Saturday, February 21, 2009

SAMBUNGAN TERKINI SINETRON INTAN EPISODE 177 YANG BERSIARAN DI ASTRO PRIMA SALURAN 105 PADA 20 FEBRUARI 2009 JAM 11.00 MALAM



Sambungan seterusnya kisah sinetron Intan yang bersiaran di Astro Prima pada 5 Februari 2009 jam 11.00 malam dan siaran ulangannya pada hari keesokannya pada jam 4.00 petang - Episode terkini: Sinopsis Intan terkini: Episode 176


Gambar-gambar Dude Harlino sebagai Aditya dalam sinetron Intan

Biodata/Profile Dude Harlino:

Nama Lahir: Dude Harlino (Nama Dude adalah singkatan dari "Dua Desember" yaitu tanggal kelahirannya - tanggal kelahirannya)

Tarikh Lahir: 2 Desember 1980 (umur 28)
Tempat Lahir: Indonesia, Jakarta
Tahun aktif: sejak 1999 - sekarang

Biodata/Profile pelakon-pelakon (pemain) sinetron Intan
Review/Sinopsis Episode Akhir Intan:

Doktor memaklumkan bahwa mereka tidak berjaya menyelematkan mama Kasih. Doa memberitahu amanat terakhir mama Kasih kepada Dr Frans, Intan dan Rado. Mama Kasih meminta supaya diberikan kedua matanya kepada Intan. Intantidak rela menerima permintaan itu. Intan ga bisa kerana dia bakal¡ melihat¡ ketiadaan mamanya. Doktor pun tidak memaksa dan memberi masasupaya Intan berfikir semula.

Majlis pengkembumian mama Kasihdiselubungi kesedihan. Kebanyakan ahli keluarga Intan berada di situ.Termasuk Kak Gery, Kak Sinta, Kak Jemy dan Bunga (yang agak lama tidak muncul).

Bintang akhirnya sadar. Ingatannya juga sudah pulih.Bintang bertanya keberadaan mama Kasih. Rado pun memberitahu kalau omaKasih sudah meninggal.

Dr Frans menonton video yang ditinggalkan Kasih untuknya. Di video itu Kasih memberitahu kalau sakit jantungnya sudah parah.

Intanteringat saat-saat permulaan dia mengenali mama Kasih. Intan sedihkarena dia merasakan seumur hidupnya dia hanya bikin mama Kasih bersedih. Rado bertanya apakah Intan ga mau merubah keputusannya untukmenerima donor mata dari mama Kasih. Intan tetap bingung.

Intandan Rado menjemput Bintang pulang. Bintang pinta supaya dibawa ke suatutempat- kubur oma Kasihnya. Bintang mengucapkan terima kasih kepada omaKasih.

Dr Frans datang bertemu Intan dan Rado untuk menyerahkan rekaman peninggalan mama Kasih. Di rekaman itu, mama Kasihmenyatakan hasratnya memberikan kedua matanya kepada Intan. Intan berasa sangat sedih.

Intan akhirnya menjalani operasi mata. Radodan Bintang meraikan ultah Intan di rumah sakit. Kali pertama dibuka balutan matanya, Intan ga bisa melihat apa-apa. Disuruh cuba skali lagi oleh doktor. Akhirnya Intan bisa melihat semula.

Dr Fransbertemu sama keluarga Nadine dan papa Fajar untuk membincangkan pestakejutan sempena ultah Intan. Pesta itu sebenarnya sudah dirancang olehmama Kasih.

Rado membawa Intan ke tempat pesta dan memberitahukalau ianya sengaja dirancang oleh mama Kasih. Saat itu juga rekamandari mama Kasih ditayangkan. Kesedihan menyelubungi lagi.

Semuamuncul dengan nyanyian lagu Happy Birthday buat Intan. Mama Wina danpapanya Rado juga ada! Bintang pun menyampaikan lagunya kepada mamanya.Sesudah itu dipanggil Intan ke pentas menyanyi bersama. Tiba-tibamuncul sang penyanyi sebenar Letto. Intan menjerit terperanjat. Semuapun menyanyi!

Intan melihat mama Kasih, Ello (!!!), nenek Lastri dan Rangga di atas langit melambai-lambai kepadanya.

Dokter Rado, Intan dan Bintang mengucapkan TERIMA KASIH SEMUA!! (review by:saeah85)

Video klip Intan - Pembukaan Tema Baru


Sambungan sinopsis sinetron Intan Episode 175

Aditya merahsiakan hal tentang dia menolong Intan daripada Rosa kerana dia khuatir Rosa akan fikir yang bukan-bukan sekiranya dia memberitahunya bahawa dia telah berpura-pura menjadi Rado untuk menyembuhkan penyakit kerinduan Wina.
Dewa menghantar Intan pulang dan Intan menjelaskan kepada Dewa bahawa dia tidak boleh duduk di tempat hadapan kerana suaminya Ello dan anaknya Rangga juga meninggal dunia akibat duduk di hadapan sewaktu terlibat dalam kemalangan.

Pada hari keesokannya, Aditya terus menyamar sebagai Rado lagi sewaktu menemui Wina. Sewaktu Dr. Ardi berada di situ, dia mengambil darah Aditya dari tangannya yang terluka untuk diuji kumpulan darahnya. Ternyata kumpulan darah Aditya juga adalah sama dengan Rado iaitu Kumpulan O.

Dr. Ardi pergi menemui Rosa untuk mendapat kepastian hal yang sebenarnya dengan bertanyakan kepada Rosa berapa lama dia telah berkenalan dengan Aditya. Rosa memberitahunya bahawa mereka telah kenal sejak kecil lagi dan mereka telah bernikah selama dua tahun. Dr. Ardi berkata bahawa dia telah mengambil darah Aditya untuk diuji dan kumpulan darahnya adalah serupa dengan Rado.

Rosa khuatir lambat laun Dr. Ardi akan tahu hal yang sebenar dan dia ingin melakukan sesuatu untuk mengelakkan ini daripada berlaku. Aditya terbaca dalam surat khabar tentang kebakaran di "Monalisa Cafe" dan tiba-tiba dia terbayangkan tentang kebakaran tersebut. Apabila Aditya memberitahu hal ini kepada Rosa, Rosa mengaku bahawa memang Aditya pernah terlibat dalam kebakaran tetapi kebakaran rumah mereka dan bukannya di "Monalisa Cafe". Tetapi Aditya hairan kenapa dia tidak ingat langsung tentang kebakaran rumah yang terbayang dalam fikirannya adalah "Monalisa Cafe".

Dr. Ardi berpendapat Rosa amat mencurigakan kerana setiap kali dia bertanyakan tentang Aditya/Rado Rosa seperti cuba mengelakkan daripada sesuatu. Dr. Ardi mengagak kemungkinan Rado telah hilang ingatan.

Bapa mertua Intan, Arman mengadukan kepada Intan bahawa Nadine, isterinya bersikap keterlaluan kerana menggunakan wang hasil jualan bakso. Apabila Nadine terdengar perbualan Intan dan suaminya, dia berkata bahawa dia menggunakan wang itu membeli pakaian baru untuk Intan dan semua ini adalah kebaikan masa depan mereka. Nadine meminta Intan memakai gaun baru yang dibelinya untuk pergi bekerja.

Dewa memberi Intan sekuntum bunga dan ini menyebabkan Intan terkenangkan Rado. Kisahnya akan bersambung dalam Episode 176 pada 19 Februari 2009.

Sambungan sinopsis kisah sinetron Intan Episode 176 pada 19 Februari 2009 jam 11.00 malam:

Sambungan kisah sinetron Intan Episode 176

Wina meminta Rado jangan meninggalkannya lagi. Aditya/Rado berkata Wina harus menjaga kesihatannya dan mendapat rehat yang mencukupi dan dia juga berjanji tidak akan meninggalkan Wina. Aditya ingin mengikut Intan ke pusara Rado. Di situ, Intan juga menunjukkan kepada Aditya pusara Ello, Rangga dan neneknya. Aditya berada agak aneh dan hairan apabila dia mendapat tahu nenek Intan adalah orang yang pernah muncul dalam mimpinya. Pada suatu ketika, nenek Intan muncul lagi dalam mimpi Aditya. Aditya hairan kenapa neneknya memintanya menjaga Intan sementara dia telah berkahwin dengan Rosa.

Dewa terdengar perbualan Rosa dengan kawannya di sebuah cafe. Dalam perbulan Rosa, Dewa mendapat tahu tentang Aditya adalah sebenarnya tunang Intan, Rado. Setelah kawan Rosa meninggalkan Rosa di situ, Dewa pergi berjumpa dengan Rosa dan menegurnya kerana Rosa telah merahsiakan hal itu. Dewa bercadang untuk memberitahu Intan tentang hal ini tetapi Rosa memohon kepadanya agar tidak berbuat demikian kerana dia tidak mahu kehilangan Aditya.

Apabila Dewa tetap dengan pendiriannya, tiba-tiba Rosa mengalami serangan jantung lagi dan Dewa membawanya ke hospital. Dia membatalkan hasratnya untuk memberitahu Aditya dan Intan perkara yang sebenarnya setelah melihat keadaan Rosa yang sedang sakit. Bilakah agaknya ingatan Aditya/Rado akan pulih? Terus ikuti episode yang selanjutnya iaitu Episode 177 yang akan bersiaran pada 20 Februari 2009 jam 11.00 malam untuk mengetahui apa yang akan berlaku kepada Aditya. Adakah dia masih lagi hilang ingatan atau sebaliknya? Kisahnya bersambung...


Gambar Naysila Mirdad sebagai Intan dalam sinetron Intan

Sinopsis sinetron Intan Episode 177 yang bersiaran pada 20 Februari 2009 jam 11.00 malam:

Aditya ditampar oleh Rosa kerana telah merahsiakan daripadanya mengenai dia bertemu dengan Intan di taman. Aditya cuba menjelaskan kepada Rosa bahawa dia cuma kasihankan tentang keadaan mama Rado. Dia berjanji tidak akan berbuat begitu lagi dan bertemu dengan mereka. Aditya terasa amat sedih kerana tidak dapat menolong Intan mengubatkan rasa rindunya terhadap Rado lagi. Hal itu sangat menyakitkan untuk dirinya. Dewa memberi Intan handfone untuknya memudahkan membuat panggilan kepada Intan (Mengikut kata Dewa kepada Intan).

Jemmy membuat panggilan jauh kepada Nadine dan memberitahu mereka bahawa dia telah dinaikkan pangkat sebagai Manager Pemasaran dan diberi sebuah kereta dan rumah untuk tinggal. Nadine gembira menerima panggilan daripada anaknya, Jemmy. Nadine bercadang untuk berpindah ke Surabaya bersama keluarganya dan tinggal bersama-sama dengan Jemmy.

Intan memberitahu ibu mertuanya bahawa Aditya sentiasa berada dalam ingatannya dan dia cuba untuk tidak memikirkannya tetapi gagal. Dia tidak mahu berada jauh dari Aditya walaupun dia tahu Aditya bukan Rado. Nadine tetap mahu Intan pindah bersama mereka pada hari lusa walau apapun. Setelah mendengar hal itu, Nadine berasa tidak senang hati kerana Aditya sudah berkahwin dan dia bukan Rado. Walaupun keberatan untuk meninggalkan kediaman mereka tetapi Intan tetap menurut kata ibu mertuanya untuk berpindah keluar kota.


Sally memberitahu Aditya bahawa dia sedih kerana Intan akan meninggalkannya tidak lama lagi. Kasih cuba untuk menasihati Intan agar tidak keluar kota tetapi Intan terpaksa mengikut kehendak dan menurut kata Nadine, ibu mertuanya. Adakah Intan benar-benar akan meninggalkan semua orang yang disayanginya dan berpindah keluar kota bersama dengan keluarga mertuanya? Kisahnya bersambung...


Sambungan kisah sinetron Intan Episode 177 Part 1

Sambungan kisah sinetron Intan Episode 177 Part 2

Sambungan kisah sinetron Intan Episode 177 Part 3

Sambungan kisah sinetron Intan Episode 177 Part 4

Sambungan kisah sinetron Intan Episode 177 Part 5

Video klip sinetron Intan Episode 177 dari Part 2 hingga 6 akan dikemaskinikan pada sebelah pagi keesokan hari, 21 Februari 2009. Terima kasih kerana terus sabar menunggu.

Episode demi episode yang ditonton shinystar dalam sinetron Intan semakin mencemaskan dan menyayat hati. Shinystar tidak sabar lagi menunggu episode yang seterusnya dalam Episode 178 yang akan disiarkan pada hari Isnin, 23 Februari 2009 pada jam 11.00 malam. Sekian kemas kini ringkas dari sambungan sinetron Intan Episode 177 daripada shinystar untuk semua. Hingga bertemu lagi dalam kemaskini yang akan datang.

(Terima kasih dan kredit diberikan kepada Astro Prima Saluran 105, http://www.sinemart.com, RCTI, adhie21: http://sinetron.forumco.com, luv cat: http://mforum.cari.com.my, http://sinetron.forumco.com, http://www.bigonblog.blogspot.com, http://id.wikipedia.org dan semua sumber atas maklumat dan gambar sinetron Intan)

0 comments :

Online Visitors

Thank you for dropping by