Tuesday, April 14, 2009

SAMBUNGAN DRAMA LAGENDA: MERAH PUTEH EPISODE 5 PADA 14 APRIL 2009 JAM 4.30 PETANG DALAM SLOT LAGENDA TV3


DRAMA LAGENDA: MERAH PUTEH MULAI 7 APRIL 2009 JAM 4.30 PETANG DI TV3 DAN 8.30 MALAM DI TV9 - Drama Lagenda ini merupakan sebuah lagenda yang telah diadaptasi dari filem lagenda "Bawang Putih Bawang Merah" yang telah dimodenkan dan Merah dan Puteh adalah adik-beradik tiri lelaki dan bukannya perempuan seperti yang kita selalu dengar atau baca. - EPISODE 5

Dibintangi oleh:

Ellyas Abdullah
Zahiril Adzim
Dira Abu Zahar
Tania Zainal
Nadia Aqilah

Sinopsis ringkas sambungan Lagenda: Merah Puteh: Episode 5

Mastura memberitahu Mulan dia serba salah siapakah pilihannya untuk Merah samada Anggun atau June. Dia memberitahu Mulan dia tidak mahu kegagalan berulang lagi setelah 20 tahun. Mastura tidak mahu waris Rahayu menikmati kebahagiaan. Ayah Merah berkata isterinya terlalu manjakan Merah tetapi Mastura menafikannya. Katanya Merah adalah seorang yang baik. Mastura juga menyalahkan suaminya kerana telah membeli scooter untuk Puteh. Jehan sangka selama ini Mastura adalah seorang mama tiri yang penuh dengan kasih sayang.

Merah bawa Anggun keluar dan Anggun rasa kurang tentang hal itu. Merah tanya Anggun samada dia masih teringat sewaktu mereka masih kecil di mana mereka selalu ke tempat itu. Anggun ingatkan Puteh akan ke sana tetapi Merah kata tidak. Merah dan Anggun tidak perasan Puteh juga berada di situ pada waktu yang sama. Tidak lama kemudian, Anggun ternampak seseorang di belakang sepohon pokok dan Anggun mengajak Merah untuk beredar dari situ sahaja tanpa mengetahui bahawa itu adalah Puteh.

June membuat panggilan kepada Merah tetapi Merah tidak menjawab panggilannya kerana pada waktu itu Merah ada bersama Anggun. Merah ingin menghantar Anggun pulang tetapi sebelum itu mereka singgah di "Pet Shop" kerana dia ingin membeli sesuatu untuk Puteh.

Puteh pulang ke rumah dengan hati yang sedih kerana dia sukar untuk melupakan Anggun. Puteh memberitahu ikannya, K tentangnya. Katanya apa yang dipendam dalam hatinya sukar untuk dilafazkan kepada Anggun. Puteh rasa mungkin dia tiada jodoh dengan Anggun. Sewaktu Puteh sedang termenung dan fikirkan tentang Anggun, Merah masuk ke biliknya dan memberinya bekas aquarium untuk K. Merah ingin bawa Anggun ke motor show tetapi menurut Puteh Anggun tidak akan pergi kerana kebanyakan wanita tidak akan ke tempat itu. Merah memberitahu Puteh, Anggun seperti tiada apa yang hendak dikatakan kepadanya sewaktu mereka keluar tadi.

Ana dan June pergi ke rumah Mulan. Menurut Mulan dia selalu ke rumah Mastura untuk aura therapy tetapi June kata Mastura nampak tua tidak seperti Mulan yang masih kelihatan muda dan cantik. Di college, June sangkakan Merah memberi senyuman kepadanya tetapi dia kecewa apabila Merah menuju ke arah Anggun. Ana ingin belanja Merah makan chocolate tetapi Merah enggan menerimanya. June yang juga ada bersama dengan Ana pada waktu itu rasa kurang senang hati kerana Merah tidak mengendahkannya. Mastura dapat rasakan Anggun tidak sukakan Mulan. Mulan meminta Mastura untuk mendapatkan rambut Merah untuknya kerana dia akan tahu apa yang perlu dilakukan.

Yusuff meminta Jehan untuk memberinya nombor telefon Mulan. Tetapi Jehan memberitahunya dia tiada nombor telefon Mulan dan akan mendapatkannya untuk Yusuff daripada Mastura. Merah minta Anggun keluar ke balcony rumah dan Merah menyanyi sebuah lagu untuknya tetapi Anggun cuma mendengarnya untuk seketika dan masuk ke biliknya semula. Merah membawa Anggun ke restoran untuk makan tengahari dan order "siput" untuknya tetapi menurut Anggun dia suka "seafood" dan bukan "siput". Merah memberitahu tentang masalahnya kepada Puteh. Tetapi Puteh cuma dapat berdiam diri.. Bersambung dalam episode 6 pada hari esok.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada TV3, http://www.budiey.com dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by