSEN


Sinetron Setinggi Bintang mulai 5 Oktober 2009 di Astro Aruna pukul 6.00 petang dalam Episode 16

Sinopsis ringkas sinetron Setinggi Bintang:

Ketika cinta, hasrat, kehilangan dan kebahagiaan terangkai dalam satu kisah kehidupan yang dibalut dendam.


Dibintangi oleh:

Dhini Aminarti
Arifin Putra
Nikita Willy
Happy Jansen
Rana Audi Marissa
Syalwa

***********************************************************************

Pembukaan Tema sinetron Setinggi Bintang - Bersamamu: Putih

Lirik Lagu Bersamamu - Putih (Tema sinetron Setinggi Bintang)

Bersamamu
Aku merasakan seperti orang yang paling istimewa
Bersamamu
Aku seperti bintang-bintang yang selalu bersinar
Aku bahagia...
Aku bahagia...

Bersamamu
Aku merasakan kedamaian yang tiada terkira
Bersamamu
Aku seperti matahari yang selalu menyinari
Aku bahagia...
Aku bahagia...

**
Bagiku hanya kau yang terindah
Di antara bunga-bunga itu
Bagiku hanya kau yang terindah
Di antara bunga-bunga itu
Bagiku kaulah segalanya

Bersamamu
Aku bagai langit yang selalu menaungi hatimu
Bersamamu
Aku seperti pelangi yang menghiasi duniamu
Aku bahagia...
Aku bahagia...

Bersamamu
Aku merasa bahagia yang sesungguhnya
Bersamamu di sisa hidupku

ohh.. Di antara bunga-bunga itu
Bagiku hanya kau yang terindah
Di antara bunga-bunga itu
Bagiku kaulah segalanya..

Kau yang terindah
Kaulah segalanya...

**********************************************************************
Sinopsis ringkas sinetron Setinggi Bintang Episode 16 pada 26 Oktober 2009

Binar telah berpindah ke Jakarta sementara Andika masih berada di Semarang. Binar cuba menghubungi Andika tetapi panggilan telefonnya dimatikan oleh mak ciknya, Melly kerana Melly khuatir tempat mereka tinggal akan diketahui orang. Bill marahkah Melly dan minta Melly jaga Binar agar rahsia mereka tidak diketahui. Binar cuba cadangan lain dengan menulis alamat kediamannya dan dia berharap semoga wang itu akan sampai ke tangan Binar dan dia akan tahu Binar tinggal di mana.






















Andika pergi ke Amerika untuk melanjutkan pelajarannya. Hestia tidak rela melepaskan Andika pergi tetapi ibu Andika kata biarkan Andika pergi kerana dia ingin menuntut ilmu. Ibu Andika pengsan dan Andika risaukan keadaannya lalu menghantarnya ke hospital.






Gambar-gambar Andika(Happy Jansen) setelah ibunya meninggalkannya buat selamanya.

Ibu Andika, Ratna tidak dapat diselamatkan. Menurut doktor, paru-parunya tidak berfungsi lagi. Andika dan Hestia berasa amat sedih atas pemergian ibu Andika. Andika tidak dapat menerima hakikat itu kerana ibunya pergi meninggalkannya secara tiba-tiba. Papa Andika mintanya tabahkan diri. Andika tinggal bersama papanya di rumah barunya. Kata papanya, rumah itu baru dibeli dengan hasil kerjanya selama berada di Amerika. Rumah itu merupakan ruma masa depan Andika. Andika rasa sukar untuk mempercayai bahawa dia kini tinggal di rumah yang begitu besar dan cantik.












Sewaktu mengemaskan barangnya di bilik, Andika cari hadiah kenangan daripada Binar tetapi dia tidak dapat menemuinya. Kisahnya bersambung...


Binar gembira kerana akhirnya dia dapat belanjakan wangnya dan dia amat berharap suatu hari nanti wang yang tertulis alamat kediaman Binar akan sampai di tangan Andika.

***********************************************************************
Sambungan kisah sinetron Setinggi Bintang Episode 16


Sambungan kisah sinetron Setinggi Bintang Episode 16 Part 1


Sambungan kisah sinetron Setinggi Bintang Episode 16 Part 2


Sambungan kisah sinetron Setinggi Bintang Episode 16 Part 3


Sambungan kisah sinetron Setinggi Bintang Episode 16 Part 4

Sambungan kisah sinetron Setinggi Bintang Episode 16 Part 5

***********************************************************************
(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Aruna, Multivision Plus dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by