Saturday, March 14, 2009

DIARI AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-7 MINGGU PERTAMA HARI KE-5: KONSERT MINGGU PERTAMA PADA 14 MAC 2009 SECARA LANGSUNG DI ASTRO RIA JAM 9.00 MALAM



HI SEMUA, KITA BERTEMU LAGI DALAM KEMAS KINI SECARA RINGKAS BERSAMA SHINYSTAR DIARI AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-7 MINGGU PERTAMA HARI KELIMA.

Pejam celik pejam celik tanpa kita sedari, masih tinggal beberapa jam lagi akan menjelangnya konsert minggu pertama musim yang baru iaitu KONSERT MINGGU PERTAMA AKADEMI FANTASIA MUSIM KE-7. Walaupun konsert belum bermula tetapi debaran telah mula dirasai. Bagaimanakah agaknya persembahan daripada 14 pelajar yang terpilih untuk musim ini?

Semalam merupakan Diari AF7 minggu pertama hari yang terakhir iaitu hari ke-5. Bagaimanakah agaknya persiapan mereka untuk konsert malam ini? Adakah mereka juga berdebar-debar menantikan persembahan mereka nanti? Siapakah pelajar pilihan anda? Terlalu banyak tanda soal dalam kemas kini shinystar kali ini.

Bersama dengan ini shinystar sertakan gambar-gambar dari petikan Diari AF7 semalam:






Keputusan SPM telahpun keluar pagi semalam. Dua pelajar, Aishah dan Akim menerima keputusan mereka yang diserahkan kepada mereka oleh Cikgu Siti Hajar. Bagaimanakah agaknya keputusan yang mereka perolehi? Walaupun shinystar tidak tahu apa yang telah mereka dapat, tetapi shinystar ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan mereka.


Pelajar-pelajar AF7 membuat persiapan terakhir dengan menyanyikan lagu tugasan mereka untuk minggu ini di depan tenaga pengajar. Mampukah mereka membuat persebahan yang sebaiknya pada malam ini?


Pengetua (Principal) Datin Seri Tiara jacquelina memberi nasihat kepada para pelajar bagaimana untuk membuat persembahan yang baik.


P1/7 DIARI AF7 MINGGU PERTAMA HARI KE-5 - 13/3/09

P2/7 DIARI AF7 MINGGU PERTAMA HARI KE-5 - 13/3/09

P3/7 DIARI AF7 MINGGU PERTAMA HARI KE-5 - 13/3/09

P4/7 DIARI AF7 MINGGU PERTAMA HARI KE-5 - 13/3/09

P5/7 DIARI AF7 MINGGU PERTAMA HARI KE-5 - 13/3/09

P6/7 DIARI AF7 MINGGU PERTAMA HARI KE-5 -13/3/09

P7/7 DIARI AF7 MINGGU PERTAMA HARI KE-5 - 13/3/09

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada http://www.astro.com.my, Astro Ria dan semua pihak atas maklumat dan gambar)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by